Monday, February 14, 2011

Penat tapi meriah!

Salam...

Dah agak lama tak update blog ni...actually beberapa hari ni aku agak sibuk dengan urusan rumahtangga’...hihihi..macam lah sibuk sangatkan...yang pasti minggu ni Insyirah lah yang sangat happy sebab papa dia dah balik...kebetulan esok cuti sempena Maulidur Rasul, so En. Pd ambil peluang untuk cuti direct...maknanya smlm dan hari ni dia ambil cuti...dia dah sampai Mersing hari Khamis yang lepas...esok dah nak balik Kemaman semula....

Yang membuat Insyirah tambah gembira, ayah Chik dan ibunya juga datang bertandang sejak hari Khamis yang lepas...ramailah umat kat rumah aku sekarang ni...so, minggu depan bolehlah tengok budak kecik ni bermuram durja sebab diorang dah nak balik...kembali seperti asal lah nanti...

Semalam kami ke Pantai Pasir Lanun untuk ber’picnic...memang dulu tempat sangat cantik...tapi semalam dah jadi lain sangat...banyak yang berubah sebab hakisan...aku pun dah lupa bila kali terakhir kami ke sana...tp yang pasti aku terkejut lihat perubahannya...dah tak secantik dulu...
 
Alang2 dah sampai, kami teruskan juga aktiviti kat situ...bawak bekal nasi...siap bakar ikan, udang dan kerang...yang paling bestnya siap bawak budu lagi...best betul makan ramai2...Insyirah dan Amin macam biasalah aktivitinya...mula2 main pasir...pastu mandi laut...memang tulah yang paling Insyirah gemar...pantang jumpa air...berbeza dengan Amin...cakap bukan main lagi...dengan suara yang kuatnya, tapi bila jumpa air laut, kecut...takut! hahaha...puas pujuk, lama2 baru lah hilang takutnya...”mama, tenggeyam tak? Amin takut...Amin kecik lagi”...*tenggelam*budak pelat yang banyak mulut...Kakak Insyirah lak steady jer...tak takut langsung...

Aku, En. Pd, abang chik n kak chik lak melayan jer sambil2 cari remis...ada jugak remis kat pantai ni, tp tak sebanyak yang aku biasa cari kat kampung...bolehlah sekali goreng...sambil2 layan diorang, leka jugak cari remis ni...sikit pun jadilah...

Balik dari picnic, lil Insyirah dah mula nak demam...dalam kereta dia tidur jer...sampai rumah, memang sah dia dah demam...bagi ubat demam dan selsema then tidur terus sampai subuh...pagi2 tadi nenek dia cakap dia masih lagi demam...kesudahannya, hari ni cutilah...takpelah sebab papanya masih ada kat rumah...harap2 dia sembuh sebelum esok...:)

Aku pulak sepanjang En. Pd balik ni masa agak pack..sabtu lepas aku bersekolah..tak mengajar tapi ada larian perdana mahkota...semalam sibuk dengan picnic dan hari ni aku akan ke SK Sri Pantai lagi untuk dating dengan si penutur jati~Mr. David Noel....actually aku akan sekolah tu setiap hari Isnin sepanjang tahun ni..tidak boleh tidak! Sekolah aku adalah salah sebuah sekolah yang terlibat dengan program ni...Mat Salleh datang untuk membantu cikgu2 BI...haru betul...tapi aku redha jerlah sebab ia sedikit sebanyak dapat membantu aku dalam hal2 kerja aku...

Esok cuti Maulidur Rasul aku tak kemana2 kot sebab En. Pd akan bertolak ke Kemaman...esok masa untuk rehat jer sambil iron baju En. Pd...stok untuk dua minggu terus...tulah kerja rutin aku bila dia balik....sebakul baju untuk dibasuh dan stok baju yang ber’iron...huhuhu...

Oklah, kena berhenti dulu...walaupun banyak cerita untuk dikongsi, aku kesuntukan masa sekarang ni..banyak kerja yang belum dilangsaikan...maybe next week aku akan lebih rileks..~hopefully!
Ok..bye...

Wednesday, February 9, 2011

Let's think bout' it....:)


A thoughtful conversation to reflect

A Mufti sat next to a Reverend on a flight.

Rev                       : What is your occupation?

Mufti                    : I'm into big business

Rev                       : But what business exactly?

Mufti                     : I deal with God

Rev                        : Ah, so you're a Muslim
                               religious leader. I have one problem
                   with you Muslims: you oppress your
                   women.

Mufti                     : How do we oppress women?

Rev                        : You make your women
                    cover up completely and
                    keep them in the homes.

Mufti                      : Ah. I have a problem with 
                   you people: you oppress MONEY

Rev                         : What? How can one oppress money?

Mufti                      : You keep your money hidden away, 
                   in wallets, banks and safes.
                   You keep it covered up.
                   Why don't you display it in public if it's
                   a beautiful thing

Rev                       : It will get stolen, obviously.

