Showing posts with label Aku. Show all posts
Showing posts with label Aku. Show all posts

Friday, June 10, 2011

Tempoh Bertenang...

 Amek gambar En. Google jer...


Haih! sudah balik Mersing...sampai semalam...awal bukan? Ha'ah..awal 3 hari sebab nak uruskan peralatan untuk sekolah baru Lil' Insyirah...lagipun kalau balik hari Ahad, kesian pulak En. Pd..cuti kami tak sama...sana kan weekend Jumaat n Sabtu...dah berjauhan ni kena lah consider all factors...banyak benda yang kena lakukan secara berhemah esp. bab cuti...sebenarnya ada cerita bab cuti tapi nantilah..dalam entry2 berikutnya nanti...

Actually sekarang ni aku dalam tempoh bertenang...tiada lagi pengharapan yang tinggi untuk rayuan tempoh hari...pergi merayu sekadar untuk memuaskan hati..kalau tak dapat aku dah redhalah...usaha lagi untuk akhir tahun nanti...InsyaAllah adalah rezeki untuk aku...dan untuk 6 bulan lagi aku akan berdua-duaan dengan Insyirah kat Mersing ni...dan En. Pd, please take note...be here every weekend ya...;p..we will be missing you...hehehe..and I pray that I'll be stronger for the rest of this year...~I'm a big2 girl in a big2 world!

Insyirah pulak sehari dua ni okay2 sahaja....semalam neneknya berpesan agar dia baik2 saja kat sini...dan nenek akan datang sekiranya Insyirah tidak sihat...dan tadi dia dah suruh aku call neneknya dan katanya dia demam! haiyya...sudah pandai! sekarang dia masih lagi ok sebab En. Pd masih di sini...kita tengok sahaja macaman keadaannya Isnin nanti...

Cuti dua minggu ini juga aku tidak berjalan2 pun...plan asal nak ke Melaka..tapi kami tak ikut rombongan berkenaan atas dasar tengah bersedih sebab aku tak dapat tukar...huhuhu...cuma hari tu sempat bawa Insyirah melawat MOE untuk urusan rayuan aku..then gerak ke tempat pelaburan utama kat KL iaitu SOGO...3 hari di KL hanya berjumpa-jumpaan dengan abang2 dan ipar2...++ anak2 sedara...sungguh happening bila Insyirah, Nafeesa dan Safiyya bertemu...ditambah pulak jumpa Azeem dan Zarif kat Rawang...

Hari2 lain kami cuma berjalan2 ke Kuantan, tengok rumah kitorang yang dah siap tapi lom boleh CF tu...tu jelah....En. Pd pun kerja...jadi time dia keja, aku jalan2 ngan Kak Chik ke Dungun, Mesra Mall...cari ikan segor kat Kerteh...biasa2 sajer...

Tu jelah cerita untuk hari ni...xde mood sebenarnya...jiwa kacau!
Wassalam...

...................................................................................................................................

Tuesday, May 3, 2011

Insyirah....Buku...Aku....Novel...


 poyo je baca novel kat playground...:P


Assalamualaikum...


Korang suka baca novel tak?
Mesti ramai yang suka kan...
aku? suka sangat..sangat2 suka...
sebelum kawen aku jarang2 beli,
sebab aku dulu masa ngajar kat Trg agak busy...
masa belajar aku xde masa sangat nak mengadap buku...
assignment dah bertimbun kan...
Cuma kadang2 ada juga beli sikit2...

Selepas kawen, aku takde kerja lain...asyik beli novel jer...
En. Pd  pulak takde hal kalau aku beli novel...
Jadi dia layan bola, aku layan novel...
Tapi kalau kerja umah tak siap bising jugak...
Aku kadang bila dah melekat dengan novel, susah nak berhenti...
Kadang2  satu buku habiskan satu hari...
Mana member sebelah tak marah, kan....huhuhu

Masa pregnantkan lil’Insyirah...
ada masa terluang jer, mesti membaca...
biasanya novellah...kadang2 baca jugak bahan2 ilmiah...
Quran pun mengaji jugak...
tapi yang lebihnya novellah...
aku ingat lagi masa kat SKBN,
Kak Nora yang duk sebelah aku pernah cakap...
Nanti anak ko keluar kan Syaz...
Mesti suka membaca...

Dan memang betul katanya tu...
Insyirah suka sangat dengan buku...
Tapi dia lom boleh membaca lagi...
Tapi buku yang mewarna, tracing letters, yang mudah2
memang sekejap je dia buat...
Aku memang dah dekatkan dia dengan buku sejak baby lagi...
Dan bahananya sekarang ni asal jumpa buku jer,
Mesti aku kena pau....

Kalau kumpul buku2 dia kat umah dah boleh bukak kedai buku!
Kadang2 tu temper jugak aku sebab asal jumpa buku jer,
Mesti nak beli walaupun ada yang belum buat lagi aktivitinya....
Sekarang ni dah sekolah, aku lega sikit
sebab dia dah kurang sikit nafsu nak membeli buku
sekarang  dia tumpu pada buku teks sekolah dia jer...
baguskan...baca bukuteks! Haha


 tiada gambar lil insyirah dengan buku2nya sebab tak sampai ati nak amek gambar buku2 yg berselerak...huhuhu




note~ jumaat lepas aku ada beli dua novel...tapi hingga ke hari ni masih belom abes baca lagi...biasa satu hari je khatam...busy sangat ke aku le ni?




