Tuesday, February 22, 2011

Macam-macam...


Salam.. 

Petang yang memenatkan...baru jer habis menaip nama murid-murid untuk data headcount sekolah...kerja ni dah lama tapi asyik tertangguh sebab nama budak tak berupdate dan banyak kesilapan...

Aku ini agak cerewet sebab tak suka hentam jer nama orang...mesti tepat dan mengikut sijil lahir diorang...ntahlah..aku memang dari dulu pantang kalau silap ejaan nama ni...nak2 kalau nama aku salah eja..bengang jer rasa..hehehe..bagi aku ketelitian dalam menulis adalah penting sebab ia melambangkan sifat seseorang...itu pandangan akulah...satu lagi aku tak boleh terima kalau register kedatangan murid yang main hentam jer...walaupun aku bukan PK HEM yang nak mengadap benda alah tu...agaknya kalau aku jadi PK HEM..mesti guru2 kelas akan menyampah dengan aku..hahaha

Hari ni aku gembira sikit sebab kamera aku dah dijumpai dengan selamatnya...penyakit lupa dah mula bertandang ni...asyik lupa je letak barang...faktor usiakah? Ish..aku muda lagi...hihihi

Insyirah pulak dah ok sangat...sangat ok...semalam dan hari ni ke sekolah dengan mood yang sangat bagus...balik sekolah terus buat homework dan tadi aku terkejut sikit sebab dia dah boleh buat latihan yang aku tak yakin dia boleh lakukan...aku dah underestimate anak aku kah?huhuhu...tapi sejak sekolah ni, aku dah nampak perubahan dia...dalam nangis2 tu, masuk jugak apa yang cikgu ajar ye...yang belum berubahnya kalau bangun tido mesti panggil papanya...itu belum diatasi lagi...hihihi

Minggu ni sekolah aku nak buat majlis maulud peringkat sekolah...so, esok petang kami akan mula me’rewang untuk majlis tu..aku tersangkut kat bahagian backdrop...ada dua pentas yang perlu dihias...so far dah ready dengan esok tunggu tampal jer...majlisnya hari khamis nanti...menu untuk hari berkenaan memang dahsyat juga....nasi jagung, kurma daging, dalca, ayam masak merak dah acar...sedap kan...majlis kami ini juga akan dipenuhi dengan acara2 menarik seperti pertandingan mewarna, kolaj, perarakan dan ceramah...semoga ia memberi pengajaran yang bermakna untuk seluruh warga sekolah kami..insyaAllah..

Oklah..Have to go...kena pergi kedai jap, susu anak dah habis sebelum bapaknya balik...huhuhu

Wassalam...:)

Monday, February 21, 2011

oh, kamera...

Salam....

Mood rajin sikit hari ni....tapi sedikit sedih sebab kamera aku tak dapat dikesan....huhuhu...semalam baru aku teringat pasal benda alah tu sebab niatnya nak upload gambar picnic tempohari...aku ingat2 lupa letak kat mana...seingat aku letak kat dalam dashboard keta En. Pd... tapi tadi aku sms dia tanya tapi katanya semalam baru dia check dashboard ketenya tapi takde pulak terjumpa kamera tu...lagi haru, last friday dia gi servis ketenya...harap2 masih selamatlah kamera aku tu....huhu

aduhai! kat mana lah aku letak...setakat ni dalam otak aku ni cuma ingat satu lagi beg yang aku tak check lagi...beg telekung aku..harap2 adalah kat dalam tu....itulah harapan terakhir aku...kalau takde jugak, dengar jer lah khutbah dari En. Pd lepas ni yek...

Mujur jugak tak banyak dah gambar aku kt dalam tu yang belum simpan...cuma gambar picnic tu jer lah...ish..tak sabor nak balik cari...janganlah hilang...benda penting tu...kalau hilang tak meriahlah aku nak berFB nanti...dahlah next week ada majlis bertunang umah MIL aku...tak syoklah takde kamera...huhuhu..

oklah, takdak mood dah nak tulis panjang-panjang...ingat nak balik rumah cari kamera jer sekarang ni...peringatan untuk En. Pd..maybe camera tu kecik sangat...next time beli yang besar sikit..baru tak hilang...hihi
Bye..salam..




