Friday, April 29, 2011

Flying Without Wings



"Flying Without Wings"

Everybody's looking for a something
One thing that makes it all complete
You'll find it in the strangest places
Places you never knew it could be

Some find it in the face of their children
Some find it in their lover's eyes
Who can deny the joy it brings
When you've found that special thing
You're flying without wings

Some find it sharing every morning
Some in their solitary lives
You'll find it in the words of others
A simple line can make you laugh or cry

You'll find it in the deepest friendship
The kind you cherish all your life
And when you know how much it means
You've found that special thing
You're flying without wings

So, impossible as it may seem
You've got to fight for every dream
Cos who's to know which one you let go
Would have made you complete

Well, for me it's waking up beside you
To watch the sunrise on your face
To know that I can say I love you
In any given time or place

It's little things that only I know
Those are the things that make you mine
And it's like flying without wings
Cos you're my special thing
I'm flying without

And in this place I long to be
You'll be where it ends
I'm flying without wings
And that's the joy you bring
I'm flying without wings



...........................................................

Thursday, April 28, 2011

Nak Buka Kindergarten Boleh?











assalamualaikum.....
amacam? dah boleh bukak kindie ni kan...
inilah kerja lil'insyirah...
agak2 kalau tuan umah tengok dia marah tak ek...
tapi takpe...dia guna blue tack jer...
senang nak bukak balik...
sape yang ajar kat umah?
teacher mama...
tapi yang tepek tu keje si kecik ye...huhuhu

Tuesday, April 26, 2011

Siapkan Kerja Tertangguh!

Assalamualaikum...

Minggu yang rajinkan...tiap2 hari boleh menulis cerita yang ntah apa2 kat blog ni...bukan takde kerja lain tapi ntahlah..sebenarnya banyak lagi yang perlu dibereskan sebelum hujung minggu...stok baju beriron En. Pd untuk 2 minggu pun belum buat lagi ni...malam ni lah start...semalam settle urusan kain dulu...cuci dan lipat terus...

Mood Insyirah pun okay je semalam cuma nakkan perhatian je lebih sikit....tengah lipat kain pun kena berhenti untuk bagi bintang pada hasil lukisannya yang cukup abstrak...aku pun tak faham dia lukis apa...katanya lukis burung terbang dan pokok...tapi yang aku nampak mata burung je...cukup tak berseni mamanya ni...huhuhu

Result  e-Gtukar akan diketahui 25 Mei nanti...lebih kurang sebulan lagi...jadinya dalam kepala aku sekarang ni asyik berfikir tentang kerja2 yang belum aku settlekan sekiranya aku dapat tukar...ianya melibatkan urusan anak2 di tahun 1...seperti yang korang tahu mereka adalah perintis untuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)...banyak benda yang sedang aku siapkan untuk fail mereka...yang mana fail berkenaan akan dibawa hingga ke tahun 6...ianya berkaitan dengan markah UPSR mereka nanti...40% markah terletak di tangan guru dan penglibatan mereka di dalam kelas selama 6 tahun...dan 60% lagi bergantung kepada soalan yang bakal mereka jawab...so, parents lets do the best for our kids...

Lagi kerja yang menunggu untuk dibereskan ialah School Based Oral Assessment (SBOA) untuk anak2 tahun 5 aku...ianya adalah pentaksiran lisan...juga belum beres...belum lengkap...50/50 jer...kena siapkan untuk memudahkan cikgu yang bakal amek alih kalu aku tukar nanti...maybe kak yasmin ko...hahaha~kalau tak buat boleh tak Kak Min? Kuikuikui...

