Saturday, August 20, 2011

Saat DIA Terima Lafaznya...


Tujuh tahun...
Ya, hari ini ulang tahun ke tujuh DIA melafazkan ayat keramat itu...
Ungkapan yang menyimpulkan bahawa selamanya aku miliknya...
Selamanya...

Untuk DIA yang sangat saya hormati,
Terima kasih atas perhatian dan kasih sayang AWAK...
Terima kasih atas kesabaran melayani saya....
Terima kasih atas bantuan, sokongan dan semangat...
Terima kasih kerana sentiasa ada untuk saya...
Terima kasih atas segalanya yang AWAK peruntukkan untuk saya...
Sesungguhnya saya bersyukur atas segala yang ALLAH kurniakan kepada saya...

Hadirnya DIA membawa seribu rahmat dalam hidup saya...
DIA memberikan saya kekuatan di saat-saat saya memerlukannya..
DIA sama-sama saya di saat bahagia saya...
DIA segala-galanya bagi saya...

Saya mengharapkan dengan keberkatan Ramadhan ini,
Pertalian antara saya dan DIA akan terus diwarnai dengan bunga-bunga indah yang akan mewarnai seluruh perjalanan hidup kami...
Semoga kasih sayang antara kami terus subur dan berkekalan selamanya..
Semoga zuriat kami akan bertambah untuk keceriaan puteri kecil kami....

Dan semoga DIA tahu bahawa cinta dan kasih saya untuk DIA takkan pernah berubah!

Terima kasih Allah kerana hadirkan DIA untuk saya....
Istimewa untuk DIA...
~MOHD AFFIDI SIDEK~
SAYA sayang AWAK!

Sungguh...tak tipu...;p



2 comments:

  1. Sya, selamat ulang tahun perkahwinan yang ke7. Semoga sya n en.pd berbahagia sepanjang hayat. Amin..

    ReplyDelete
  2. terima kasih Sue...terima kasih atas doa..moga kita semua bergembira k...:)

    ReplyDelete