Salam...
Satu hari lagi nak balik kampung...macam dah lama sangat tak balik ek...hihihi...smlm Insyirah boleh tanya aku ‘esok kita nak balik kampung ke mama’...mana dia dpt idea pun aku tak tahu sbb aku tak cakap pun dengan dia nak balik esok...agaknya dia dengar aku sembang dengan mak kot...semalam juga dia buat perangai jap...nanges2 panggil papanya...3 kali dia suruh aku call papa dia semalam...sabor jerlah...aku layan jer sebab En.Pd dengan baik hatinya telah men’top up credict aku...tq ek papa...
Berbalik pada tajuk entry kat atas, aku sebenarnya ada cerita yang aku tak tahu nak kategorikan sebagai apa...yang pasti bukan cerita lawak....lebih banyak kepada marah dan geram...:( kelmarin aku ke warung belakang rumah aku, beli mee sup lil’ princess...memang tu jerlah yang dia suka makan terutama waktu malam...tambah pulak sedap...aku ke situ sebelum maghrib...pergi sorang jer sebab Insyirah tak mau ikut...
Sedang ralit aku tunggu mee sup, datang dua budak sekolah, pompuan...masih berbaju sekolah...yang membonceng melaung...’cik ton,mee bandung satu’...si pembongceng tu berdiri sebelah aku...selang beberapa minit dia kembali ke kawan dia yang lagi sorang...kawan dia menjerit...’lambat lagi ke cik ton?’ dah sah2 dia nampak aku yang mula2 sampai kat situ belum dapat lagi apa yang aku pesan...pastu siap merungut, ‘lapar ni’...betul2 kurang adab...dah la memandang aku macam apa...bengang betul rasanya...tapi takpelah..bukan masalah aku pun...
Dan kami kat situ teruskan penungguan...tiba2 lalu lah tiga orang lagi pompuan berbasikal yang berpakaian sekolah, melewati warung itu...dan tak semena2 aku terdengar satu carutan keluar dari seorang daripada anak2 sekolah itu..bunyinya macam ni..”b***t”...aku yang mendengar tercengang..ingatkan latah ke apa...kalau latah aku boleh terima walaupun yang disebut itu tak manis..sebut yang sendiri punya pulak tu...tapi selepas perkataan pertama itu terkeluar, berbunyi lagi balasan dari dua yang menunggu bersama aku tu...bunyinya seperti perang mulut...yang di sana sebut, yang di sini balas....tapi hanya perkataan yang satu itu jer yang dsebut...tiada perkataan lain...kalau itu anak aku, mau aku cilikan ajer mulutnya!
Aku yang kat situ merasa malu sendiri walaupun bukan aku yang sebut...aku pandang muka dua orang berhampiranku itu...boleh diorang membuat muka selamba dan pandang aku macam aku pulak yang salah...astaghfirullah...memang aku tiada hak menghukum tapi sebagai seorang guru aku rasa sangat sedih dengan apa yang terjadi..mana silapnya...ibu bapa kah? Guru kah? Masyarakat kah? Tapi aku rasa yang salah mereka sendiri...Allah dah berikan akal fikiran untuk berfikir tapi mereka tidak memanfaatkannya...
Apa yang paling kukesalkan, ke manakah perasaan malu dalam diri mereka sebagai seorang perempuan? Sungguh aku takut dengan situasi sosial di kalangan anak2 remaja sekarang.
Aku juga khuatir dengan masa depan anak perempuan ku bila dewasa nanti...mampukah dia melawan agar tidak terjerumus dengan apa2 yang tidak kita ingini...Nauzubillah...aku harap harap Insyirah dapat membesar dengan sempurna dan tidak lari dari landasan yang sepatutnya...semoga Allah melindunginya..InsyaAllah..
Mungkin apa yang terjadi di hadapanku ini satu perkara yang kecil dibandingkan dengan gejala yang lebih besar seperti buang bayi dan sebagainya...tapi bagi aku segalanya bermula dengan sedikit dan ianya akan bertukar menjadi lebih besar jika tidak kita tidak membendungnya...so, buat semua parents berilah perhatian pada anak2 yang sedang membesar mahupun yang telah besar...moga tiada penyesalan di kemudian hari...InsyaAllah.
Till meet again...
Wassalam.
No comments:
Post a Comment