Thursday, March 10, 2011

....hanya dirimu...yang bisa, buat ku tenang....


DEALOVA

Aku ingin menjadi mimpi indah, dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu, yang mungkin bisa kau rindu
Karena, langkah merapuh, tanpa dirimu
Oh karena, hati t’lah letih

Aku ingin menjadi sesuatu, yang s’lalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa ku, selalu memujamu
Tanpamu, sepinya waktu, merantai hati
Oh bayangmu, seakan-akan

[Reff]
Kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil, rinduku, padamu oo~…
Seperti udara yang ku hela kau se-lalu, ada

[Bridge]
Hanya dirimu yang bisa, membuatku tenang
Tanpa dirimu aku me-rasa, hilang
dan sepi, dan sepi
[Reff]  (x2)

Selalu ada, kau selalu ada
Selalu ada, kau selalu ada
Sya Lalalala, lalalala


Wednesday, March 9, 2011

Anak-Anak Kecil Jawab soalan Ujian...


Salam...

Entry di saat kebosanan menunggu anak2 menjawab soalan ujian bulanan...huhuhu...minggu ni adalah minggu ujian selaras untuk anak2 ini..dah dua hari, esok hari akhirnya....macam2 ragam yang boleh diperhatikan...berikut adalah apa yang sedang berlaku...

  • ·Masa yang diperuntukkan adalah 1 jam tapi tak sampai 15 minit dah beres.
  •  Sesetengah dari mereka hanya boleh duduk dengan diam hanya 5 minit, lebih dari masa itu akan merayaplah ke tempat kawan2 diorang...dan dengan automatiknya mulut teacher akan...? sungguh tak makan saman.
  • Sekumpulan budak akan tak henti2 pergi sharp’ diorang punya pencil...mostly the same pupils! (skrg dah berenti jap sbb dah kena sound dengan teacher).
  •  Muncul beberapa leher zirafah yang sedang melihat jawapan rakan2nya...(cubaan meniru).
  •  Muncul juga beberapa orang yang pemberita yang memaklumkan yang rakannya mahu buang air besar...tahulah kenapa mesti ada pembantu yang kena tolong cakap...(maybe teacher garang!)~biasanya aku akan tapis kelulusan untuk ke tandas bila mana terlalu ramai yang meminta izin ke tandas.
  •  Semakin ramai pengadu yang mengadu hal ehwal rakan sekeliling mereka...contohnya...”Teacher, Aisyah tiru buku...”, “Teacher, Aiman kacau saya...”, “Teacher, bla..bla...bla...”
  •   Ada bermacam gaya menjawab soalan...duduk tak diam...banyaknya setan tengah mencucuk!
  •  Dah ada bunyi pelbagai jenis haiwan....boring dan nak amik perhatian orang la tu...
  •  Ada yang tertidur, yang baru nak mula menjawab pun ada nih! ~ slow learner.
  •  Ada yang tengah relax, bersenang lenang...bila ditanya katanya sudah siap tapi bila diperiksa, bermuka surat lagi yang belum settle!
  •  Ada yang tengah bermain2 dengan duit syiling...bila pergi tengok, baru buat muka surat dua daripada sembilan helaian!
  •  Ada yang tak bawa pensel warna dan yang tambah haru anak guru! Apa nak dikata?
  •  Tiada lagi yang ke tandas setelah cikgunya menutup ruang kebenaran ke tandas...kuikui
  •  Ada yang datang bertanya nama perkataan dalam Bahasa Inggeris, dan secara automatik terbocorlah jawapannya....sungguh pandai anak2 ini...:)
  • Ramai yang berpura2 tekun menjawab bila si teacher merajinkankan diri berjalan sekeliling kelas untuk memeriksa kerja diorang....tak kurang jugak yang sangat confident menjawab semua soalan dengan betul...walhal bila diperiksa....berlambak yang salah!
  •  Dan yang paling pasti suara si cikgunya dari tadi tak henti2 membebel....haih! tak jemu ke korang dengar bebelan teacher ni....ke korang dengar nyanyi? Aduhai! Dah penat aku menyebut hampir semua budak dalam kelas ni....dah penat beri arahan...dah penat membebel...tapi korang??
·         
Macamana dan apa pendapat anda bila membaca semua ini....itu hanya sebilangan kecil dugaan dan cabaran seorang guru yang mungkin senang untuk diatasi...itu kacang jer...tp bagaimana pula permasalahan besar dalam bidang ini terutamanya yang melibatkan pelbagai sudut terutamanya keruntuhan moral....bukan sesuatu yang mudah andai tiada kerjasama dari pelbagai pihak terutamanya ibu dan bapa...wallahua’lam..