Urusan untuk Unit Peperiksaan dah 70% settled...aku dah terlebih rajin minggu sudah...semua dokumen dan fail yang berkaitan dengan peperiksaan dah aku kemaskan dan masukkan ke dalam kotak...siap label lagi...Cuma tunggu masa untuk diangkat ke bilik operasi seperti yang dicadangkan oleh Kak Mel...so, apa lagi Hidayah...it’s your turn to take over....hahaha...don’t worry ye dik..dunia di hujung jari...if i move from SKT, we still have lots of medium of communication...FB...blog...gunakan semua tu...cuma satu lagi yang aku lom beres...bank soalan peperiksaan..nampaknya yang dah lebih dari lima tahun aku perlu sisihkan sebab macam dah tak guna...cikgu2 sekarang lebih suka download jer...so, daripada menyemak memenuhkan laci yang sememangnya kecik, baik aku buang jer...tinggal untuk tiga tahun kebelakangan jer la...

Apa lagi urusan aku ye...kena cari lagi...banyak lagi kot...kalau tinggal macam tu jer, boleh ker...mau berbakul kena maki nanti....hahaha...ok friends i’ll try the best k....

Beria jer kau siapkan semuanya kan...ntah dapat ntah tidak tukor nya....but, pray for the best! InsyaAllah.

Wassalam...


Monday, April 25, 2011

Berdua...

Assalamualaikum...

Malam ni kami ditinggalkan berdua sahaja...
En. Pd dah pun ke Batu Pahat...Kursus selama 3 hari...
Insyirah pulak hari ni aku bawa ke sekolah..
belajar bersama anak2 prasekolah...
nampak gayanya macam seronok jer...
jangan nanti dia takmo ke tadika nya lagi sudahlah...
masalah lain pulak yang timbul nanti...

Dalam dua tiga hari ini keadaannya sangat gembira...
cuma manja je berlebihan...sangat mengada!
tapi dengan aku dia okay ajer...
malas nak layan budak manja nih...
serah saje kepada En. Pd...
hahaha...
Mudah2an tiga hari ni lil'princess akan baik2 sajer...
insyaAllah...

 Insyirah and papa...

mama and Insyirah...




:)

......................................

Saturday, April 23, 2011

En. Pd dan anaknya.....

Assalamualaikum...

Insyirah dah sihat...cuma selsema je yang belum ok lagi...semalam dah ke sekolah...
Minggu ni jadual kitorang berubah...semua yang di rancang telah berubah sebab Insyirah demam teruk....tapi bagus jugak...inilah akibatnya kalau dua minggu Insyirah tak jumpa papanya....satu minggu boleh tahan lagi..tapi bila dua minggu dia akan demam! So, En. Pd..lepas ni kena arrange balik jadual awak ye...

Sebenarnya Selasa lepas Insyirah demam dengan teruk sekali...sehingga En. Pd terpaksa mengambil cuti pada Rabu dan Khamis sebab Insyirah asyik nanges nak papanya! So, selasa lepas papanya balik dan start dari hari itu hingga ke hari ini dia kena dera dengan anaknya...hahaha...semuanya nak lakukan dengan papa...mama tolak tepi sebab mama garang..huhuhu. At last En. Pd merungut yang jaga anak sehari lebih penat dari kerja seharian....tak boleh tidur...baca paper...surf internet...kalau dia tidur jer anak dia akan jerit kat telinga kuat2! Dengan aku dia tak berani...

Insyirah juga tak sekolah selama empat hari dan semalam aku sarankan agar En. Pd hantar jer dia kat sekolah walaupun dia belom sihat sepenuhnya...daripada dia mengarut kat rumah, baik ke sekolah...sihat sedikit..dan bolehlah papanya berehat...dan hari ini dia sepatutnya dia ke sekolah (ganti deepavali) tapi pagi2 lagi selepas aku ke sekolah, dia dah buat perangai...tak mahu mandi...dan kesudahannya tak sekolah lagi anak aku hari ini...aku dah agak dah..kalau Insyirah menangis, En. Pd akan give up dan dia akan ikut jer apa anak hendak...takmo pergi sekolah pun takpelah...asal jangan menangis...dan paling bengang aku yang telah dipersalahkan sebab tak mandikan anak sebelum pergi kerja...katanya kalau aku bereskan anak takkan ada masalah...:(

Rabu lepas mak dan abah amek keputusan untuk balik kampung disebabkan En. Pd bercuti lama...diorang sebenarnya dah rindu sangat dengan umah kat kampung dan yang penting nak balik jenguk pokok2 bunga mak yang sedang kembang mekar! Mak aku memang obses dengan pokok bunga...sampai duk Mersing pun sempat lagi ke nursery untuk beli orkid...lagipun diorang dah sebulan lebih tak balik jenguk umah kampung...so amek kesempatan untuk pulang sebentar...

