Thursday, February 3, 2011

Kawan....

Salam..

KAWAN...
Bila berkata mengenai kawan memang banyak cerita kan? Aku tak tahu nak mula kat mana, tp aku memang nak cerita pasal kawan...aku sebenarnya tak punya ramai kawan yang dikategorikan sebagai ‘kawan baik’..limited lah..tp aku adalah dua tiga orang yang baik dengan aku semasa sekolah dan waktu belajar dulu...

Bermula masa kanak2 ribena, ramai kawan2 aku adalah jiran2 sekeliling rumah aku...yang paling rapat yang duk sebelah rumah mak akulah...memang dulu rapatlah..ke mana2 bersama..ke kedai..sekolah..main sama2...biasalahkan...tp kerapatan aku denga  dia tak lasting sebab bila jer naik form 1 aku masuk asrama...mungkin masa merenggang semuanya...jarang jumpa sebab dah sekolah lain2...kalau jumpa pun time cuti..tak lama sangat kan...

Masuk hostel aku takde kawan yang rapat..semua sama rata jer rapatnya...tp kat sekolah aku ada kawan yang sangat baik...memang dia baik sangat dan aku tak tahu nak describe macamana kebaikkannya pada ku..dia comel, memahami dan selalu tolong aku...aku bersama dengan  dia tiga tahun jer sebab masuk form 4 aku balik kampung semula,( tapi sekarang aku dah jumpa dia balik kat FB)... bila duk kampung, aku jumpa balik kawan baik aku masa kecik tapi keadaan dah merubah segalanya...kami dah tak serapat dulu..even sekarang pun dah beranak pinak aku jarang2 jumpa and bertegur sapa dengannya...tapi yang aku sangat pasti anak dia sama nama dengan anak aku...hihihi.

Kat sekolah baru aku berkawan baik dengan kawan2 sekelas aku jer...biasa jer...macam orang lain...mungkin sebab classmate aku baik2 dengan semua orang..kira semua sekelas kawan baiklah...

Habis jer sekolah, aku sambung ngaji kat maktab perguruan lak....aku masuk 1998, keluar 2001..selama tiga tahun kat sana aku rapat dengan tiga orang member...hinggalah salah seorang menggelarkan kami magnificent 4...memang rapat sangat sehingga apa saja dibuat bersama...Cuma time KOKO jer kekadang tak sama sebab berbeza club...

Mereka tu aku namakan timangan jerlah ye...takut nak terover expose lak diorang nih...yang paling tua Along...orang Perak..sekarang mengajor kat Perak...but first posting kat kampung halaman aku...so, masa first posting memang aku sangat2 rapat dengannya..maklumlah memulanya dia duk umah mak abah aku...sampai konvo pun pergi sekali tu...Yang kedua Angah...amat baik dengan aku mungkin sebab kami ini sekapal...selau bercakap bahasa ibunda dengannya..dia orang Kuala Trengganu...sampai sekarang pun aku masih lagi berhubungan dengannya via FB lah...dan yang akhir sekali Ateh...si garang antara kami berempat...walaupun garang tapi dalam hati ada taman....hihi..sori Teh...dia paling besaaar antara kami semua...paling putih dan kuat suaranya...dan baru aku tahu ada yang nak mengorat aku tak jadi sebab takutkan ateh ni...sape? biarlah rahsia...yang pasti bukan satu tapi lebih...kihkih...ateh, kalu kau tahu mesti ko gelak sampai bertambah sepet mata kau tu...

Mereka2 ni dah aku umpamakan seperti adik beradik...hubungan kami tak pernah putus tapi ada sesuatu yang belum aku settlekan tentang salah seorang daripadanya...ada salah faham yang telah berlaku antara aku dan along...tak perlu aku perincikan dengan panjang lebar...tapi untuk along aku nak bagitau satu, aku tak pernah menutup ruang maaf untuk kamu...jangan bagitahu angah, ateh n din yang engkau tak tahu apa yang terjadi sebab aku aku amat yakin kau lebih mengetahui semuanya...aku tak mau ungkit tapi bila orang yang terapat dengan kau sms aku suruh aku mengalah dan pohon maaf dari engkau, amat tidak dapat aku terima...perkara itu tak mungkin aku lakukan...dan di saat ini aku tak mahu apa2 penjelasan dari kamu...cuma satu jer aku nak dengar ialah ungkapan ‘Maaf’..itu dah cukup buat aku...

Sori, terover lak aku...tapi bila aku kenangkan hal ini memang aku sedih sangat...seumur hidup aku itulah kawan2 yang terapat dengan aku...bila dah abes study, aku dah ngajar di tiga buah sekolah yang berlainan negeri...antara semua kawan sekolah itu juga tiada yang dapat aku klasifikasikan sebagai kawan rapat...semua sama rata...mungkin begitulah agaknya bila dah masuk alam kerja...ataupun tumpuan lebih kepada hal family..jadi kawan cuma biasa2 jer...

Dan satu lagi kat sekolah aku skrg ni yang aku lihat hubungan antara rakan sekerja lebih kurang macam family jer...ramai antara mereka dah macam kakak2 aku..yang sebaya dan lebih muda hanya beberapa kerat...dan aku lebih suka dengan ikatan yang sebegini...boleh minta tolong atau luah masalah pada mana2 kakak yang memang sedia menolong...

Panjang lebar dah kisah aku kali ini...tapi aku amat hargai jasa kawan2 aku yang selalu menolong aku dan memahami aku...
Terima kasih kawan!
Wassalam.

No comments:

Post a Comment