Untuk anak2 ku...
Qabil Firdaus, Amir Azwan, Haziq Haikal, Hakimi, Syahrul Niza, Nazmeezan, Naim, Ahmad Yassin, Zulhaiqal, Adam, Firdaus Fakarudin, Fa’iz Fasyli, Isma Daniel, Alif, Firdaus Norhisham, Razif Haiqal, Aiman Afiq, Idham Fahmi, Faizie, Luqman Hakim, Nur Nabilah, Siti Aisyah, Nurul Aina, Ainur Hidayah, Aina Amieyra, Nafisah Ridhwanah, Siti Nur Bahyah, Nur Khadijah, Arissya, Alis Fariza, Farha Maizatul Habibah dan Syahidah Fatin....

semoga kamu semua menjadi antara insan yang berguna kepada agama dan negara....moga Allah akan sentiada memayungi kalian dengan nikmat dan rahmatNYa....tetapkan iman di dalam dada dan tuntutlah ilmu di mana sahaja...doa cikgu sentiasa mengiringi usaha kamu...

Setakat ini perkongsian untuk sama-sama direnungkan...
Wassalam....

p/s ~ indahkan nama anak-anak ini....ada yang moden tak kurang juga yang masih meletakkan unsur2 islamik...:)

Tuesday, March 8, 2011

Kisah Teh Tunang



Salam...

Masih lagi dalam minggu-minggu yang memenatkan...tiring weeks but i enjoyed!  Baru jer sampai dari kampung Ahad yang lepas...seperti yang diceritakan sebelum ni, aku balik kampung Khamis lalu sebab adik En. Pd bertunang...kali ni kami balik ke Mersing dengan supir lama kami iaitu En. Pd...hihihi...mak dan abah aku bagi cuti rehat selama dua minggu...biar diorang lepaskan rindu dengan pokok2 bunga diorang dulu...

Bermula semalam En. Pd dengan relanya telah mengambil cuti selama empat hari untuk temani kami kat sini...so, dah dua hari lah dia jadi Mr. Mama....bunyi macam jadi surirumah, kerjakan kerja2 di rumah...tp takde pun...duk saje jer dia, goyang kaki...goyang perut yang semakin membuncit.. dan dah dua hari juga dia menjadi driver kami...masa nilah kami nak buli dia pulak kan...dan berapa bulan dia hidup membujang dengan senang-lenangnya...

Sabtu lepas adik kami si Miey Sidek dah selamat menjadi tunangan orang...kali ini mak mertua aku bakal dapat menantu dari jauh pulak...orang Melaka...Dzulkhairi namanya...betul ke? Ia la tu kot...ntahlah nak panggil apa...for sure dia akan jadi Pak Teh untuk Insyirah...majlis telah berlangsung dengan jayanya...poyo jer ayat aku...simple but nice...aku suka gubahan hantarannya...dulu2 impian nak jadi mak andam...kuikuikui...honestly, memang comel jer...make up pun okie...yang paling aku suka mestilah sesi bergambar....hehehe...yang tak suka agak2 apa ek...kemas-mengemas maybe....masak memasak sikit-sikit bolehlah...kalau banyak2 mintak maaplah...hantu punya menantu kan...

