Saturday, April 23, 2011

En. Pd dan anaknya.....

Assalamualaikum...

Insyirah dah sihat...cuma selsema je yang belum ok lagi...semalam dah ke sekolah...
Minggu ni jadual kitorang berubah...semua yang di rancang telah berubah sebab Insyirah demam teruk....tapi bagus jugak...inilah akibatnya kalau dua minggu Insyirah tak jumpa papanya....satu minggu boleh tahan lagi..tapi bila dua minggu dia akan demam! So, En. Pd..lepas ni kena arrange balik jadual awak ye...

Sebenarnya Selasa lepas Insyirah demam dengan teruk sekali...sehingga En. Pd terpaksa mengambil cuti pada Rabu dan Khamis sebab Insyirah asyik nanges nak papanya! So, selasa lepas papanya balik dan start dari hari itu hingga ke hari ini dia kena dera dengan anaknya...hahaha...semuanya nak lakukan dengan papa...mama tolak tepi sebab mama garang..huhuhu. At last En. Pd merungut yang jaga anak sehari lebih penat dari kerja seharian....tak boleh tidur...baca paper...surf internet...kalau dia tidur jer anak dia akan jerit kat telinga kuat2! Dengan aku dia tak berani...

Insyirah juga tak sekolah selama empat hari dan semalam aku sarankan agar En. Pd hantar jer dia kat sekolah walaupun dia belom sihat sepenuhnya...daripada dia mengarut kat rumah, baik ke sekolah...sihat sedikit..dan bolehlah papanya berehat...dan hari ini dia sepatutnya dia ke sekolah (ganti deepavali) tapi pagi2 lagi selepas aku ke sekolah, dia dah buat perangai...tak mahu mandi...dan kesudahannya tak sekolah lagi anak aku hari ini...aku dah agak dah..kalau Insyirah menangis, En. Pd akan give up dan dia akan ikut jer apa anak hendak...takmo pergi sekolah pun takpelah...asal jangan menangis...dan paling bengang aku yang telah dipersalahkan sebab tak mandikan anak sebelum pergi kerja...katanya kalau aku bereskan anak takkan ada masalah...:(

Rabu lepas mak dan abah amek keputusan untuk balik kampung disebabkan En. Pd bercuti lama...diorang sebenarnya dah rindu sangat dengan umah kat kampung dan yang penting nak balik jenguk pokok2 bunga mak yang sedang kembang mekar! Mak aku memang obses dengan pokok bunga...sampai duk Mersing pun sempat lagi ke nursery untuk beli orkid...lagipun diorang dah sebulan lebih tak balik jenguk umah kampung...so amek kesempatan untuk pulang sebentar...

Next week my En. Pd ada course kat Batu Pahat...so, aku cadangkan mak abah duk kampung hingga 2 Mei...lama sikit diorang kat sana...sepanjang En. Pd berkursus, aku akan tinggal berdua sahaja dengan lil’ Insyirah...dan aku takkan hantar dia ke sekolah sebab aku akan tumpangkan dia di prasekolah selama 2,3 hari...kalau nak hantar ke sekolahnya memang tak sempat sebab kelas aku bermula seawal 7.20 pagi dan abes kul 1.1o tghari...sedangkan Insyirah masuk sekolah kul 8 hingga 1.tghari...so, biarlah dia ikut aku je ke sekolah...

Dan En. Pd cadangkan aku ikut dia balik kemaman Jumaat depan dan nanti aku akan balik semula ke Mersing dengan mak abah pada hari Isnin...macam best kan...tpi tengoklah macamana sebab aku nak tengok keadaan Insyirah dulu...kalau dia dah sihat, mungkin boleh dipertimbangkan...aku takmo nanti berjalan jauh akan memudaratkan kesihatan dia yang baru nak pulih dari demam yang panjang.

Semalam permohonan online e-Gtukar telah sampai ke tempoh akhirnya...Alhamdulillah aku dah selamat mengisi dan menguruskan  segala hal yang berkaitan dengan pertukaran itu...sekarang adalah tempoh yang mendebarkan...permohonan tersebut sedang diproses dan bakal diketahui keputusannya pada 25 Mei...macam yang bermain di fikiran aku sekarang ni...takut...berdebar...memang tak tenang selagi tak dapat tukar...semoga Allah memakbulkan doa aku untuk bertukar...kawan tolong doakan sekali ye....doa2kan kami...being apart is so hard!

Cukuplah cerita pasal demam ni...harap2 lepas ni dah takde dah entry pasal demam rindu ni...
harap2 juga  penutup dia nanti akan jadi happy ending gitu....InsyaAllah.

Wassalam.
:)




..............................

1 comment:

  1. yes, being a part sooooo hard!!!
    InsyaAllah, doakan yg baik aje yer..
    aku pn sdg tgu confirmation letter tukor kementerian ni, insyaAllah.. hrp dpt tuko duk sama asben gak..

    ReplyDelete