Wednesday, February 9, 2011

Jangan Baca Jer...amalkan.. :)

Sekadar bacaan untuk meraih hati seorang isteri..... 
1. PANGGILAN SAYANG
- Elakkan panggilan ‘ibu’ ‘mama’ ‘maknye’ pada isteri selepas berumah tangga dan memiliki anak. Kekalkan panggilan sayang seperti yang pernah anda lakukan sewaktu bercinta dahulu.panggilan keramat ini cukup ingin di dengari oleh isteri kerana ia mampu membuatkan hati isteri bergetar.

2. BERPIMPIN TANGAN
- Ada sesetengah suami merasakan memegang tangan isteri sudah tidak relevan bila sudah berkahwin. Malah ada juga yang malu melakukannya.tapi adakah anda tahu seorang isteri sangat berasa bangga bila anda memimpin tangannya tatkala berjalan. Ini adalah kemesraan kecil yang sangat bermakna.

3. UNGKAPAN CINTA
- ‘Abang cintakan sayang’ .kalimat ini mungkin tinggal kenangan buat seorang isteri. Ia hanya di dengari hanya sewaktu bercinta.oleh itu tukarlah persepsi ini lafazkan kembali ungkapan keramat ini. Sekali sekala isteri mahu mengetahui adakah suami mempunyai perasaaan yang sama terhadap dirinya seperti dahulu. mesti telah diungkap melalui perbuatan tp adakalanya wanita ingin diyakinkan secara lisan.

4. PUJIAN DIRINYA
- Berapa pun usia atau apa pun kerjayanya,tapi jika dia seorang wanita maka yang tetap di perlukan adalah pujian dari pasangannya. Pujian yang dilafazkan bukan dari mulut pasangan walau setinggi manapun tidak akan sama dengan pujian dari suaminya.

5. BERIKAN KUCUPAN SPONTAN
- Saat romantik ketika bercinta sudah lama berlalu.walaupun perkahwinan mencecah belasan tahun tapi hati wanita tetap sama.mereka mahukan perhatian dan kasih sayang suami. Semua itu dapat diyakinkan melalui sentuhan cinta yakni ciuman. Apatah lagi apabila ia diberikan secara spontan.ciuman begini akan menghadirkan prasaan sewaktu bercinta dahulu. Tatkala isteri sedang menyediakan makan malam di dapur. Berikan ciuman di pipi atau di belakang lehernya. Meskipun bibirnya hanya mampu tersenyum tetapi hati isteri sebenarnya berteriak bahagia.

6. HANTARKAN SMS CINTA
- Pergunakan kecanggihan teknologi komunikasi yang ada. Bagi suami yag agak kekok melafazkan kalimat cinta secara terang terangan boleh saja meluahkan melalui sms mahupun email. Tidak kisah apa caranya asalkan suami menunjukkan kecintaannya, seorang isteri akan berasa cukup bahagia. SMS atau email sebegini akan menambahkan lagi rasa sayangnya pada suami dan selalunya tidaka akan dipadamkan dari telefon bimbit atau inbox emailnya.

7. BERIKAN HADIAH
- Walau betapa berdikarinya seorang wanita,dirinya pasti mendambakan perhatian romantic. Dia tetap mengharapkan hadia istimewa daripada suaminya walaupun hanya sehelai selendang. Hati ini akan membuatkan dirinya berbunga dan gembira dirinya di hargai.

8. PANGGILAN TELEFON
- Panggilan telefon di saat sang suami sedang sibuk dan stress mampu mengikat hati seorang isteri. Panggilan telefon yang tidak di sangkan dan ungkapan bertanyakan keadaan isteri akan membuatkan isteri merasakan dirinya di hargai selain merasakan dirinya mempunyai tempat yg besar di hati suami.

9. KEJUTAN
- Setelah berumah tangga tak mungkin ada lelaki lain yang mahu membuat kejutan pada dirinya. Maka wajarlah sang suami melakukannya untuk sang isteri. Kejutan seperti ajakan menginap di hotel, menonton wayang, akan menyemarakkan sayang isteri terhadap suami.

10. UNGKAPAN MAAF
- Biarlah semarah mana pun si isteri jika si suami memhon maaf sepenuh hati. InsyaAllah hatinya akan memaafkan kerana wanita di ibaratkan seperti kerak nasi.

No comments:

Post a Comment