Tuesday, February 22, 2011

Macam-macam...


Salam.. 

Petang yang memenatkan...baru jer habis menaip nama murid-murid untuk data headcount sekolah...kerja ni dah lama tapi asyik tertangguh sebab nama budak tak berupdate dan banyak kesilapan...

Aku ini agak cerewet sebab tak suka hentam jer nama orang...mesti tepat dan mengikut sijil lahir diorang...ntahlah..aku memang dari dulu pantang kalau silap ejaan nama ni...nak2 kalau nama aku salah eja..bengang jer rasa..hehehe..bagi aku ketelitian dalam menulis adalah penting sebab ia melambangkan sifat seseorang...itu pandangan akulah...satu lagi aku tak boleh terima kalau register kedatangan murid yang main hentam jer...walaupun aku bukan PK HEM yang nak mengadap benda alah tu...agaknya kalau aku jadi PK HEM..mesti guru2 kelas akan menyampah dengan aku..hahaha

Hari ni aku gembira sikit sebab kamera aku dah dijumpai dengan selamatnya...penyakit lupa dah mula bertandang ni...asyik lupa je letak barang...faktor usiakah? Ish..aku muda lagi...hihihi

Insyirah pulak dah ok sangat...sangat ok...semalam dan hari ni ke sekolah dengan mood yang sangat bagus...balik sekolah terus buat homework dan tadi aku terkejut sikit sebab dia dah boleh buat latihan yang aku tak yakin dia boleh lakukan...aku dah underestimate anak aku kah?huhuhu...tapi sejak sekolah ni, aku dah nampak perubahan dia...dalam nangis2 tu, masuk jugak apa yang cikgu ajar ye...yang belum berubahnya kalau bangun tido mesti panggil papanya...itu belum diatasi lagi...hihihi

Minggu ni sekolah aku nak buat majlis maulud peringkat sekolah...so, esok petang kami akan mula me’rewang untuk majlis tu..aku tersangkut kat bahagian backdrop...ada dua pentas yang perlu dihias...so far dah ready dengan esok tunggu tampal jer...majlisnya hari khamis nanti...menu untuk hari berkenaan memang dahsyat juga....nasi jagung, kurma daging, dalca, ayam masak merak dah acar...sedap kan...majlis kami ini juga akan dipenuhi dengan acara2 menarik seperti pertandingan mewarna, kolaj, perarakan dan ceramah...semoga ia memberi pengajaran yang bermakna untuk seluruh warga sekolah kami..insyaAllah..

Oklah..Have to go...kena pergi kedai jap, susu anak dah habis sebelum bapaknya balik...huhuhu

Wassalam...:)

No comments:

Post a Comment