Sunday, August 28, 2011

Salam Lebaran





Assalamualaikum...
Lebaran datang lagi...disebabkan sekarang kad raya dah tak lagi diguna pakai, so saya gunakan medium ini untuk membuat ucapan raya...boleh gitu? Boleh lah ek....
Dikesempatan yang masih bersisa ini saya dengan penuh rendah diri memohon ingin menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf sekira ada tingkah laku yang tidak menyenangkan, percakapan yang mengihiris perasaan, terjeling mana-mana orang, terpukul anak-anak orang, terkasar bahasa, terngumpat dari belakang, ter...ter...ter...semualah yang dikira salah....:) macam banyak je salah aku...
Jadi kepada penama2 di bawah, maafkan segala salah dan silap saya sepanjang kita bersama...and this wish goes to.....

  • En. Pd aka Suami Tercinta...
  • Mak, Abah, Mak Dan Ayah Mertua Yang Dikasihi Lagi Dihormati...
  • Mok Tok Tersayang.....
  • Abang Long, Abang Ngah, Abang Chik Dan Kakak2 Ipar Yang Sentiasa Di Hati...
  • Ipar Duai...Abang Zam & Faridah....
  • Adik2 Yang Dikasihi...Umi, Nurul & Fatin
  • Puteri Tersayang...Affifa Insyirah...
  • Anak-Anak Sedara Yang Kiut Miut ~ Syuhada, Afiqah, Saffiya, Nafeesa, Irfan, Muhaimin...Juga Tak Lupa Untuk Zarif & Azeem....
  • Chu Yu, Che Su, Chik Li, Mok Chik, Chik Ni....
  • Sepupu Sepapat...Fahmy, Yah, Man, Angah, Alang, Abil, BB Danish, Aqilah, Aisyah, Ahmad, Adni, Fashqal, Farish & BB Zaraa...
  • Budak Comel Lagi Bulat...Lil’ Darwisya & Lil’ Qaisara...
    
Sape lagi ye....tu semua family....terdekat lah tu...

  •  Tak lupa juga rakan taulan....
  •    Kawan-kawan sepermainan ketika sekolah rendah...SKFRKII
  •     Kawan-kawan sekolah menengah...SMKSED + SMKKJ
  •   Kawan-kawan M4P
  •   Kawan-kawan cikgu2 SKKJ, SKBN & SKT
  •     Kawan-kawan yang kenal di mana2...
  •     Kawan-kawan dan jiran2 ILP...
  •  Anak-anak murid dan bekas anak-anak murid...

Dan semua sekali yang mengenali saya....
Dan tak lupa juga yang tiada....Arwah Ayah Ki, Arwah Tok, Arwah Tokkis, Arwah Aisyah dan semua saudara mara yang telah kembali kepadaNya...
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh semua ahli keluarga yang telah kembali kepadaNya...aminnn.

Yang jauh itu WAKTU...
Yang besar itu NAFSU...
Yang berat itu AMANAH...
Yang mudah itu BERBUAT DOSA...
Dan yang indah itu, SALING MEMAAFKAN...
~pesan Al-Ghazali~

Semoga Syawal kali ini mencatat ribuan memori indah untuk kita kenang...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN




............................................................................................................................

Thursday, August 25, 2011

Tuesday, August 23, 2011

Time...




"Time is too slow for those who wait,
 too swift for those who fear,
too long for those who grieve,
too short for those who rejoice,
but for those who love, time is eternity." 

  --  Henry Van Dyke


Sunday, August 21, 2011

Dah Tak Sabor...

Assalamualaikum...

Bersiaran di minggu akhir sebelum balik kampung...:)
Dah tak sabor sebenarnya ni...menghitung hari yang terasa begitu lambat!
Pepagi tadi my En.Pd dah selamat berangkat ke Kemaman...
Seperti biasalah...sebab hari ni diorang kerja kan kat sana....

Kami kat sini lak, mulanya berniat nak qada' tido,
tapi budak kecik tu kacau lak ari ni...
mula2 nak susu, pastu nak buang air...
pastu nak mandi...pastu lapor...banyak sangat permintaannya hari ni...
terbantut selera mamanya nak tido banyak2...huhuhu

Kelmarin kami bertiga jalan2 cari pasal ke JB...
pergi Jumaat petang pastu singgah kat Danga City Mall...
Cari barang sket tapi hampeh...nama je cam besh tapi tak besh sangat pun..
sudahnya keluar tanpa beli apa2...
then check in kat Tune Hotel JB...
Solat then menapak ke Angsana...

