Oreo by Mr. Google...
Teddy..also by Mr. Google...
Assalamualaikum...
Alhamdulillah, semenjak dua menjak ni
my Lil' Insyirah sudah berjaya ke sekolah dengan jayanya...
no more crying...walaupun kesihatan kurang memuaskan...
every month mesti ada MC...demam, batuk...selsema..
Oleh kerana si comel ini memilih bab2 makan,(ikut En Pd)
setiap hari aku akan bekalkan setupperware biskut..
dan biskutnya hanya dua jenama di atas sahaja..
dan neneknya pula akan belikan ketupat seringgit sebagai bekal tambahan..
kalau takde ketupat, donut je yang dia mau...
lain2 kuih tiada dalam senarai dia..
sebenarnya aku bayar makan kat sekolahnya tapi biasalah...
dia takkan amek dengan pelbagai alasan...
takpelah asal dia nak sekolah...
Dua tiga minggu lepas, mak aku ada bercerita...
katanya satu hari tu ada sorang budak lelaki sound Insyirah sebelum balik sekolah...
ayat dia lebih kurang macam ni...
"besok, bawak biskut lagi ye.."
so, aku tanyalah dia pasal bekal yang dibawa setiap hari..
hari yang aku tanya tu, dia kata budak2 boy yang makan biskut kakak...
so, no wonderlah budak lelaki tu pesan dia macam tu kan...
Waktu tu aku tak syak apa2...
cuma happylah sebab dia boleh kongsi makanan dia dengan orang lain
sebab sebelum ni dia kedekut dengan harta dia..
Then, last week aku tanya lagi, kakak makan habis ye biskut...
jawapannya sama, cuma dia tambah lagi...
"kakak tak makan pun, budak boy yang makan semua!"
so, selama ni bekal dia habes setiap hari bukan sebab dia makan,
tapi bagi orang...hahaha...
patutlah setiap hari habis...letak banyak mana pun, mesti habes punya...
alahai Insyirah...
Dan Isnin lepas, balik sekolah dia bagitahu aku,
"Aina Batrisha (kawan dia) pinjam kakak punya sheep (key chain bebiri)... esok dia pulang balik"
esoknya dia tak ke sekolah sebab demam...
tapi she keeps talking about that..
aku dah sedikit cuak, sebab aku rasa kawan dia tu takkan
pulang balik dah sheep yang dipinjam...
so, aku bagitahu dia, esok, kalau Aina tak pulang sheep tu,
kakak jangan nanges ye...nati mama beli yang lain...dia ok kan jer....
and today, memang benar kawannya memang tak pulangkan benda tu...
mujur dia tak nanges...
Lepas ni nampaknya, takleh dah bagi dia bawak apa2 yang menarik perhatian kawannya...
setakat biskut okey lagi...tapi benda lain kena guna kat umah je lah...
Agaknya alat2 tulis dia yang hilang sebelum ni pun dia bagi kawan dia juga kot...
Insyirah..Insyirah...tokey balak pun leh bangkrap kalau macam ni selalu!