Saturday, May 28, 2011

Cerita Dari KL...

Assalamualaikum...

Still kat KL...umah abang aku....pada yang tak tahu, aku ke sini Rabu lepas...amek cuti Khamis dan Jumaat untuk urusan rayuan (Plan B) selepas result pertukaran tempoh hari tidak memihak pada aku...dan Khamis lepas aku dah selamat uruskan rayuanku...

Alhamdulillah, Allah dah permudahkan urusan aku pada hari tesebut....niat aku dari Mersing hanya satu iaitu aku nak masuk dan berjumpa pegawai yg berkenaan dan ceritakan semua yang ada dalm kepala...dapat atau tidak belakang kira...ada rezeki, adalah...kalau takde, aku terima sahaja...maksudnya setahunlah kami berjauhan...

Sebenarnya pada hari tersebut kami dibenarkan masuk beramai2 lebih kurang 5-6 orang...dengar penerangan dari ketua unit SR...then kami kemukakan apa yang nak tnya...aku diam jer..tapi bila orang lain dh keluar, aku masih lagi kat situ...bersama dengan dua orang guru dari N9 yg tak dpt tukor ke Perak....aku luahkan apa yang terbuku di hati...semua sekali...hihihi...walaupun aku rasa gelap gambor, tapi hati aku lega...dan sekarang aku rasa lebih tenang dan terima apa yang ditakdirkan.

Dan untuk masa sekarang aku tidak terlalu menantikan resultnya...peluang sgt tipis jadi aku takut kecewa lagi...jadinya tumpuan sekarang adalah memanfaatkan cuti sepenuhnya dan fikirkan urusan aku selepas cuti nanti..berduaan dengan my lil'princess kat Mersing sana...
Hari ni kami akan berangkat balik ke kampung...esok En.Pd kena kerja...
kami pun dah puas jalan2 dua tiga hari ni kat KL...hari2 kami dipenuhi dengan lawatan ke tempat pelaburan kami iatu Sogo..hihihi...menginap pulak di hotel kat keramat ni...hahaha..tanpa bayaran...semalam ke Tasik Puteri, ziarah anak2 sedara kat sana...thanks to Abg Zam n Faridah for the nasi arab...so yummilicious! pandai korang masak kat kedai....hihihi...dan aku paling suka sebab baby Azeem dah boleh didukung...tak nanges lagi...dan paling suka lagi dapat telekung! Thanks to my biras...:)

Ok...have to go...nanti sambung lagi entry kat kampung pulak...tunggu ye...

Wassalam..


.................................................................................................................



Tuesday, May 24, 2011

Tidak Cukup Kuat Rupanya....

Assalamualaikum....

Masih lagi berblog dikala jiwa kekacauan...bila nak berhenti entahlah...sampai En. Pd pun boleh perasan..siap tanya lagi nape sejak akhir2 ni post aku kt blog ni sedih2 jer...aku emo, kan...kenyataan kadang2 pahit untuk ditelan...I need time...

Akhir tahun lepas, bila dapat tahu En. Pd dapat tukar, memang kepala aku berserabut gila...tapi aku sedapkan hati dengan fikirkan ianya hanya untuk setengah tahun...nak tak nak aku kena go on...ditambah lagi dengan ayat2 penyedap bahawa cikgu BI senang nak masuk Terengganu...aku akur dan masa buat rayuan tu, aku tidak mengharap sangat kerana waktu itu aku tidak mengisi borang secara online...sekadar permohonan offline...gelap gambor, kata orang kampung aku...tapi nak sedapkan hati aku menapak jugak ke PPD, JPN Johor then ke KPM...tapi seperti yang dijangka memang sahih tak dapat....bukan rezeki aku...aku redha masa tu...

Dan sepanjang 5 bulan tu, aku lalui dengan jayanya walaupun banyak dugaan...biasalah tu...tapi untuk kali ini kau memang rasa down sangat...sangat2...mula2 tau result tak rasmi hari tu, aku tak tahu nak explain macamana...aku call En. Pd berkali2 tapi dia tak dengar...tp waktu tu luluh rasanya perasaan ini...then, dah dapat cakap dengan En. Pd, aku tak nangis pun...kuatkan aku...maybe sebab masa tu antara percaya atau tidak..pastu si dia juga tidak memberikan aku nasihat...cuma buat andainnya yang bermacam2 mengenai result tidak rasmi itu....

Hanya selepas tu, Kak Min chat ngan aku, aku lain macam...but okay lagi...dia text aku, aku tak balas...sori kak min..jiwa kacau...then malam buta tu Kak Jah lak chat ngan aku...aku dah tak tahan....waaaaa....tumpah jugak...tapi kejap je ye Kak Jah...sian Kak Jah...kena baca ayat2 mengarut aku malam tu...tapi lawak yg dia buat mampu tenangkan aku...dan malam tu aku tak tidur pun...tak caya? takpe...tapi dalam situasi macam tu aku memang takleh lelapkan mata!

