Saturday, August 20, 2011

Saat DIA Terima Lafaznya...


Tujuh tahun...
Ya, hari ini ulang tahun ke tujuh DIA melafazkan ayat keramat itu...
Ungkapan yang menyimpulkan bahawa selamanya aku miliknya...
Selamanya...

Untuk DIA yang sangat saya hormati,
Terima kasih atas perhatian dan kasih sayang AWAK...
Terima kasih atas kesabaran melayani saya....
Terima kasih atas bantuan, sokongan dan semangat...
Terima kasih kerana sentiasa ada untuk saya...
Terima kasih atas segalanya yang AWAK peruntukkan untuk saya...
Sesungguhnya saya bersyukur atas segala yang ALLAH kurniakan kepada saya...

Hadirnya DIA membawa seribu rahmat dalam hidup saya...
DIA memberikan saya kekuatan di saat-saat saya memerlukannya..
DIA sama-sama saya di saat bahagia saya...
DIA segala-galanya bagi saya...

Saya mengharapkan dengan keberkatan Ramadhan ini,
Pertalian antara saya dan DIA akan terus diwarnai dengan bunga-bunga indah yang akan mewarnai seluruh perjalanan hidup kami...
Semoga kasih sayang antara kami terus subur dan berkekalan selamanya..
Semoga zuriat kami akan bertambah untuk keceriaan puteri kecil kami....

Dan semoga DIA tahu bahawa cinta dan kasih saya untuk DIA takkan pernah berubah!

Terima kasih Allah kerana hadirkan DIA untuk saya....
Istimewa untuk DIA...
~MOHD AFFIDI SIDEK~
SAYA sayang AWAK!

Sungguh...tak tipu...;p



Tuesday, August 9, 2011

Minggu Pertama Puasa...

Assalamualaaikum....

Dah lama rasanya tak update cerita terkini kat sini...asyik sharing email2 lama yang terperam kat inbox...bila baca semula, rasanya tak salah kalau share ngan kengkawan kat sini....so, mana yang elok silalah jadikan panduan ye...yang tak elok tu, fikir2 la sendiri...

Hari ni dah 9 Ramadhan...terasa sekejap je waktu berputar..dah hari selasa pun...lusa baliklah lelaki pujaan kami...;p...hehehe...bukan apa, nak menunjukkan betapa pantasnya masa berlalu...Khamis dah nak bertandang lagi...memang kami menunggu kedatangan Khamis setiap minggu! Sebabnya bila Khamis la kami dapat melalui life yang normal seperti family2 lain...ada bapa, ada ibu dan ada anaknya...weekdays lak life kami sedikit pincang sebab ketuanya tiada...

Bab puasa pulak, so far ok ajer...kalau En. Pd ada, kena sahur...kalau dia takde saya minum sajer...tak selera langsung nak makan...Insyirah pulak macam biasalah...dia tak merungut lapar even dia tak makan setengah hari...seawal subuh dah isap susu then tahan la sampai 1.30 tgh...balik sekolah bagi dia makan pastu sambung sekolah petang pulak...pun tak makan sampai la balik kul 5....bolehlah sbg pendedahan awal untuk anak seusia 5 tahun kan...takmo paksa2 nak seksa plak dia...

Menu berbuka pun macam orang bujang! Duk berdua dengan Insyirah, tak perlu masak lebih2....asal kena dengan selera jer...kecuali time En. Pd balik...masak lebih2 la sikit...last week ada gak berbuka kat luar...tapi sayang kedai yang dituju tutup lak time posa2 ni...terpaksalah menapak ke kedai lain...mujur ada yang berkenan kat mata...hehe

Bonus? ye...semalam dah diumumkan dapat bonus setengah bulan gaji...kenapa setengah bulan jer...kalau sebulan kan bagus!..haip! ada unsur2 tidak bersyukur kan kat situ...hehehe...Alhamdulillah, dapat jugak...bolehlah top up apa2 yang perlu untuk sambutan raya nanti...boleh tambah baju raya kot...tak pun tambah duit raya...tengoklah nanti mana2 yang patut...

Sebenarnya kami tak berapa nak happy sambut raya tahun ni...yelah, dengan keadaan berjauhan macam ni, takde nikmatnya raya...for the first time saya berpuasa sensorang kat tempat yang jauh dari keluarga...mujur ada si kecik saya itu...En. Pd mungkin tak terasa sebab walaupun jauh, dia berada di tempat sendiri...tapi kami? sedihnya...mula nak layan emo la ni....setiap kali hati bersedih, saya akan cuba lupakan dengan menantikan hikmah di sebalik apa yang dilalui....sabar...sabar...

Apa2 pun yang sedang saya lalui ini, saya selalu mengharap pengakhiran yang baik untuk kami...semoga kesabaran ini membawa seribu rahmat untuk keluarga kecik kami...amin...

Wassalam.



.................................................................................................................

Monday, August 8, 2011

CINTA Seekor Cicak...

Assalamualaikum....

