Seminggu sebelum Aidiladha kami mendapat khabar gembira bila ujian kehamilanku positif...
Tapi semalam khabar duka yang tiba. Ianya telah tiada. Tiada rezeki mungkin...
Sebermula petang kelmarin ada setitis darah yang keluar..hati mula gusar...pagi semalam darahnya agak banyak. Aku ke klinik seawal 7 pagi...seorang diri. Usah ditanya kenapa keseorangan.En PD lebih tahu! Doktor datang selepas jam 9!
Setelah discan masih dapat dilihat degupan jantungnya. Kantungnya...Doktor berikan ubat kuatkan rahim dan sehari cuti..katanya baik2 saja.
Balik rumah berehat.
Petangnya darah makin banyak. Ke klinik lagi selepas maghrib. Imbasan kali ini tidak terlihat lagi janinnya.
Kata doktor sudah tiada..bangun saja dari katil terus terassa ada ketulan besar keluar...kata doktor lagi mungkin yang keluar itu kantung baby...
Balik rumah, periksa lagi..memang betul. Satu ketulan seperti perut ikan dan darah beku sebesar empat jari telah keluar...
Tiada rezeki kami untuk kali ini.
Aku sedih tapi redha.
Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang sedang aku lalui.
Aku sedang diuji dengan sedikit dugaan.
Moga aku terus kuat dan tabah.
Allah knows the best for me.
#wahai anak walau beberapa minggu sahaja kamu berada dalam rahim mama tapi ianya adalah saat2 yang cukup untuk indah untuk dikenang... pergilah andai itu adalah pilihan terbaik untukmu sayang#