Sepanjang ahad takde kerja yang berjaya aku buat...  
En Pd pun sama gak...jiwa kacau...fikiran ke mana ntah...then semalam aku okay2 jer...tapi bila kawan2 tenangkan aku dengan mngatakan result itu tak betul, bergenang jugak mata ini...tapi aku cover ok....huhuhu...dan semalam on da way ke sekolah Insyirah, hujan sekali lagi dalam kereta...mujur tak banjir...huhuhu...sebak! aku sangka aku kuat....tapi....

Oklah...kena berhenti dulu sebelum kekuatan aku yang ada sekarang ni roboh sekali lagi....
and En. Pd....I really need a shoulder to cry on....really....jangan nanti all the way to KL dihujani hujan yang lebat!



....................................................................................................................

ALLAH Knows Best...

ALLAH KNOWS BEST....
ALLAH knows what is best for us
So why should we complain
We always want the sunshine
But He knows there must be rain.

We always want laughter
and the merriment of cheer
but our heart will lose
their tenderness
If we never shed a tear.

ALLAH tests us often
with suffering and sorrow
He tests us not to punish us
but to help us meet tomorrow.

For growing trees are strenghtened
if they can withstand the storm
and the sharpness of the chisel
gave the marble its grace and form.

ALLAH tests us often
and for every pain
He gives us
provided we are patient
Is followed by rich gain
So whenever we feel that
everything is going wrong
It is just ALLAH'S way to make our spirit strong.

              Author Unknown 
 
Ina...InsyaAllah...you'll find the way....be strong!

Sunday, May 22, 2011

Fahamkah Insyirah?

Assalamualaikum...

Lagi entri untuk hari jiwa kacau ini.....
Tadi on day way keluar breakfast dengan mak n Insyirah, aku bukak cerita mengenai kisah malam tadi pada mak...sengaja aku citer pagi ini sebab malam tadi kalau aku citer terus, aku gerenti Mersing akan banjir...dan satu sebab lagi aku takmo citer pada abah aku...dia tak boleh tension...aku takut sakit dia melarat..so, tunggu result rasmi 25 nanti baru aku nak cakap dengan abah....biarlah dia tak tahu awal2....

Masa tengah drive, aku citerlah dengan mak...aku tak nanges cuma bergenang je air mata nih...kalau aku nanges panjang pulak soalan dari lil' Insyirah yang kepoh tu...so, sambil aku cerita, aku tengok Insyirah diam jer...tak bercakap...pastu aku tanya dia"...adik nak duduk dengan mama ke dengan papa?" jawapan biasa lah dia,"...dengan mama, dengan papa...".pastu aku explain kat dia," nenek kena balik dulu dengan Ki...adik duk mersing dengan mama....". .dia diam...aku cakap lagi, "nanti adik dah tak sekolah Hilal...kena skolah kat mama...petang mama hantar sekolah lain pulak....pastu dia cakap dia tak mau sekolah lain...". dia tak nak sekolah lain....puas explain...last dia terima penjelasan aku...kesian jugak aku tengok dia...monyok saje...

Lepas tu, setiap kali dia dengarpasal  pertukaran, dia akan diam...buat muka sedih...aku lagi la sedih...tapi takpelah..budak2 cepat pulih dan sesuaikan diri...aku tahu dia kuat...dan aku juga tahu dia takkan tinggalkan aku sorang2 kat mersing ni walaupun aku garang dengan dia...tak macam En.Pd yg tega tinggal kitorang kat sini!...mama tau adik sayang mama kan...:p......dan aku juga tak mungkin boleh duk sorang kat sini tanpa Insyirah...En. Pd takpe dia jantan...dia boleh balik jenguk kami bila2 masa kan...

So, sekarang ni itulah keputusan mutakhir kami...duk berdua kat sini, tukarkan sekolah insyirah dan...........
En. Pd..kamu wajib balik setiap minggu!


..............................................................................................






Plan B...

Assalamualaikum...

Bersiaran dengan hati yang gundah...tapi dalam kesedihan ini aku masih lagi mampu memikirkan rancangan aku seterusnya....sebenarnya apa yang aku rancang ini aku nak praktikkan awal tahun lepas, semenjak En. Pd pindah Kemaman....tapi disebabkan mak aku dengan baiknya mengoffer diri untuk bersama dengan aku dan Insyirah kat bumi Mersing ni, aku lupakan plan asal aku...

Pada mulanya aku daftarkan Insyirah di tadika Al-Hilal pada waktu cuti akhir tahun lepas...selepas dapat tahu En. Pd dapat balik Kemaman, aku cadangkan agar Insyirah masuk ajer ke Tadika Kemas sebelah sekolah aku...senang aku nak tengokkan dan ambil dia waktu balik...tapi mak aku nak datang Mersing temani kami kat sini, jadinya aku teruskan persekolah Insyirah kat Al-Hilal...waktu tu aku agak kami akan berkeadaan macam ni selama setengah tahun jer...tadika itu jauh dari umah dah sekolah aku...sebab tu aku kena ada driver untuk hantar dan ambil dia dari sekolah...lagipun waktu masuk dan pulangnya tak sama dengan waktu kerja aku...

