Sunday, August 7, 2011

Kawan-Kawan....

Assalamualaikum....
Duk belek2 inbox email....terjumpa benda ni...mungkin elok dikongsikan untuk bacaan bersama....:)


Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk
menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk
melupakannya Perkara yang anda tak perasan atau saja tak perasaan.......


1. Sekurang-kurangnya Ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan
sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam
beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi
seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang
walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia..

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah
disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin

anda yang meminggirkan mereka.

12... Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk
mendapatkan
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi

sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan
memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki
hamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang
bila seseorang mengetahuinya.

15... Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk
memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. 


Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk
menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk
melupakannya. 


Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan
lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini
adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya.
Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudahmelupakan
kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi
keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada
yang lebih baik. 


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat
Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan
Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu,
Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...Kerana
Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."

Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda ??

Mereka berkedip bersama............,
Bergerak bersama........,
Menangis bersama........,
Melihat bersama dan............,
Tidur bersama..........

Meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain.....
PERSAHABATAN seharusnya seperti itu.............
Kehidupan akan berasa KOSONG tanpa KAWAN ..............

Siapa kawan anda ?? Hantar email ini untuk semua kawan anda......
Termasuk saya jika saya salah seorang kawan anda..........

Lihat berapa banyak anda dapat balik daripada mereka,
Jika anda mendapat lebih drpd 3.....
Itu bermakna anda adalah seorang "KAWAN YANG PENYAYANG.." 




sumber: email dari kawan...:)



Tuesday, July 26, 2011

Cerita Insyirah


Hari ni baru Selasa....besok Rabu...Lusa Khamis..papa balik!
Tapi hari ni anak dia dah demam lagi...demam sikit2 jer, batuk dan selsema yang banyak...
Memang batuk dia makin teruk...jangkitan dari papanya yang juga batuk tak abes2 sejak dua minggu yang lalu!

Jadinya hari ni, Insyirah ponteng sekolah lagi...semalam sempat ke Tadika Kemas sajer...
Yang PASTI lak, dah dua hari termasuk hari ni dia terpaksa bercuti...sayang bukan...sejak dia bertukar sekolah ni, dia dah semakin suka belajar...dah semakin rajin menulis...kalau dulu asal suruh tulis jer, mesti sampai nanges2...memang malas sangat!

Tapi sejak join PASTI dia dah berubah...tulisannya semakin okay dan daya ingatan semakin baik...macam2 doa dan zikir yang dihafal sehinggakan kadang2 nak baca doa makan, terbaca doa masuk tandas! Hahaha.
Tapi jujurnya aku amat berpuas hati dengan prestasinya...makin meningkat, cuma dalam bab membaca je belum kuasai lagi...tapi okeylah untuk budak 4tahun++...

So, sekarang ni kalau dia ada homework, aku tak susah hati lagi...tak perlu lagi hold tangan dia untuk menulis...semuanya dia boleh buat sendiri...cuma untuk membaca arahan soalan je yang kena bantu...bab mewarna pulak masih failed...takde jiwa langsung..muka orang boleh diwarna ikut sesuka hatinya...kadang2 purple, kekadang merah....warna kucing pun dia ikut pemikiran kartunnya...warna merah!~pengaruh powerpuff girls ni

Tadi dia ada tunjuk satu lukisan yang dilukis...dah nampak ciri2 lukisan nampaknya...kalau dulu mata ke mana, hidung takde, tapi sekarang ni kira okeylah...daya berfikir pun berkembang je aku tengok...sebab bapaknya sering menguji minda anaknya dengan soalan yang berbelit dan si anak boleh memberikan jawapan yang logik!

Bab games pun dah expert...lebih mahir dari mamanya! Aku baru terkial2 dia dah advanced! Angry bird pun dia pulun tau! Tulah pasal aku tak nak beli smart phone...nanti memang dia yang conquer lebih2...rugi2...hehehe...papanya berkira2 untuk membelikan satu untuknya, tapi aku rasa tak perlu sebab nanti mesti dia leka dengan gadget itu dan malas nak study...nanti homework dia malas nak buat...so En. Pd, jangan cari penyakit ye...

 Okey cukuplah dulu cerita lil Insyirah tersebut...
hehe

Monday, July 25, 2011

Pertandingan Mewarna Kelab Nuri - Bank Rakyat

Assalamualaikum...

Sabtu lepas datang mood rajin layan Insyirah ke Pertandingan Mewarna anjuran Kelab Nuri Bank Rakyat...biasanya En. Pd malas nak bangun pepagi tapi ari tu terlebih rajin lak...Insyirah apa lagi, memang suka sangat! Seawal jam 7.30 pagi kami dah @SMK Anjung Batu....yang sedihnya Cik City kami telah tercedera semasa acara parking memarking...tak sedar ada batu penanda jalan...tengah syok mengundur, terdengar bunyi agak pelik, tetapi En. Pd teruskan jugak pengunduran tersebut....hasilnya, arghh...takyah citer...huhuhu

Acara pagi tu hanyalah mewarna dalam 3 kategori...dah sah2lah Insyirah kategori 6 tahun ke bawah....menang? tak punnnn....siap takleh terima kekalahan lagi budak kecik tu....nages2 nak hadiah...buruk kan perangai...yang geramnya, orang sibuk mewarna, dia sibuk menyusun pensel warna yang dibekalkan oleh kelab Nuri...lepas susun, susun...pastu susun lagi....pastu colour ikut suka...muka orang boleh buat warna purple...lagi 20 minit nak abes waktu, dia dengan bangganya dah hantor....mana la nak menang macam tu kan...

