Salam...
Masih lagi dalam minggu-minggu yang memenatkan...tiring weeks but i enjoyed! Baru jer sampai dari kampung Ahad yang lepas...seperti yang diceritakan sebelum ni, aku balik kampung Khamis lalu sebab adik En. Pd bertunang...kali ni kami balik ke Mersing dengan supir lama kami iaitu En. Pd...hihihi...mak dan abah aku bagi cuti rehat selama dua minggu...biar diorang lepaskan rindu dengan pokok2 bunga diorang dulu...
Bermula semalam En. Pd dengan relanya telah mengambil cuti selama empat hari untuk temani kami kat sini...so, dah dua hari lah dia jadi Mr. Mama....bunyi macam jadi surirumah, kerjakan kerja2 di rumah...tp takde pun...duk saje jer dia, goyang kaki...goyang perut yang semakin membuncit.. dan dah dua hari juga dia menjadi driver kami...masa nilah kami nak buli dia pulak kan...dan berapa bulan dia hidup membujang dengan senang-lenangnya...
Sabtu lepas adik kami si Miey Sidek dah selamat menjadi tunangan orang...kali ini mak mertua aku bakal dapat menantu dari jauh pulak...orang Melaka...Dzulkhairi namanya...betul ke? Ia la tu kot...ntahlah nak panggil apa...for sure dia akan jadi Pak Teh untuk Insyirah...majlis telah berlangsung dengan jayanya...poyo jer ayat aku...simple but nice...aku suka gubahan hantarannya...dulu2 impian nak jadi mak andam...kuikuikui...honestly, memang comel jer...make up pun okie...yang paling aku suka mestilah sesi bergambar....hehehe...yang tak suka agak2 apa ek...kemas-mengemas maybe....masak memasak sikit-sikit bolehlah...kalau banyak2 mintak maaplah...hantu punya menantu kan...
Di sebalik kegembiraan nak dapat biras baru, ada terselit sedikit rasa kuciwa kat situ...dengan berianya aku berjanji dengan insan2 yang tak datang hadir majlis itu untuk mengupload gambor sepanjang majlis berlangsung....tiba2...kamera aku terkena penyakit parkinson...huhuhu...bergetar jer dari awal majlis sampai la rombongan balik...geram betolll! Sebenarnya dah lama benda alah tu terkena penyakit ni...tp tak sekritikal hari tu....sudahnya terpaksalah menyelit dalam frame orang lain....saat tu jugak aku rasa macam nak pergi beli yang lain! Boleh ke En. Pd? Huhuhu
Sebelum aku berhenti, nak kena buat ucapan khas untuk adik dan bakal suaminya....
Kepada Umie, kami doakan agar kamu akan terus berbahagia disamping tunang, Dzulkhairi....moga ikatan yang terbina akan terus utuh hingga ke alam perkahwinan dan seterusnya hingga ke akhir hayat...hadapilah segala dugaan dan cabaran sepanjang bertunang dengan hati yang tenang dan tanganinya dengan akal yang waras...enjoy this great moment!
That’s all...bye for now
Wassalam.
No comments:
Post a Comment