Melewati minggu2 yang membosankan...
En. Pd dah selamat balik Kemaman pepagi tadi...
Kami kini berdua lagi....
Ntah mengapa sehari dua ni asyik je melayan mood yang meraban...
Sungguh saya dah tak keruan dengan rutin begini...
Perit dan sungguh rumit rasanya...
Sesungguhnya hidup saya tak tentu arah tanpa dia di sisi...
Bila memikirkan sukarnya nak tukar, saya mula risau...
Takut kiranya tahun depan kami masih sebegini...
Esok saya akan mulakan langkah pertama demi satu pertukaran yang didambakan...
Bermula dengan meminta keizinan dan sokongan dari Pn. GB..
Then esok juga saya akan menapak ke PPD, berjumpa dengan pegawai yang berkenaan untuk sokongan pelepasan...
Seandainya tiada aral melintang, tangga JPN pulak yang akan didaki...
Sukarnya untuk bertukar kan...
Setelah melalui satu kegagalan sama sesi pertukaran Jun yang lepas, saya rasa amat perlu untuk kami berusaha dengan lebih keras...bergoyang kaki menanti sebuah kelulusan adalah satu tindakan yang tidak tepat...saya perlu berusaha lebih...itu pasti...
Sebenarnya saya dah penat dengan apa yang sedang kami lalui...
Menantinya pulang setiap Khamis penuh dengan debaran...
begitu juga melihatnya bertolak balik ke Kemaman seawal 4.30 a.m setiap Ahad juga amat mendebarkan...
itu belum lagi dicampur perasaan belas melihat anak yang merindui ayahnya....tidur bertemankan kain pelikat...sungguh saya tidak sanggup untuk berlama lagi dengan situasi sebegini...
Setahun yang kami lewati serasakan terlalu lama...
Moga2 ada sinar bercahaya untuk kami sekeluarga 14 November nanti...InsyaAllah...
.....................................................................................................................................
Andainya sue ada kuasa @ kenal org dalam..nak sgt tolong Sya tp apakan daya..hanya doa mampu sue panjatkan semoga pe yg sya hajati tercapai..amin..
ReplyDelete