............................................................:P

Tuesday, April 26, 2011

Siapkan Kerja Tertangguh!

Assalamualaikum...

Minggu yang rajinkan...tiap2 hari boleh menulis cerita yang ntah apa2 kat blog ni...bukan takde kerja lain tapi ntahlah..sebenarnya banyak lagi yang perlu dibereskan sebelum hujung minggu...stok baju beriron En. Pd untuk 2 minggu pun belum buat lagi ni...malam ni lah start...semalam settle urusan kain dulu...cuci dan lipat terus...

Mood Insyirah pun okay je semalam cuma nakkan perhatian je lebih sikit....tengah lipat kain pun kena berhenti untuk bagi bintang pada hasil lukisannya yang cukup abstrak...aku pun tak faham dia lukis apa...katanya lukis burung terbang dan pokok...tapi yang aku nampak mata burung je...cukup tak berseni mamanya ni...huhuhu

Result  e-Gtukar akan diketahui 25 Mei nanti...lebih kurang sebulan lagi...jadinya dalam kepala aku sekarang ni asyik berfikir tentang kerja2 yang belum aku settlekan sekiranya aku dapat tukar...ianya melibatkan urusan anak2 di tahun 1...seperti yang korang tahu mereka adalah perintis untuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)...banyak benda yang sedang aku siapkan untuk fail mereka...yang mana fail berkenaan akan dibawa hingga ke tahun 6...ianya berkaitan dengan markah UPSR mereka nanti...40% markah terletak di tangan guru dan penglibatan mereka di dalam kelas selama 6 tahun...dan 60% lagi bergantung kepada soalan yang bakal mereka jawab...so, parents lets do the best for our kids...

Lagi kerja yang menunggu untuk dibereskan ialah School Based Oral Assessment (SBOA) untuk anak2 tahun 5 aku...ianya adalah pentaksiran lisan...juga belum beres...belum lengkap...50/50 jer...kena siapkan untuk memudahkan cikgu yang bakal amek alih kalu aku tukar nanti...maybe kak yasmin ko...hahaha~kalau tak buat boleh tak Kak Min? Kuikuikui...

Urusan untuk Unit Peperiksaan dah 70% settled...aku dah terlebih rajin minggu sudah...semua dokumen dan fail yang berkaitan dengan peperiksaan dah aku kemaskan dan masukkan ke dalam kotak...siap label lagi...Cuma tunggu masa untuk diangkat ke bilik operasi seperti yang dicadangkan oleh Kak Mel...so, apa lagi Hidayah...it’s your turn to take over....hahaha...don’t worry ye dik..dunia di hujung jari...if i move from SKT, we still have lots of medium of communication...FB...blog...gunakan semua tu...cuma satu lagi yang aku lom beres...bank soalan peperiksaan..nampaknya yang dah lebih dari lima tahun aku perlu sisihkan sebab macam dah tak guna...cikgu2 sekarang lebih suka download jer...so, daripada menyemak memenuhkan laci yang sememangnya kecik, baik aku buang jer...tinggal untuk tiga tahun kebelakangan jer la...

Apa lagi urusan aku ye...kena cari lagi...banyak lagi kot...kalau tinggal macam tu jer, boleh ker...mau berbakul kena maki nanti....hahaha...ok friends i’ll try the best k....

Beria jer kau siapkan semuanya kan...ntah dapat ntah tidak tukor nya....but, pray for the best! InsyaAllah.

Wassalam...


Thursday, April 21, 2011

Jadual Waktu...

Assalamualaikum...

Bermula Jumaat lepas aku, Kak Jah dan Dayah
telah meyibukkan diri dengan jadual waktu...
actually kami tolong kami punya PK 1...En. J namanya.
Selepas perpindahan empat kawan kami hari tu, 
jadual lom settle lagi...

Dan hari ni diorang dah dapat jadual baru,,:)
Setelah buat jadual, barulah kami tahu betapa susahnya nak buat jadual...
no wonder lah En. J amek masa berminggu2 untuk siapkan jadual kami selama ini...
Ingatan untuk En.  J yang mungkin sedang membaca bebelan aku ni,
lain kali sila buatkan satu team untuk buat jadual ye....
jangan susahkan diri senri buat sorang2...
ramai yang sudi membantu sebenarnya...
ibarat kata pepatah, berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing...
two heads are better than one!

contoh jadual...lebih kurang macam ni lah....
thanks 2 En. Google.

kalau tengok gambat atas tu cuma sekelas kan...
tapi, yang kami buat untuk satu sekolah... 
semua guru....
tengok sekejap jer dah nak termuntah!

kalau termuntah ada isi takpe jugak kan dayah?

Tapi dalam kegembiraan menyiapkan jadual tersebut,
terselit jugak sedikit rasa calar di hati....
rasa macam nak bakor jer orang yang
bising2 tak puas hati dengan jadual mereka!
tu baru purata 25 waktu ke bawah jer untuk setiap orang...
dah bising2, rasa nak je tambah waktu diorang jadi 35 waktu!
biar padan muka...hahaha

Anyway, hargai apa yang orang dah bersusah payah buat untuk kita!
terima seadanya...
tapi manusia itu berbeda kan...walaupun titlenya ustazah!
entahlah labu....



p/s: Special thanks to Kak Jah and Dayah...alway do the best...kalau Kak Jah tak paksa, mesti lom jalan lagi nih....Kak Jah, nanti ina balik Kemamang, leh la praktis apa yang dapat tu...walaupun sistemnya mungkin berbeza..kuikuikui



:P