Di sebalik kegembiraan nak dapat biras baru, ada terselit sedikit rasa kuciwa kat situ...dengan berianya aku berjanji dengan insan2 yang tak datang hadir majlis itu untuk mengupload gambor sepanjang majlis berlangsung....tiba2...kamera aku terkena penyakit parkinson...huhuhu...bergetar jer dari awal majlis sampai la rombongan balik...geram betolll! Sebenarnya dah lama benda alah tu terkena penyakit ni...tp tak sekritikal hari tu....sudahnya terpaksalah menyelit dalam frame orang lain....saat tu jugak aku rasa macam nak pergi beli yang lain! Boleh ke En. Pd? Huhuhu

Sebelum aku berhenti, nak kena buat ucapan khas untuk adik dan bakal suaminya....
Kepada Umie, kami doakan agar kamu akan terus berbahagia disamping tunang, Dzulkhairi....moga ikatan yang terbina akan terus utuh hingga ke alam perkahwinan dan seterusnya hingga ke akhir hayat...hadapilah segala dugaan dan cabaran sepanjang bertunang dengan hati yang tenang dan tanganinya dengan akal yang waras...enjoy this great moment!

That’s all...bye for now
Wassalam.


Friday, March 4, 2011

Al-Fatihah...

Salam...

Hari ni kami dah berada di kampung...ambil cuti sempena perunangan adik ipar...Sabtu nanti dia bakal menjadi tunangan orang...kisah tunang menunang ni akan aku share in the next entry k... semalam lepas je sekolah kami terus bertolak balik...gerak dalam pukul 1.15...sampai hampir maghrib...biasalah, abah aku driver yang berhemah k...b.erhenti dua kali untuk solat dan makan...sampai jer kat Mesra Mall, my En. Pd dah tunggu kt situ...:)

Rabu lepas, mata kananku tak henti2 berkedip2...aku pun heran masa tu...balik rumah abah bagitahu salah seorang sedara aku dah meninggal...saudara tak jauh sgt..kira dua pupu aku lar..muda lagi, baru 29 tahun...dia sebenarnya bekerja dengan pegawai imigresen yg sedang berkhidmat di kedutaan pakistan...balik kononnya nak buat surprise dengan family..tp rupa2nya...sudah ditakdirkan dia kemalangan...kereta dipandunya melanggar kuda yang melintas jalan....syukur isteri dan anak2nya tidak cedera...Alhamdulillah..

Aku doakan agar arwah Wan Mohd Fadhil@ Pa dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang2 yang beriman...amin...semoga isterinya tabah dan hadapinya dengan tenang....kesian juga dengan anak2nya Nadaa dan Marwa yang masih kecil...mungkin saudara kembarnya Lutfi @Pi boleh menguatkan semangat anak2nya...(muka mereka seiras)...

Berita itu diterima di saat kami berada di bumi Johor...tidak sempat untuk pulang menziarahi jenazah arwah...hanya berdoa dari jauh...dariNya kita datang, kepadaNya kita pulang...


Salam...

Thursday, March 3, 2011

Siapalah kita...

Salam...
Entry pertama untuk minggu ini...minggu yang memenatkan...En. Pd balik Khamis lepas jadi rutin mingguan berubah sedikit menjadi busy....dengan laundry dan stok baju ber’iron untuk seminggu...perkara wajiblah tu...Insyirah macam biasalah kalau papanya balik..tidak berenggang langsung...takpe, bagi peluang mereka bermesra-mesraan...huhuhu

Jumaat lepas, kami dikhabarkan dengan berita serombongan besar pegawai nak bertandang ke teratak kami pada hari isnin...apalagi, macam lipas kudung lah semua orang semua ke? Aku pun termasuk samalah...menyiapkan kerja2 yang tertangguh. Siapkan apa yang sempat jelah...yang tak sempat, tawakkal jelah...walaupun tahun ni aku dah berpencen dari jawatan2 penting, tp masih lg kena tolong apa2 yg patut...kalau ikut dah tak wajib ke atas aku tapi aku ni jenis tak sampai hati...walaupun sebelum ni ada orang yang sangat sampai hati memberikan tugas yang tak sepatutnya aku buat...tapi apa nak dikata..aku hanya mentimun...aku merungut lagi...abes pahala aku tolong..