Next week my En. Pd ada course kat Batu Pahat...so, aku cadangkan mak abah duk kampung hingga 2 Mei...lama sikit diorang kat sana...sepanjang En. Pd berkursus, aku akan tinggal berdua sahaja dengan lil’ Insyirah...dan aku takkan hantar dia ke sekolah sebab aku akan tumpangkan dia di prasekolah selama 2,3 hari...kalau nak hantar ke sekolahnya memang tak sempat sebab kelas aku bermula seawal 7.20 pagi dan abes kul 1.1o tghari...sedangkan Insyirah masuk sekolah kul 8 hingga 1.tghari...so, biarlah dia ikut aku je ke sekolah...

Dan En. Pd cadangkan aku ikut dia balik kemaman Jumaat depan dan nanti aku akan balik semula ke Mersing dengan mak abah pada hari Isnin...macam best kan...tpi tengoklah macamana sebab aku nak tengok keadaan Insyirah dulu...kalau dia dah sihat, mungkin boleh dipertimbangkan...aku takmo nanti berjalan jauh akan memudaratkan kesihatan dia yang baru nak pulih dari demam yang panjang.

Semalam permohonan online e-Gtukar telah sampai ke tempoh akhirnya...Alhamdulillah aku dah selamat mengisi dan menguruskan  segala hal yang berkaitan dengan pertukaran itu...sekarang adalah tempoh yang mendebarkan...permohonan tersebut sedang diproses dan bakal diketahui keputusannya pada 25 Mei...macam yang bermain di fikiran aku sekarang ni...takut...berdebar...memang tak tenang selagi tak dapat tukar...semoga Allah memakbulkan doa aku untuk bertukar...kawan tolong doakan sekali ye....doa2kan kami...being apart is so hard!

Cukuplah cerita pasal demam ni...harap2 lepas ni dah takde dah entry pasal demam rindu ni...
harap2 juga  penutup dia nanti akan jadi happy ending gitu....InsyaAllah.

Wassalam.
:)




..............................

Thursday, April 21, 2011

Jadual Waktu...

Assalamualaikum...

Bermula Jumaat lepas aku, Kak Jah dan Dayah
telah meyibukkan diri dengan jadual waktu...
actually kami tolong kami punya PK 1...En. J namanya.
Selepas perpindahan empat kawan kami hari tu, 
jadual lom settle lagi...

Dan hari ni diorang dah dapat jadual baru,,:)
Setelah buat jadual, barulah kami tahu betapa susahnya nak buat jadual...
no wonder lah En. J amek masa berminggu2 untuk siapkan jadual kami selama ini...
Ingatan untuk En.  J yang mungkin sedang membaca bebelan aku ni,
lain kali sila buatkan satu team untuk buat jadual ye....
jangan susahkan diri senri buat sorang2...
ramai yang sudi membantu sebenarnya...
ibarat kata pepatah, berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing...
two heads are better than one!

contoh jadual...lebih kurang macam ni lah....
thanks 2 En. Google.

kalau tengok gambat atas tu cuma sekelas kan...
tapi, yang kami buat untuk satu sekolah... 
semua guru....
tengok sekejap jer dah nak termuntah!

kalau termuntah ada isi takpe jugak kan dayah?

