Thursday, September 8, 2011

Raya Kami

Salam...
Dah hampir seminggu naik kerja lepas beraya sakan...
Macam biasalah keadaannya...masih dalam mood raya yang tak abes2..
Hari ni dah hari Khamis..kami suka sebab En. Pd balik ari ni..;)

Bercerita mengenai raya yang tak sudah...
Malam tadi kedengaran rombongan marhaban kat rumah jiran2 penduduk tetap kat sini...
Kelihatan juga kanopi2...open house dah macam kenduri kawen...
Sepanjang 5 tahun kat Johor ni, itulah suasananya setiap tahun...sungguh meriah...
Kat sini kan raya sebulan...;p
Tahun ni takde lak kanak2 serbu umah macam tahun2 yg lepas...hihihi

Tahun ni kami sekeluarga berpeluang untuk balik raya kat Setiu...kampung I ye...
seawal raya kedua dah bertolak ke sana...plan awal nak balik semalaman jer...
Asyik sangat beraya, terlajak sehari lagi...so, spent dua malam kat rumah Mok Tok...
Seharian menjelajah umah sedara mara yang dah bertahun tak jumpa...
harap2 lepas ni dah pindah Trg, boleh lebih kerap kunjungi mereka...

Hari kedua berangkat balik Kerteh, singgah lak kampung En. Pd...
tak tidur sana tapi berangkat balik waktu malam...
Sebenarnya setiap tahun mmg balik ke kampung dia...
Cuma tahun ni terlewat sket...

Bantuan2 raya juga selamat diedar kepada mereka yg underage...
yang masih sekolah je dapat bantuan...yang dah abes belajor, faham2 sendirilah..
tahun ini juga aktiviti raya kami di Kerteh 1 bertambah satu lagi
iaitu berposing sakan di taman bungan ibu mertuaku...
Saje nak hargai penat lelah mak tanam bunga banyak2...
so, kami anak2 dan hantu menantu amek pose maut untuk appreciate penat lelah mak,
disamping mengetest kumira baru...huhuhu...ada unsur riak kan kat situ...;p

Insyirah pulak memang hepi giler bertemu dengan geng2 dia...
tapi satu habit yang mungkin susah nak buang, dia takkan layan sesapa bila tengok kartun...
korang tanyalah apa pun, dia tak layan punyer...sgt2 obses dengan kartun..
kalau kat umah, remote sentiasa di tangan dia...dah hafal semua channel kartun...

Overall raya kali ini begitu bermakna...
Banyak cerita dan peristiwa suka dan duka...
Walau apa pun dengan keberkatan Syawal ini,
harap2 result pertukaran nanti akan memihak kepada saya...
En. Pd dah selamat mengisi saya punya e-Gtukar...kenapa dia?
Ye, sebab saya tiada mood untuk mengisinya...
Dah tiga kali saya cuba buka, tetapi tak terisi...
takde nafsu langsung...tak tahu kenapa...tapi itulah yang terjadi...
Moga 14 November nanti ada hadiah teristimewa untuk saya...InsyaAllah...

Tak abes2 dengan duit raya dia..





...............................................................................













2 comments:

  1. OH NO ! HAMBA PUN TIADA SELERA & MOOD NAK ISI eGtukar... RASA MCM NAK CAKAP DGN MULUT JE, TAK YAH ISI-ISI BORANG ! HAHA

    ReplyDelete
  2. ntah la mira...takde mood lansung dgn egtukar..boleh ke ckp ngan mulut.huuuhuhu...tak mcm sblm ni, beria sgt...tp kali ni bila bukak je, tak terisi langsung...sbb tu suruh pidi jer isi..alhamdulillah dah selamat antar...esok nk mntk Pn GB sahkan jer...dan esok jg sya nak gi PPD..jumpa peg utk sokongan pelepasan...moga2 urusan dipermudahkan...btw mira da isi lom?

    ReplyDelete