Saturday, February 19, 2011

Busy n emo terlebih...


Salam....
Bersiaran di pagi Sabtu kat tempat keje....huhuhu...actually hari ni sekolah berganti untuk perayaan Tahun Baru Cina yang lalu....dah agak lama aku tak menulis kat sini....banyak perkara yang perlu diselesaikan beberapa hari ini....Insyirah pulak demam yang berpanjangan...dari ahad sampailah semalam dah ok sikit....pakej yang lengkap...demam, batuk dan selsema....lemah betul antibodi anak itu...:(

Hari ni abang aku dan familynya akan berangkat balik ke Terengganu selepas lebih seminggu kat Mersing ni....so, lepas ni we will back to normal lah...yang pastinya my lil’ princess  akan moody sebab dah takde orang nak melayan dia....tapi takpe...next thurday her papa will be here...hopefully so....:) he promised us to be here next weekend....

Sepanjang minggu ni aku cutikan Insyirah dari sekolahnya... disebabkan demamnya yang on and off, aku takut dia terdemam kat sekolah...so, the best way aku cutikan dia....nanti aku akan createkan surat untuk bagitahu cikgunya...aku bukan suka2 nak bagi dia cuti sebab nanti rugikan...tapi ikut pengalaman aku, anak yang demam kat sekolah takkan dapat ikuti P&P dengan baik sebab dia akan melepek sepanjang hari...sudahnya nanti cikgu yang kena hantar balik rumah...

Aku pulak minggu ni emosi terlebih....tak tahu naper..nak kata PMS, baru jer abes...mangsanya tentunya  orang yang aku sayanglah...hihi kadang2 aku selalu fikir yang bukan2...memang kuat setan sekeliling aku ni kan....tapi kadang2 aku rasa dia tak membantu aku...dia tahu apa yang aku nak tapi selalu dia tak buat....dia memang sangat susah nak call aku....sms lagilah...macam semalam, setelah lima sms aku kirim, kali keenam baru dapat reply...benda macam ni memang kecik kan? Itu aku akui tapi bila duk jauh macam ni kita akan mudah terasa...berjauhan akan memperlihatkan kita benda2 yang berubah... aku tak nak elaborate panjang2...nanti lain pulak ceritanya...let think about it dear...

Praying that I’ll manage it better next week....nothing to say for now... have to go...    bye then...:)

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul...



Salam Maulidur Rasul....

Penat tapi meriah!

Salam...

Dah agak lama tak update blog ni...actually beberapa hari ni aku agak sibuk dengan urusan rumahtangga’...hihihi..macam lah sibuk sangatkan...yang pasti minggu ni Insyirah lah yang sangat happy sebab papa dia dah balik...kebetulan esok cuti sempena Maulidur Rasul, so En. Pd ambil peluang untuk cuti direct...maknanya smlm dan hari ni dia ambil cuti...dia dah sampai Mersing hari Khamis yang lepas...esok dah nak balik Kemaman semula....

Yang membuat Insyirah tambah gembira, ayah Chik dan ibunya juga datang bertandang sejak hari Khamis yang lepas...ramailah umat kat rumah aku sekarang ni...so, minggu depan bolehlah tengok budak kecik ni bermuram durja sebab diorang dah nak balik...kembali seperti asal lah nanti...

Semalam kami ke Pantai Pasir Lanun untuk ber’picnic...memang dulu tempat sangat cantik...tapi semalam dah jadi lain sangat...banyak yang berubah sebab hakisan...aku pun dah lupa bila kali terakhir kami ke sana...tp yang pasti aku terkejut lihat perubahannya...dah tak secantik dulu...
 