Mufti                    : You keep your money hidden
                  because it is so valuable. We
      value the true worth of women far, 
      far more. Therefore, these
      precious jewels are not on display 
      to one and all. They are kept
      in honour and dignity.

http:///muxlim.com/blogs/heesaf/a-thoughtful-conversation-about-hijab/

Jangan Baca Jer...amalkan.. :)

Sekadar bacaan untuk meraih hati seorang isteri..... 
1. PANGGILAN SAYANG
- Elakkan panggilan ‘ibu’ ‘mama’ ‘maknye’ pada isteri selepas berumah tangga dan memiliki anak. Kekalkan panggilan sayang seperti yang pernah anda lakukan sewaktu bercinta dahulu.panggilan keramat ini cukup ingin di dengari oleh isteri kerana ia mampu membuatkan hati isteri bergetar.

2. BERPIMPIN TANGAN
- Ada sesetengah suami merasakan memegang tangan isteri sudah tidak relevan bila sudah berkahwin. Malah ada juga yang malu melakukannya.tapi adakah anda tahu seorang isteri sangat berasa bangga bila anda memimpin tangannya tatkala berjalan. Ini adalah kemesraan kecil yang sangat bermakna.

3. UNGKAPAN CINTA
- ‘Abang cintakan sayang’ .kalimat ini mungkin tinggal kenangan buat seorang isteri. Ia hanya di dengari hanya sewaktu bercinta.oleh itu tukarlah persepsi ini lafazkan kembali ungkapan keramat ini. Sekali sekala isteri mahu mengetahui adakah suami mempunyai perasaaan yang sama terhadap dirinya seperti dahulu. mesti telah diungkap melalui perbuatan tp adakalanya wanita ingin diyakinkan secara lisan.

4. PUJIAN DIRINYA
- Berapa pun usia atau apa pun kerjayanya,tapi jika dia seorang wanita maka yang tetap di perlukan adalah pujian dari pasangannya. Pujian yang dilafazkan bukan dari mulut pasangan walau setinggi manapun tidak akan sama dengan pujian dari suaminya.

5. BERIKAN KUCUPAN SPONTAN
- Saat romantik ketika bercinta sudah lama berlalu.walaupun perkahwinan mencecah belasan tahun tapi hati wanita tetap sama.mereka mahukan perhatian dan kasih sayang suami. Semua itu dapat diyakinkan melalui sentuhan cinta yakni ciuman. Apatah lagi apabila ia diberikan secara spontan.ciuman begini akan menghadirkan prasaan sewaktu bercinta dahulu. Tatkala isteri sedang menyediakan makan malam di dapur. Berikan ciuman di pipi atau di belakang lehernya. Meskipun bibirnya hanya mampu tersenyum tetapi hati isteri sebenarnya berteriak bahagia.

6. HANTARKAN SMS CINTA
- Pergunakan kecanggihan teknologi komunikasi yang ada. Bagi suami yag agak kekok melafazkan kalimat cinta secara terang terangan boleh saja meluahkan melalui sms mahupun email. Tidak kisah apa caranya asalkan suami menunjukkan kecintaannya, seorang isteri akan berasa cukup bahagia. SMS atau email sebegini akan menambahkan lagi rasa sayangnya pada suami dan selalunya tidaka akan dipadamkan dari telefon bimbit atau inbox emailnya.

7. BERIKAN HADIAH
- Walau betapa berdikarinya seorang wanita,dirinya pasti mendambakan perhatian romantic. Dia tetap mengharapkan hadia istimewa daripada suaminya walaupun hanya sehelai selendang. Hati ini akan membuatkan dirinya berbunga dan gembira dirinya di hargai.

8. PANGGILAN TELEFON
- Panggilan telefon di saat sang suami sedang sibuk dan stress mampu mengikat hati seorang isteri. Panggilan telefon yang tidak di sangkan dan ungkapan bertanyakan keadaan isteri akan membuatkan isteri merasakan dirinya di hargai selain merasakan dirinya mempunyai tempat yg besar di hati suami.

9. KEJUTAN
- Setelah berumah tangga tak mungkin ada lelaki lain yang mahu membuat kejutan pada dirinya. Maka wajarlah sang suami melakukannya untuk sang isteri. Kejutan seperti ajakan menginap di hotel, menonton wayang, akan menyemarakkan sayang isteri terhadap suami.

10. UNGKAPAN MAAF
- Biarlah semarah mana pun si isteri jika si suami memhon maaf sepenuh hati. InsyaAllah hatinya akan memaafkan kerana wanita di ibaratkan seperti kerak nasi.

Thursday, February 3, 2011

Kawan....

Salam..

KAWAN...
Bila berkata mengenai kawan memang banyak cerita kan? Aku tak tahu nak mula kat mana, tp aku memang nak cerita pasal kawan...aku sebenarnya tak punya ramai kawan yang dikategorikan sebagai ‘kawan baik’..limited lah..tp aku adalah dua tiga orang yang baik dengan aku semasa sekolah dan waktu belajar dulu...