Tapi dalam kegembiraan menyiapkan jadual tersebut,
terselit jugak sedikit rasa calar di hati....
rasa macam nak bakor jer orang yang
bising2 tak puas hati dengan jadual mereka!
tu baru purata 25 waktu ke bawah jer untuk setiap orang...
dah bising2, rasa nak je tambah waktu diorang jadi 35 waktu!
biar padan muka...hahaha

Anyway, hargai apa yang orang dah bersusah payah buat untuk kita!
terima seadanya...
tapi manusia itu berbeda kan...walaupun titlenya ustazah!
entahlah labu....



p/s: Special thanks to Kak Jah and Dayah...alway do the best...kalau Kak Jah tak paksa, mesti lom jalan lagi nih....Kak Jah, nanti ina balik Kemamang, leh la praktis apa yang dapat tu...walaupun sistemnya mungkin berbeza..kuikuikui



:P











Tuesday, April 19, 2011

Demam, tanda anak lawan penyakit...

Assalamualaikum...

Runsing betul bila fikir demam Insyirah tidak berkurangan...
Semalam dah ke klinik...suhu mencecah 38.5 darjah celcius...
memang tinggi kan...selalunya kalau demam still ada selera nak makan...
tapi semalam taknak makan...belikan KFC pun xmakan jugak....
teruk betul penangan rindu kali ini...huhuhu
Dalam duk google cara nak turunkan suhunya, 
terjumpa pulak article ni....kurang sikit bimbang aku...
yang pasti suhu dia tinggi, tapi dia still boleh cakap banyak 
dan membaca buku teks BM sekolah dia... oklah kan...

Jom baca info ni yang aku dapat dari www.susu.my.



Monday, April 18, 2011

Insyirah MC lagi !but, Mama.....?

Assalamualaikum...

Semalam si kecik tu masuk bilik aku,
katanya" mama, mana kain (pelikat)papa?
aku tanya balik, "Kakak nak buat apa?"
"Kakak nak tidur dengan kain papa"...
dan bila rasa badannya, sah! demam lagi!
alahai Insyirah...setiap minggu pulak demamnya sekarang...
rasanya baru last week aku buat entry pasal dia demam...
tup2 ari ni demam lagi....anak papa...:)
so, ari ni cuti lagi sekolahnya...
Moga cepatlah sembuhnya sayang....

Malam tadi ada berita gembira yang aku terima....
Sesungguhnya dari semalam sampai ke saat menulis entry ni ,
memang hati berbunga2
walaupun ari ni belum terima satu call pun dari En. Pd!
Rasa nak senyum memanjang....
Sungguh aku bersyukur pada Allah
kerana telah membuka sedikit laluan untuk aku,
dan permudahkan urusan aku...memang itu yang aku mohon setiap hari...
Alhamdulillah, thank you Allah.
Semoga pengakhirannya nanti membuahkan seribu kegembiraan buat aku.
Itu  sahaja yang dapat aku ulas mengenai kegembiraan aku ini...
Tak boleh lebih2...takut tak menjadi...nanti aku juga yang berkeluh kesah.

Oklah, cukuplah tu...
Minggu ni banyak pulak kerja aku...
Guru bertugas mingguan....
ditambah pula ada nazir datang berkaitan dengan LINUS...
terkena juga tempiasnya walaupun tak mengajar BM dan Math...

Wassalam...

Friday, April 15, 2011

Hati...



Susahnya bila bercakap mengenai hati dan perasaan...
Dalam sesetengah keadaan, mulut mengatakan ia...boleh...tak mengapa...
Tapi hati tidak membenarkannya...meronta2 agar difahami...
Aku sering begitu dengan alasan menjaga hati...
Seringkali hati dan perasaan sendiri terguris..terhiris...
Terfikir juga yang aku ini tidak ikhlas...
Hipokritkah aku...
Akan tetapi, demi untuk sekeping hati yang lain,
mungkin itu yang terbaik untuk aku...