Sesudah selesai P&P pada hari isnin, kami bermesyurat hingga pukul tiga lebih...kesimpulan yang dapat dibuat hanya satu....macam2 yang ada dan yang paling banyak adalah yang takde...korang fikir sendirilah apa maksudnya...tak perlu ulas panjang...yang pastinya kami (maybe bukan semua) dah beri kerjasama..

Oklah...takleh ulas panjang2 sebab nanti ada yang terasa...yang pasti aku juga bukan sempurna...ada kekurangannya...semoga lawatan ini akan memperbaiki setiap kelemahan yang ada...sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah...yang buruk itu.....?

Kena berhenti dulu sebelum aku terlebih emo....
Wassalam...

Tuesday, February 22, 2011

Macam-macam...


Salam.. 

Petang yang memenatkan...baru jer habis menaip nama murid-murid untuk data headcount sekolah...kerja ni dah lama tapi asyik tertangguh sebab nama budak tak berupdate dan banyak kesilapan...

Aku ini agak cerewet sebab tak suka hentam jer nama orang...mesti tepat dan mengikut sijil lahir diorang...ntahlah..aku memang dari dulu pantang kalau silap ejaan nama ni...nak2 kalau nama aku salah eja..bengang jer rasa..hehehe..bagi aku ketelitian dalam menulis adalah penting sebab ia melambangkan sifat seseorang...itu pandangan akulah...satu lagi aku tak boleh terima kalau register kedatangan murid yang main hentam jer...walaupun aku bukan PK HEM yang nak mengadap benda alah tu...agaknya kalau aku jadi PK HEM..mesti guru2 kelas akan menyampah dengan aku..hahaha

Hari ni aku gembira sikit sebab kamera aku dah dijumpai dengan selamatnya...penyakit lupa dah mula bertandang ni...asyik lupa je letak barang...faktor usiakah? Ish..aku muda lagi...hihihi

Insyirah pulak dah ok sangat...sangat ok...semalam dan hari ni ke sekolah dengan mood yang sangat bagus...balik sekolah terus buat homework dan tadi aku terkejut sikit sebab dia dah boleh buat latihan yang aku tak yakin dia boleh lakukan...aku dah underestimate anak aku kah?huhuhu...tapi sejak sekolah ni, aku dah nampak perubahan dia...dalam nangis2 tu, masuk jugak apa yang cikgu ajar ye...yang belum berubahnya kalau bangun tido mesti panggil papanya...itu belum diatasi lagi...hihihi

Minggu ni sekolah aku nak buat majlis maulud peringkat sekolah...so, esok petang kami akan mula me’rewang untuk majlis tu..aku tersangkut kat bahagian backdrop...ada dua pentas yang perlu dihias...so far dah ready dengan esok tunggu tampal jer...majlisnya hari khamis nanti...menu untuk hari berkenaan memang dahsyat juga....nasi jagung, kurma daging, dalca, ayam masak merak dah acar...sedap kan...majlis kami ini juga akan dipenuhi dengan acara2 menarik seperti pertandingan mewarna, kolaj, perarakan dan ceramah...semoga ia memberi pengajaran yang bermakna untuk seluruh warga sekolah kami..insyaAllah..

Oklah..Have to go...kena pergi kedai jap, susu anak dah habis sebelum bapaknya balik...huhuhu

Wassalam...:)