Bermula masa kanak2 ribena, ramai kawan2 aku adalah jiran2 sekeliling rumah aku...yang paling rapat yang duk sebelah rumah mak akulah...memang dulu rapatlah..ke mana2 bersama..ke kedai..sekolah..main sama2...biasalahkan...tp kerapatan aku denga  dia tak lasting sebab bila jer naik form 1 aku masuk asrama...mungkin masa merenggang semuanya...jarang jumpa sebab dah sekolah lain2...kalau jumpa pun time cuti..tak lama sangat kan...

Masuk hostel aku takde kawan yang rapat..semua sama rata jer rapatnya...tp kat sekolah aku ada kawan yang sangat baik...memang dia baik sangat dan aku tak tahu nak describe macamana kebaikkannya pada ku..dia comel, memahami dan selalu tolong aku...aku bersama dengan  dia tiga tahun jer sebab masuk form 4 aku balik kampung semula,( tapi sekarang aku dah jumpa dia balik kat FB)... bila duk kampung, aku jumpa balik kawan baik aku masa kecik tapi keadaan dah merubah segalanya...kami dah tak serapat dulu..even sekarang pun dah beranak pinak aku jarang2 jumpa and bertegur sapa dengannya...tapi yang aku sangat pasti anak dia sama nama dengan anak aku...hihihi.

Kat sekolah baru aku berkawan baik dengan kawan2 sekelas aku jer...biasa jer...macam orang lain...mungkin sebab classmate aku baik2 dengan semua orang..kira semua sekelas kawan baiklah...

Habis jer sekolah, aku sambung ngaji kat maktab perguruan lak....aku masuk 1998, keluar 2001..selama tiga tahun kat sana aku rapat dengan tiga orang member...hinggalah salah seorang menggelarkan kami magnificent 4...memang rapat sangat sehingga apa saja dibuat bersama...Cuma time KOKO jer kekadang tak sama sebab berbeza club...

Mereka tu aku namakan timangan jerlah ye...takut nak terover expose lak diorang nih...yang paling tua Along...orang Perak..sekarang mengajor kat Perak...but first posting kat kampung halaman aku...so, masa first posting memang aku sangat2 rapat dengannya..maklumlah memulanya dia duk umah mak abah aku...sampai konvo pun pergi sekali tu...Yang kedua Angah...amat baik dengan aku mungkin sebab kami ini sekapal...selau bercakap bahasa ibunda dengannya..dia orang Kuala Trengganu...sampai sekarang pun aku masih lagi berhubungan dengannya via FB lah...dan yang akhir sekali Ateh...si garang antara kami berempat...walaupun garang tapi dalam hati ada taman....hihi..sori Teh...dia paling besaaar antara kami semua...paling putih dan kuat suaranya...dan baru aku tahu ada yang nak mengorat aku tak jadi sebab takutkan ateh ni...sape? biarlah rahsia...yang pasti bukan satu tapi lebih...kihkih...ateh, kalu kau tahu mesti ko gelak sampai bertambah sepet mata kau tu...

Mereka2 ni dah aku umpamakan seperti adik beradik...hubungan kami tak pernah putus tapi ada sesuatu yang belum aku settlekan tentang salah seorang daripadanya...ada salah faham yang telah berlaku antara aku dan along...tak perlu aku perincikan dengan panjang lebar...tapi untuk along aku nak bagitau satu, aku tak pernah menutup ruang maaf untuk kamu...jangan bagitahu angah, ateh n din yang engkau tak tahu apa yang terjadi sebab aku aku amat yakin kau lebih mengetahui semuanya...aku tak mau ungkit tapi bila orang yang terapat dengan kau sms aku suruh aku mengalah dan pohon maaf dari engkau, amat tidak dapat aku terima...perkara itu tak mungkin aku lakukan...dan di saat ini aku tak mahu apa2 penjelasan dari kamu...cuma satu jer aku nak dengar ialah ungkapan ‘Maaf’..itu dah cukup buat aku...

Sori, terover lak aku...tapi bila aku kenangkan hal ini memang aku sedih sangat...seumur hidup aku itulah kawan2 yang terapat dengan aku...bila dah abes study, aku dah ngajar di tiga buah sekolah yang berlainan negeri...antara semua kawan sekolah itu juga tiada yang dapat aku klasifikasikan sebagai kawan rapat...semua sama rata...mungkin begitulah agaknya bila dah masuk alam kerja...ataupun tumpuan lebih kepada hal family..jadi kawan cuma biasa2 jer...

Dan satu lagi kat sekolah aku skrg ni yang aku lihat hubungan antara rakan sekerja lebih kurang macam family jer...ramai antara mereka dah macam kakak2 aku..yang sebaya dan lebih muda hanya beberapa kerat...dan aku lebih suka dengan ikatan yang sebegini...boleh minta tolong atau luah masalah pada mana2 kakak yang memang sedia menolong...

Panjang lebar dah kisah aku kali ini...tapi aku amat hargai jasa kawan2 aku yang selalu menolong aku dan memahami aku...
Terima kasih kawan!
Wassalam.