Disebabkan sekarang ini aku 99% yakin yang aku mungkin tak berjaya ikut En. Pd ke sana, aku nak berhentikan Insyirah dari sekolah sekarang...tukarkan dia ke Tadika Kemas pada waktu pagi dan petangnya aku akan hantar di ke PASTI...jadinya anak aku akan sekolah pagi dan petang....penat dengarnya kan..tapi terpaksa...takkan aku nak suruh mak abah aku terus duduk dengan kami untuk setengah tahun lagi...kesian diorang...abah aku bukannya sihat sangat...biarlah mereka pulang ke kampung halaman yang dah setengah tahun ditinggalkan...aku serba salah sebenarnya...bukan aku takmo bagi diorang duk sini...tapi aku tahu diorang bosan duk kat kampung orang...tak sama suasana dengan kampung kami...untuk sekejap2 takpe...ni dah setengah tahun...jadi aku kena kuatlah...duk berdua dengan Insyirah...dan aku harap En. Pd dapat balik kampung setiap minggu kalau dia takde kerja lain...

Esok aku akan ke sekolah Insyirah untuk urusan berhenti sekolah...jadinya minggu ini last dia kat situ...lepas cuti aku akan settlekan dia dengan sekolah barunya...kenapa aku mesti sekolahkan dia pagi dan petang? Ya, sebab aku takde pengasuh nak jaga dia waktu petang...setiap isnin aku ada kelas dengan Mat Salih...mana aku nak campak dia...nak duduk ngan jiran? aku tahu Insyirah mcmana...mesti menangis xmo...jadi baik aku hantar dia sekolah...dapat ilmu...dapat kawan...cuma akulah nanti sunyi ptg2 xde dia..dahlah En.Pd takde...huhuhu

Sebenarnya dalam pada pasrah, aku masih juga menanti result rasmi dari KPM...mana tahu yg 1% lgi jadi nyata...huhuhu....Rabu nanti kalau jawapan awal itu benar, aku nak ambil cuti untuk buat rayuan...tak kiralah apa yang bakal berlaku kat sana, yang penting aku puas hati....aku akan cuba selagi boleh...jadi korang yang baca blog aku yang ntah apa2 ni, tolong doakan aku ye....

Hari ni aku dalam mood yang banyak sangat nak luah...so, aku tulis apa yang aku rasa kat sini...fikiran aku tak tenang..bila dah luah aku rasa sedikit lega...jadi kalau korang boring baca, klik sahaja butang X yang warna merah kat atas tu....bukan paksaan ye...huhuhu

Ok, stop dulu...nati aku bebel lagi....

...............................................................................................................

saat2 begini aku perlukan seseorang yg bernama En. Pd untuk tenangkan aku...:(







Saturday, May 21, 2011

Fikiran Terganggu...Saya Keliru..Jiwa Kacau...

Assalamualaikum...

Saat ini jiwa aku sangat kacau...keliru...bercelaru....berkecamuk...bercampur baur...sedih...belum ada redha yang muncul di saat ini...sebentar tadi saya ke laman Pertukaran Guru (FB)...ada pautan.link ke semakan permohonan tukar...Semakan Kelulusan Permohonan....dan dukacita di maklumkan bahawasanya saya tidak berjaya...baca betul2 ye...TIDAK BERJAYA.

Sedihnya hanya Allah yang tahu...dan di saat banyak yang bermain di benak aku...terutamanya INSYIRAH! sedih...kalau betul keputusan itu, setahunlah dia berjauhan dengan papanya...aku tak sanggup...sungguh. Tapi siapa aku untuk mengubah result itu...bukan ada kabel sebesar gajah pun...yang ada cuma wireless yang kadang2 mengong je linenya...huhuhuhu....

Result rasmi sebenarnya adalah pada 25 Mei nanti...tp entah mengapa tadi ada orang link ke situ...dari mana muncul pun aku tak tahu...tapi kesahihannya mungkin 99%...1% lagi aku masih mengharapkan agar ada keajaiban...mungkin admin tengah test...kebanyakkannya kawan2 kat FB Pertukaran guru itu tidak berjaya...hanya beberapa kerat je yang lulus...huhuhu

Resah hati aku fikir pasal tukar ni....serabut!

Empat.....

Assalamualaikum....

Masih lagi dalam mode menghitung hari....
Tinggal empat hari lagi perhitungan aku...
Di saat2 weekend macam ni, terasa waktu sangat lambat berlalu...
Tapi kalau kat tempat kerja laju jer...
ditambah lagi dengan kerja yang menimbun yang perlu aku settlekan 
sebelum cuti pertengahan tahun...
Dah siap kerja baru boleh enjoy masa cuti...
Kalau dapat tukar, tak payahlah orang amek alih banyak2...

Dalam sibuk meghitung juga, aku masih sempat buat preparation
untuk team choral speaking yang akan berentap Jun nanti...
Suka sangat dengan komitmen kanak2 ribena itu...
Sungguh bersemangat...

Dan tak lupa juga doa agar permohonan tukar aku diluluskan..
Setiap hari berdoa tanpa gagal...
Moga Allah perkenankannya...amin.

...............................................................................................