Memang petang tu sangat bersejarah sebab kami berbuka di kaki tangga!
Leka sangat membeli, tak sedar dah nak berbuka...
turun ke bawah, tengok2 semua restaurant dah penuh! Full!
last2 beli air, minum sambik berdiri...huhuhu
pastu menapak lak ke bazar ramadhan di dataran Angsana tu...
beli kebab dan otak2...
cari tempat nak landing takde, satu je nampak masa tu....tangga!
sudahnya berbuka la kami kat tangga tu...
bukan kami jer...penuh orang dengan macam2 ragam berbuka...
pengalaman tu...

lepas makan, sambung lagi cari baju melayu cik abang..
tapi takde lak warna yang nak...
sudahnya balik sambung lagi kat Kota Tinggi!

Esoknya hantar Cik City servis then amek cab lak ke Jusco Tebrau!
So, now keperluan Lil' Princess dah beres...
anak seorang beratus2...kopak2...
agaknya macamana lah kalau anak lima...ribu-ribuan lah agaknya..
Insyirah macam biasalah...masuk tempat main, papanya jaga..
mamanya jugak yang jalan sensorang...dah settle bayar semua baru cari diorang...

Sekarang tunggu waktu je nak balik kampung...
sebelum tu maybe menyinggah ke Kuantan lak...
top up mana2 yang kurang lagi...
sikit2 je lagi..sambil2 cuci mata!

and now, tengah dalam mode tak sabar2 nak tunggu Jumaat...
Esok baru senin...lambat lagi ni...
Minggu ni mesti sembang pasal raya je ni...
lagipun kat sekolah nanti ada Majlis Khatam Quran..

Tapi dalam bergembira ni, saya agak cuak sikit...
sebabbbbbb.....last week dah kena ambush ngan Pegawai JPNJ..
Jumaat lepas tengah syok baca Yassin, dia leh datang...
dan observe cikgu BI year 1! sapa lagi? Saya la! huhuhu
kelam kabut jap...dan2 tu rasa nak MC...
but everything ok jer...cuma debaran masa tu, Tuhan jer yang tahu...:(
harap2 minggu ni takde lagi kejutan macam tu..
penat tau!huhuhu



ok..got to go...kemas2 umah jap...tengah rajin benor ni...;p





Pesanan Seorang Rakan...

Assalamualaikum....
Mode: godek2 email2 lama...yang ni di forward oleh seorang kawan ketika di SMKSED dulu....si kecik...Haryani...Yani, thanks k...Sya kongsikan kat sini....mana tahu boleh diamalkan oleh kawan2 kita yang lain....So, guys...yang baik jadikan pengajaran, yang buruk jadikan sempadan...:)
 

Pesanan terbaik dari seorang rakan....


Assalamualaikum,

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu.. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada
tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua,
Surah Al-Ikhlas . Surah ini, katanya, s urah tauhid.
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah
Al-Kafirun , kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mun gkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar
'untukmu agamamu, untukku agamaku' .
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda

Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati

Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun il mun ya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik...

Ketiga, kuat fizikal

Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya
.

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.
Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan..

Iqra'.....!

Take a break....... .meditate. ..3 minutes & calm your mind...
Recite 3x :
1. Katakanlah (wahai Muhammad); " (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya".

Setelah baca , forwardkan email ini kepada seberapa banyak rakan-rakan anda.
Bayangkan betapa besarnya RAHMAT yang Allah turunkan. Insyaallah.

Wassalam

Sumber : Kotak Email Saya...

Bersabarlah Sayang...



Bersabarlah Sayang

Semua insan sedang gembira
Di hari ini sayang
Hari yang mulia
Marilah bersama berhari raya
Hilangkan duka

Lupakan saja kisah yang lalu
Gantikan cerita baru
Agar hatimu waspada selalu
Jangan kau kesalkan
Jangan engkau tangiskan

( korus )
Pada mereka yang tak mengerti
Menuduh dirimu
Di jurang kesalahan saja
Ku tak sampai hati
Biarkan engkau sendiri

Tetapi diriku dan juga temanmu
Yang tahu kisah derita
Dan luka di dada, hanya kuharapkan
Kau harus bersabar
Dan bertenang selalu

( ulang dari korus )