Assalamualaikum...
Bersiaran dengan hati yang gundah...tapi dalam kesedihan ini aku masih lagi mampu memikirkan rancangan aku seterusnya....sebenarnya apa yang aku rancang ini aku nak praktikkan awal tahun lepas, semenjak En. Pd pindah Kemaman....tapi disebabkan mak aku dengan baiknya mengoffer diri untuk bersama dengan aku dan Insyirah kat bumi Mersing ni, aku lupakan plan asal aku...
Pada mulanya aku daftarkan Insyirah di tadika Al-Hilal pada waktu cuti akhir tahun lepas...selepas dapat tahu En. Pd dapat balik Kemaman, aku cadangkan agar Insyirah masuk ajer ke Tadika Kemas sebelah sekolah aku...senang aku nak tengokkan dan ambil dia waktu balik...tapi mak aku nak datang Mersing temani kami kat sini, jadinya aku teruskan persekolah Insyirah kat Al-Hilal...waktu tu aku agak kami akan berkeadaan macam ni selama setengah tahun jer...tadika itu jauh dari umah dah sekolah aku...sebab tu aku kena ada driver untuk hantar dan ambil dia dari sekolah...lagipun waktu masuk dan pulangnya tak sama dengan waktu kerja aku...
Disebabkan sekarang ini aku 99% yakin yang aku mungkin tak berjaya ikut En. Pd ke sana, aku nak berhentikan Insyirah dari sekolah sekarang...tukarkan dia ke Tadika Kemas pada waktu pagi dan petangnya aku akan hantar di ke PASTI...jadinya anak aku akan sekolah pagi dan petang....penat dengarnya kan..tapi terpaksa...takkan aku nak suruh mak abah aku terus duduk dengan kami untuk setengah tahun lagi...kesian diorang...abah aku bukannya sihat sangat...biarlah mereka pulang ke kampung halaman yang dah setengah tahun ditinggalkan...aku serba salah sebenarnya...bukan aku takmo bagi diorang duk sini...tapi aku tahu diorang bosan duk kat kampung orang...tak sama suasana dengan kampung kami...untuk sekejap2 takpe...ni dah setengah tahun...jadi aku kena kuatlah...duk berdua dengan Insyirah...dan aku harap En. Pd dapat balik kampung setiap minggu kalau dia takde kerja lain...
Esok aku akan ke sekolah Insyirah untuk urusan berhenti sekolah...jadinya minggu ini last dia kat situ...lepas cuti aku akan settlekan dia dengan sekolah barunya...kenapa aku mesti sekolahkan dia pagi dan petang? Ya, sebab aku takde pengasuh nak jaga dia waktu petang...setiap isnin aku ada kelas dengan Mat Salih...mana aku nak campak dia...nak duduk ngan jiran? aku tahu Insyirah mcmana...mesti menangis xmo...jadi baik aku hantar dia sekolah...dapat ilmu...dapat kawan...cuma akulah nanti sunyi ptg2 xde dia..dahlah En.Pd takde...huhuhu
Sebenarnya dalam pada pasrah, aku masih juga menanti result rasmi dari KPM...mana tahu yg 1% lgi jadi nyata...huhuhu....Rabu nanti kalau jawapan awal itu benar, aku nak ambil cuti untuk buat rayuan...tak kiralah apa yang bakal berlaku kat sana, yang penting aku puas hati....aku akan cuba selagi boleh...jadi korang yang baca blog aku yang ntah apa2 ni, tolong doakan aku ye....
Hari ni aku dalam mood yang banyak sangat nak luah...so, aku tulis apa yang aku rasa kat sini...fikiran aku tak tenang..bila dah luah aku rasa sedikit lega...jadi kalau korang boring baca, klik sahaja butang X yang warna merah kat atas tu....bukan paksaan ye...huhuhu
Ok, stop dulu...nati aku bebel lagi....
...............................................................................................................
saat2 begini aku perlukan seseorang yg bernama En. Pd untuk tenangkan aku...:(
Pe reaksi En. PD time sya bgtau dia psl ni?
ReplyDeletemula2 bgtau dia kata takde nikmatnya dapat balik kampung kalau mcm ni...huhuhu...yelah, walau dpt blk, anak bini duk jauh mmg x seronok kan...tapi selebihnya dia amat fikirkan Insyirah lah...kalau sue tengok, dia dua ni sangat rapat...dah ada papanya, mama mmg dah tak guna lagi dah...semua benda buat berdua je...even nak pergi makan pun nak dua org jer...biasanya blk skolah terus ajak papa gi makan...katanya, kita gi dua orang jelah papa...takyah ajak mama...huhuhu...tp bila suruh blk duk sana dia takmo...hehehe
ReplyDeletesemalam pegi berhentikan dia kat sekolah skrg ni...sya ingat sya kuat...tp sepnjang jalan meleleh air mata...sedih!
ReplyDelete