Alang2 dah sampai, kami teruskan juga aktiviti kat situ...bawak bekal nasi...siap bakar ikan, udang dan kerang...yang paling bestnya siap bawak budu lagi...best betul makan ramai2...Insyirah dan Amin macam biasalah aktivitinya...mula2 main pasir...pastu mandi laut...memang tulah yang paling Insyirah gemar...pantang jumpa air...berbeza dengan Amin...cakap bukan main lagi...dengan suara yang kuatnya, tapi bila jumpa air laut, kecut...takut! hahaha...puas pujuk, lama2 baru lah hilang takutnya...”mama, tenggeyam tak? Amin takut...Amin kecik lagi”...*tenggelam*budak pelat yang banyak mulut...Kakak Insyirah lak steady jer...tak takut langsung...

Aku, En. Pd, abang chik n kak chik lak melayan jer sambil2 cari remis...ada jugak remis kat pantai ni, tp tak sebanyak yang aku biasa cari kat kampung...bolehlah sekali goreng...sambil2 layan diorang, leka jugak cari remis ni...sikit pun jadilah...

Balik dari picnic, lil Insyirah dah mula nak demam...dalam kereta dia tidur jer...sampai rumah, memang sah dia dah demam...bagi ubat demam dan selsema then tidur terus sampai subuh...pagi2 tadi nenek dia cakap dia masih lagi demam...kesudahannya, hari ni cutilah...takpelah sebab papanya masih ada kat rumah...harap2 dia sembuh sebelum esok...:)

Aku pulak sepanjang En. Pd balik ni masa agak pack..sabtu lepas aku bersekolah..tak mengajar tapi ada larian perdana mahkota...semalam sibuk dengan picnic dan hari ni aku akan ke SK Sri Pantai lagi untuk dating dengan si penutur jati~Mr. David Noel....actually aku akan sekolah tu setiap hari Isnin sepanjang tahun ni..tidak boleh tidak! Sekolah aku adalah salah sebuah sekolah yang terlibat dengan program ni...Mat Salleh datang untuk membantu cikgu2 BI...haru betul...tapi aku redha jerlah sebab ia sedikit sebanyak dapat membantu aku dalam hal2 kerja aku...

Esok cuti Maulidur Rasul aku tak kemana2 kot sebab En. Pd akan bertolak ke Kemaman...esok masa untuk rehat jer sambil iron baju En. Pd...stok untuk dua minggu terus...tulah kerja rutin aku bila dia balik....sebakul baju untuk dibasuh dan stok baju yang ber’iron...huhuhu...

Oklah, kena berhenti dulu...walaupun banyak cerita untuk dikongsi, aku kesuntukan masa sekarang ni..banyak kerja yang belum dilangsaikan...maybe next week aku akan lebih rileks..~hopefully!
Ok..bye...

Wednesday, February 9, 2011

Let's think bout' it....:)


A thoughtful conversation to reflect

A Mufti sat next to a Reverend on a flight.

Rev                       : What is your occupation?

Mufti                    : I'm into big business

Rev                       : But what business exactly?

Mufti                     : I deal with God

Rev                        : Ah, so you're a Muslim
                               religious leader. I have one problem
                   with you Muslims: you oppress your
                   women.

Mufti                     : How do we oppress women?

Rev                        : You make your women
                    cover up completely and
                    keep them in the homes.

Mufti                      : Ah. I have a problem with 
                   you people: you oppress MONEY

Rev                         : What? How can one oppress money?

Mufti                      : You keep your money hidden away, 
                   in wallets, banks and safes.
                   You keep it covered up.
                   Why don't you display it in public if it's
                   a beautiful thing

Rev                       : It will get stolen, obviously.

Mufti                    : You keep your money hidden
                  because it is so valuable. We
      value the true worth of women far, 
      far more. Therefore, these
      precious jewels are not on display 
      to one and all. They are kept
      in honour and dignity.

http:///muxlim.com/blogs/heesaf/a-thoughtful-conversation-about-hijab/

Jangan Baca Jer...amalkan.. :)

Sekadar bacaan untuk meraih hati seorang isteri..... 
1. PANGGILAN SAYANG
- Elakkan panggilan ‘ibu’ ‘mama’ ‘maknye’ pada isteri selepas berumah tangga dan memiliki anak. Kekalkan panggilan sayang seperti yang pernah anda lakukan sewaktu bercinta dahulu.panggilan keramat ini cukup ingin di dengari oleh isteri kerana ia mampu membuatkan hati isteri bergetar.

