Salam...
Entry di saat kebosanan menunggu anak2 menjawab soalan ujian bulanan...huhuhu...minggu ni adalah minggu ujian selaras untuk anak2 ini..dah dua hari, esok hari akhirnya....macam2 ragam yang boleh diperhatikan...berikut adalah apa yang sedang berlaku...
- ·Masa yang diperuntukkan adalah 1 jam tapi tak sampai 15 minit dah beres.
- Sesetengah dari mereka hanya boleh duduk dengan diam hanya 5 minit, lebih dari masa itu akan merayaplah ke tempat kawan2 diorang...dan dengan automatiknya mulut teacher akan...?
sungguh tak makan saman. - Sekumpulan budak akan tak henti2 pergi sharp’ diorang punya pencil...mostly the same pupils! (skrg dah berenti jap sbb dah kena sound dengan teacher).
- Muncul beberapa leher zirafah yang sedang melihat jawapan rakan2nya...(cubaan meniru).
- Muncul juga beberapa orang yang pemberita yang memaklumkan yang rakannya mahu buang air besar...tahulah kenapa mesti ada pembantu yang kena tolong cakap...(maybe teacher garang!)~biasanya aku akan tapis kelulusan untuk ke tandas bila mana terlalu ramai yang meminta izin ke tandas.
- Semakin ramai pengadu yang mengadu hal ehwal rakan sekeliling mereka...contohnya...”Teacher, Aisyah tiru buku...”, “Teacher, Aiman kacau saya...”, “Teacher, bla..bla...bla...”
- Ada bermacam gaya menjawab soalan...duduk tak diam...banyaknya setan tengah mencucuk!
- Dah ada bunyi pelbagai jenis haiwan....boring dan nak amik perhatian orang la tu...
- Ada yang tertidur, yang baru nak mula menjawab pun ada nih! ~ slow learner.
- Ada yang tengah relax, bersenang lenang...bila ditanya katanya sudah siap tapi bila diperiksa, bermuka surat lagi yang belum settle!
- Ada yang tengah bermain2 dengan duit syiling...bila pergi tengok, baru buat muka surat dua daripada sembilan helaian!
- Ada yang tak bawa pensel warna dan yang tambah haru anak guru!
Apa nak dikata? - Tiada lagi yang ke tandas setelah cikgunya menutup ruang kebenaran ke tandas...kuikui
- Ada yang datang bertanya nama perkataan dalam Bahasa Inggeris, dan secara automatik terbocorlah jawapannya....sungguh pandai anak2 ini...:)
- Ramai yang berpura2 tekun menjawab bila si teacher merajinkankan diri berjalan sekeliling kelas untuk memeriksa kerja diorang....tak kurang jugak yang sangat confident menjawab semua soalan dengan betul...walhal bila diperiksa....berlambak yang salah!
- Dan yang paling pasti suara si cikgunya dari tadi tak henti2 membebel....haih! tak jemu ke korang dengar bebelan teacher ni....ke korang dengar nyanyi? Aduhai! Dah penat aku menyebut hampir semua budak dalam kelas ni....dah penat beri arahan...dah penat membebel...tapi korang??
·
Macamana dan apa pendapat anda bila membaca semua ini....itu hanya sebilangan kecil dugaan dan cabaran seorang guru yang mungkin senang untuk diatasi...itu kacang jer...tp bagaimana pula permasalahan besar dalam bidang ini terutamanya yang melibatkan pelbagai sudut terutamanya keruntuhan moral....bukan sesuatu yang mudah andai tiada kerjasama dari pelbagai pihak terutamanya ibu dan bapa...wallahua’lam..
Untuk anak2 ku...
Qabil Firdaus, Amir Azwan, Haziq Haikal, Hakimi, Syahrul Niza, Nazmeezan, Naim, Ahmad Yassin, Zulhaiqal, Adam, Firdaus Fakarudin, Fa’iz Fasyli, Isma Daniel, Alif, Firdaus Norhisham, Razif Haiqal, Aiman Afiq, Idham Fahmi, Faizie, Luqman Hakim, Nur Nabilah, Siti Aisyah, Nurul Aina, Ainur Hidayah, Aina Amieyra, Nafisah Ridhwanah, Siti Nur Bahyah, Nur Khadijah, Arissya, Alis Fariza, Farha Maizatul Habibah dan Syahidah Fatin....
semoga kamu semua menjadi antara insan yang berguna kepada agama dan negara....moga Allah akan sentiada memayungi kalian dengan nikmat dan rahmatNYa....tetapkan iman di dalam dada dan tuntutlah ilmu di mana sahaja...doa cikgu sentiasa mengiringi usaha kamu...
Setakat ini perkongsian untuk sama-sama direnungkan...
Wassalam....
p/s ~ indahkan nama anak-anak ini....ada yang moden tak kurang juga yang masih meletakkan unsur2 islamik...:)
No comments:
Post a Comment