Ok tak tajuk entri maca tu? Geli ek bila sebut pasal cicak....tapi serius...ni citer pasal cicak.
Masih lagi dalam mood godek2 email lama2....terjumpa kisah menyayat hati ni....sedih sungguh!
Jom la layan....

Ketika sedang mengubahsuai rumah, seorang pemuda cuba meruntuhkan suatu tembok. Rumah di Jepun biasanya memiliki ruang kosong di antara tembok yang diperbuat dari kayu. Ketika tembok itu mulai roboh, dia menemui seekor cicak yang terperangkap di antara ruang kosong itu kerana kakinya melekat pada sebatang paku.

Dia berasa kasihan sekaligus hairan. Lalu dia memerhati paku itu, ternyata paku tersebut telah ada disitu 10 tahun lalu ketika rumah itu pertama kali dibina.

Apa yang terjadi? Bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaan terperangkap selama 10 tahun??? Dalam keadaan gelap selama 10 tahun, tanpa bergerak sedikit pun, itu adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal.

Pemuda itu lalu berfikir, bagaimana cicak itu dapat bertahan hidup selama 10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada paku itu!

Pemuda itu lalu menghentikan pekerjaannya dan memperhatikan cicak itu, apa yang dilakukan dan apa yang dimakannya hingga dapat bertahan. kemudian, tidak tahu dari mana datangnya, seekor cicak lain muncul dengan makanan di mulutnya…. AHHHH!

Pemuda itu berasa terharu melihat hal itu. Ternyata ada seekor cicak lain yang selalu memperhatikan cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun.

Sungguh ini sebuah cinta…cinta yang indah. Cinta dapat terjadi bahkan pada haiwan yang kecil seperti dua ekor cicak itu. Apa yang dapat dilakukan oleh cinta? tentu saja sebuah keajaiban.

Bayangkan, cicak itu tidak pernah menyerah dan tidak pernah berhenti memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. Bayangkan bagaimana haiwan yang kecil itu dapat memiliki kurnia yang begitu mengagumkan.

Saya tersentuh ketika mendengar cerita ini. Lalu saya mulai berfikir tentang hubungan yang terjalin antara keluarga, teman, kekasih, saudara lelaki, saudara perempuan….. Seiring dengan berkembangnya teknologi, akses kita untuk mendapatkan informasi berkembang sangat cepat. Tapi tak peduli sejauh apa jarak diantara kita, berusahalah semampumu untuk tetap dekat dengan orang-orang yang kita kasihi.

JANGAN PERNAH MENGABAIKAN ORANG YANG ANDA KASIHI!!!

in LiFe THeRe aRe ManY QuoTienTS..
so LeTS HoPe ThaT We’LL Find The Mean.


Sumber : Kotak E-mail Saya...



...................................................................



Ayat-Ayat CINTA

TUJUH AYAT CINTA

Sabda Rasulullah SAW:
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1.           
Bismillahhirrahma nnirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.           
Alhamdulliah: pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3.           
Astagfirrullah: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.           
Insyaallah: jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.           
Lahaulawalaquatai llahbillah: bila tidak dapat melakukan sesuatu yang

                agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.           
Innalillah: jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.           
Laailaahaillallah: bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-
          
                banyaknya.amalkanla h selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang
          
                yang terpilih oleh Allah.


Anda ada dua pilihan sama ada:


1.           
Biarkan dalam inbox anda tanpa bermanfaat utk org lain.. (X)

2.           
Anda sebarkan @ forwardkan pada semua kenalan anda. sabda Rasulluah

                siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia

               akan beroleh pahala walaupun sudah tiada.(/)





Sumber : Kotak Email Saya


Manusia, Malaikat & Syaitan


Thanks Mr.Google..

Salam...nak share lagi...daripada terperap kt inbox, lebih baik share kat sini kan....moga2 kita mendapat manfaat daripadanya....dapat jugak side income...hehehe

Manusia   - Eh, dah subuh dah?
Malaikat
 - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan  solat subuh mu .
Syaitan      - Alahhhhhh, kejaplah,  ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia  - Nak makan,  laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan  Bismillah...
Syaitan    - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!  mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia  - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat    - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan      - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak  kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah  wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan    - Ahhh?awal  lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia  - Azan sudah  kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan  kewajipan
Syaitan    - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi  nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat  - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat  dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok  nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak  Adam, cegahla ia..
Syaitan    - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi  kain orang, lantaklahh? .

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini  kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama  kamu..
Syaitan    - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa  susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat -  Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun.  .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun  muda hanya sekali.....rugila. ... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau  pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke  jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan    - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang  tahu....Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi  nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan  di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak  Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat  (jangan mimpilah!) untukmu...

Sekarang anda mempunyai
3 pilihan !!!!!!


1.  Anda -  Patutke aku biarkan je E-mail ini simpan dalam mailbox aku.
2.  Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal
3.  Syaitan - Tak payahlah sibuk2

 Wassalam.

Sumber : email...