Terkadang terdetik juga di dalam hati 
agar orang memahami apa yang aku rasa 
tanpa aku membuka mulut meluahkannya...
Tapi seringkali juga perasaan ini tidak dijaga...
terkilan, sedih, terasa hati
selalu bertamu bila apa yang tak terluah terpendam dalam hati...
Ada rasa kesal berlubuk di hati ini...
Tapi tak mengapalah...
Biasakan ianya terubat sendiri..
Tiada guna memaksa andai hati itu tidak ikhlas..

Tenanglah duhai hati...

Wednesday, April 13, 2011

Kisah Anak Tokey Biskut!

 Oreo by Mr. Google...
Teddy..also by Mr. Google...


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, semenjak dua menjak ni 
my Lil' Insyirah sudah berjaya ke sekolah dengan jayanya...
no more crying...walaupun kesihatan kurang memuaskan...
every month mesti ada MC...demam, batuk...selsema..

Oleh kerana si comel ini memilih bab2 makan,(ikut En Pd)
setiap hari aku akan bekalkan setupperware biskut..
dan biskutnya hanya dua jenama di atas sahaja..
dan neneknya pula akan belikan ketupat seringgit sebagai bekal tambahan..
kalau takde ketupat, donut je yang dia mau...
lain2 kuih tiada dalam senarai dia..
sebenarnya aku bayar makan kat sekolahnya tapi biasalah...
dia takkan amek dengan pelbagai alasan...
takpelah asal dia nak sekolah...

Dua tiga minggu lepas, mak aku ada bercerita...
katanya satu hari tu ada sorang budak lelaki sound Insyirah sebelum balik sekolah...
ayat dia lebih kurang macam ni...
"besok, bawak biskut lagi ye.."
so, aku tanyalah dia pasal bekal yang dibawa setiap hari..
hari yang aku tanya tu, dia kata budak2 boy yang makan biskut kakak...
so, no wonderlah budak lelaki tu pesan dia macam tu kan...
Waktu tu aku tak syak apa2...
cuma happylah sebab dia boleh kongsi makanan dia dengan orang lain 
sebab sebelum ni dia kedekut dengan harta dia..
Then, last week aku tanya lagi, kakak makan habis ye biskut...
jawapannya sama, cuma dia tambah lagi...
"kakak tak makan pun, budak boy yang makan semua!"
so, selama ni bekal dia habes setiap hari bukan sebab dia makan, 
tapi bagi orang...hahaha...
patutlah setiap hari habis...letak banyak mana pun, mesti habes punya...
alahai Insyirah...

Dan Isnin lepas, balik sekolah dia bagitahu aku,
"Aina Batrisha (kawan dia) pinjam kakak punya sheep (key chain bebiri)... esok dia pulang balik"
esoknya dia tak ke sekolah sebab demam...
tapi she keeps talking about that..
aku dah sedikit cuak, sebab aku rasa kawan dia tu takkan 
pulang balik dah sheep yang dipinjam...
so, aku bagitahu dia, esok, kalau Aina tak pulang sheep tu, 
kakak jangan nanges ye...nati mama beli yang lain...dia ok kan jer....
and today, memang benar kawannya memang tak pulangkan benda tu...
mujur dia tak nanges...

Lepas ni nampaknya, takleh dah bagi dia bawak apa2 yang menarik perhatian kawannya...
setakat biskut okey lagi...tapi benda lain kena guna kat umah je lah...
Agaknya alat2 tulis dia yang hilang sebelum ni pun dia bagi kawan dia juga kot...
Insyirah..Insyirah...tokey balak pun leh bangkrap kalau macam ni selalu!









Tuesday, April 12, 2011

Demam lagi dan lagi....dan lagi...

Assalamualaikum..


Tak ke sekolah lagi anak dara seorang tu hari ni...memang dah setiap bulan mesti dia demam...dua tiga hari ni batuk..agak teruk dan menjadi semakin teruk lepas papanya balik Kemaman semalam....tak tahulah nak cakap apa dengan Insyirah ni..dulu kata antibodi tak kuat...dah bagi vitamin..scott emulsion..makan sayur...cuma buah-buahan je tak makan....sekejap je sihatnya..pastu demam lagi...dan aku yakin sangat ianya berkaitan dengan tekanan...rindu papanya...