2. BERPIMPIN TANGAN
- Ada sesetengah suami merasakan memegang tangan isteri sudah tidak relevan bila sudah berkahwin. Malah ada juga yang malu melakukannya.tapi adakah anda tahu seorang isteri sangat berasa bangga bila anda memimpin tangannya tatkala berjalan. Ini adalah kemesraan kecil yang sangat bermakna.

3. UNGKAPAN CINTA
- ‘Abang cintakan sayang’ .kalimat ini mungkin tinggal kenangan buat seorang isteri. Ia hanya di dengari hanya sewaktu bercinta.oleh itu tukarlah persepsi ini lafazkan kembali ungkapan keramat ini. Sekali sekala isteri mahu mengetahui adakah suami mempunyai perasaaan yang sama terhadap dirinya seperti dahulu. mesti telah diungkap melalui perbuatan tp adakalanya wanita ingin diyakinkan secara lisan.

4. PUJIAN DIRINYA
- Berapa pun usia atau apa pun kerjayanya,tapi jika dia seorang wanita maka yang tetap di perlukan adalah pujian dari pasangannya. Pujian yang dilafazkan bukan dari mulut pasangan walau setinggi manapun tidak akan sama dengan pujian dari suaminya.

5. BERIKAN KUCUPAN SPONTAN
- Saat romantik ketika bercinta sudah lama berlalu.walaupun perkahwinan mencecah belasan tahun tapi hati wanita tetap sama.mereka mahukan perhatian dan kasih sayang suami. Semua itu dapat diyakinkan melalui sentuhan cinta yakni ciuman. Apatah lagi apabila ia diberikan secara spontan.ciuman begini akan menghadirkan prasaan sewaktu bercinta dahulu. Tatkala isteri sedang menyediakan makan malam di dapur. Berikan ciuman di pipi atau di belakang lehernya. Meskipun bibirnya hanya mampu tersenyum tetapi hati isteri sebenarnya berteriak bahagia.

6. HANTARKAN SMS CINTA
- Pergunakan kecanggihan teknologi komunikasi yang ada. Bagi suami yag agak kekok melafazkan kalimat cinta secara terang terangan boleh saja meluahkan melalui sms mahupun email. Tidak kisah apa caranya asalkan suami menunjukkan kecintaannya, seorang isteri akan berasa cukup bahagia. SMS atau email sebegini akan menambahkan lagi rasa sayangnya pada suami dan selalunya tidaka akan dipadamkan dari telefon bimbit atau inbox emailnya.

7. BERIKAN HADIAH
- Walau betapa berdikarinya seorang wanita,dirinya pasti mendambakan perhatian romantic. Dia tetap mengharapkan hadia istimewa daripada suaminya walaupun hanya sehelai selendang. Hati ini akan membuatkan dirinya berbunga dan gembira dirinya di hargai.

8. PANGGILAN TELEFON
- Panggilan telefon di saat sang suami sedang sibuk dan stress mampu mengikat hati seorang isteri. Panggilan telefon yang tidak di sangkan dan ungkapan bertanyakan keadaan isteri akan membuatkan isteri merasakan dirinya di hargai selain merasakan dirinya mempunyai tempat yg besar di hati suami.

9. KEJUTAN
- Setelah berumah tangga tak mungkin ada lelaki lain yang mahu membuat kejutan pada dirinya. Maka wajarlah sang suami melakukannya untuk sang isteri. Kejutan seperti ajakan menginap di hotel, menonton wayang, akan menyemarakkan sayang isteri terhadap suami.

10. UNGKAPAN MAAF
- Biarlah semarah mana pun si isteri jika si suami memhon maaf sepenuh hati. InsyaAllah hatinya akan memaafkan kerana wanita di ibaratkan seperti kerak nasi.