Sudahnya papa kena dukung ke kereta...sekejap je nanges...takpelah dik, nanti kita buat latihan mewarna banyak2 kat umah ye...pasni kalau masuk pertandingan, kena sedia hadiah awal2 untuk dia la nampaknya... tak pun tak yah masuk dah pertandingan mcm ni....penat je nak layan...;p

Anyway terhibur jugak ari tu dengan lawak dari pengacara bersamanya...Abang Ropi Cecupak...okeylah cara dia tackle anak2...menarik...


layan...





...........................................................................................................................................

Monday, July 18, 2011

Jalan2 ~ Kota Tinggi

Assalamualaikum....
Dah lama tak citer panjang-panjang kat sini....sibuk sangat kah?
Rasanya macam tak sibuk pun...tapi minggu lepas hanya sibuk mengkhatamkan dua novel yang baru dibeli...hehehe...satunya siap khatam sehari jer...yang satu lagi berhari2...yang kedua tu bukan terbitan Alaf21...so, tak excited sangat...or maybe aku tersalah pilih buku....nak kata tak sedap, tak jugak...tapi tak begitu menerujakan aku...hihihi

Minggu ni En.Pd tersayang tak balik Mersing...tapi diganti dengan kedatangan family aku...so, takdelah Insyirah sunyi sangat...nak demam pun tak jadi...tengok Amin(sepupunya) terus hilang dedar badan....actually, aku tak bagi tahu neneknya nak datang...pagi Jumaat tu dia macam nak demam dah...suam2 kuku jer...datang je orang2 kampung petang tu, dia terus sihat...Cuma ada selsema....tapi ari ni dah mula batuk2....neneknya pun dah bertolak balik pepagi tadi...petang nnti mungkin tak sekolahla kalau batuknya menjadi2....

Tapi takpe, esok papanya balik...ari Rabu dia cuti sempena birthday ‘bapak saudaranya’...Komis lak amek cuti...so, dapatlah bersama kami 4 ari....bagus gak tu kan...so, malam ni rumah kami akan kembali lengang....sunyi tanpa jeritan Amin yang sungguh power!

Ni nak citer pasal kedatangan family aku tu....sebenarnya bukan sesaje je datang jauh2...kami ke Kota Tinggi ari Sabtu untuk simpan duit kat sana...huhuhu....kalau korang pernah ke sana, mesti tahu la kat sana syurga baju pasang yang ready made...memang murah2 giler...korang bayang la, baju kurung biasa hanya sekitar 45 ke 50 hengget je sepasang! Memang rambang mata....aku suka baju plain yang ada beads kat dada tu...harganya bawah 13o hengget jer...kadang tu Kak Kay, kawan aku boleh dapat 90++ jer sepasang sebab dia pandai bab tawar menawar ni....

Sebenarnya ku teman Kak Chik aku jer...sudahnya aku yang terover laks beli tiga pasang...hahaha...tapi still tak puas hati lagi...rasa macam nak beli lagi...nnti kalu aku rajin, aku tempek gambornya kat sini ye...memang giler  ye tuan puan kalau ke sana....hahaha
Kami kat sana sepanjang hari...semua kedai kami jelajahi...hasilnya memang berbaloi2....kalau tak sebab duit dah abes, mungkin kami tak balik lagi...huhuhu

Baju2 tu sebenarnya untuk raya...tapi kalau aku tak tahan godaan, aku pakai dululah...nanti boleh gi semula...kiranya macam baju pra raya lah ye...boleh ke macam tu?  Boleh la ye En. Pd....
So, korang semua, meh datang Mersing...boleh aku bawak jenjalan perabes wang kat Kota...jom..jom....

Bye...
Salam..:)

Sunday, July 17, 2011

MiSsiNG Him!







Missing Him Badly!




........................................................





Tuesday, July 12, 2011

Jangan....







Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya
 
 
 
Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.  

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu  berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.  Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.



Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.


..................................................................

sekadar peringatan untuk diri sendiri dan kawan2....:)
sumber : email...:)








Saturday, July 9, 2011

Selamat Hari Lahir En. Pd...

Assalamualaikum...
Entry untuk birthday boy yang masih lagi tido...hihihi
Dah bertambah umurnya hari ni...31 dah...
Sempena dengan pertambahan umur ni, sayang saya mendoakan :

  • Semoga En. Pd terus bertambah2 sihat dan terus sihat sepertimana sihatnya En. Pd hari ini...;p
  • Semoga En. Pd dimurahkan rezeki hendaknya..agar dapat kami bersopink lagi...dan lagi...;p
  • Semoga En. Pd dipanjangkan umur agar dapat menjaga kami selama-lamanya...
  • Semoga En. Pd tidak jemu berulang-alik ke Mersing setiap minggu untuk melepaskan rindu kami...
  • Semoga En. Pd terus menyayangi kami sebagaimana hari-hari yang telah kita lewati....
  • Semoga...semoga....semoga....banyak sangat nak tulis tapi takpelah...simpan sahajalah...
  • Yang penting, semoga En. Pd boleh bangun awal2 setiap pagi untuk bawa kami jalan2....;p

..............................................................................................
Happy Birthday Papa...semoga kamu sentiasa berada di bawah limpahan rahmatNYA....amin...