Last week masa En. Pd lom balik Mersing, aku ada bersembang dengan lil'princess tu...tak semena2 dia bertanya pasal papanya...antara soalannya..."kenapa papa ada dua tempat kerja?", "kenapa papa tak kerja kat sini sahaja?" "kenapa papa kerja kat kemaman?, "kenapa papa duduk dekat kerja dia?"...aku layan je jawab dengan jawapan yang mungkin dia boleh faham...aku tahu dia confuse...nak2 kalau dua minggu En. Pd tak balik...dia memang anak papa...

Dan semalam dia tidur seawal pukul 8 malam...tengah sedap2 tidur, dia bangun dan mengigau panggil2 papanya...memang dia selalu begitu...menangis2...nak cakap dengan papanya...tapi bila aku call En. Pd tak berangkat pula....dia menangis hingga tertidur...tidurnya tak lena sebab batuk...dan pagi ni neneknya mencutikan dia dari sekolah...mesti dia marah sebab dia memang nak ke sekolah setiap hari!

Aku sekarang runsing bila memikirkan urusan pertukaran ari tu...takut tak terselit nama yang lulus...sebab keperluan guru semua matapelajaran di terengganu sudah penuh...kelulusan hanya tertakluk kepada permohonan keluar...dan yang nak keluar untuk masa sekarang ni cuma 70 lebih...dan paling takut bila tengok permohonan masuk terengganu dah nak mencecah 400 orang! Hanya mampu mendoakan agar segalanya dipermudahkanNya...InsyaAllah!

p/s : kalau korang ada kabel yang sangat kuat, tulunlah saya ye kawan-kawan...huhuhu

Sunday, April 10, 2011

Perpisahan....

Assalamualaikum....

Bermulanya episod sedih di SKT untuk 2011...kami akan kehilangan 4 kawan yang sama2 berjuang di SKT...2 daripadanya naik pangkat menjadi GPK...dan dua lagi berubah angin ke sekolah lain...tahniah kepada mereka..dan takziah kepada yang tinggal sebab lepas ni jadual korang akan bertambah2 penuh! huhuhu...

Meh layan coretan aku nih...


Aku dan Kak Imah...

Puan Rahimah ke SK Bandar Mersing sebagai GPK KOKO

Sayu hati bila kenangkan yang selepas ini Kak Imah dah tak bersama lagi di SKT...aku sangat hormati dia sebab banyak perkara...dia seorang yang sangat baik dan selalu memaafkan orang yang buat salah padanya...pemaaf sangat! Memang jarang jumpa orang sebegini...kadang2 aku yang terover marahkan orang yang berbuat sesuatu padanya, sedangkan dia menerima dengan tenang! Kenapalah aku tak sebegitu?huhu...

Lagi satu pasal Kak Imah yang aku senangi, dia umpama ibu yang sentiasa menjaga makan anak2 dengan ikhlas...aku ingat lagi, kalau ada apa2 program dia adalah ketua bagi AJK makanan yang tetap dan berpencen! Asal sebut AJK makanan je, mesti Kak Imah...sebab dia memang pro bab2 makanan ni...)..yang pasti lepas ni, dah takde orang nak bertungkus-lumus bila SKT buat perkemahan...huhuhu..selama ini, dialah satu-satunya cikgu yang sentiasa ada di dapur...dari menyiang ikan, masak, hidang..malah halau monyet kat kawasan khemah pun Kak Imah jugak...

Walau apapun, Kak Imah is the best! untuk Kak Imah, Ina doakan segala yang terbaik untuk akak di sekolah baru...semoga penghijrahan ini mendatangkan seribu hikmah untuk akak...thank 4 everything kak...:)


 Puan Hajah Rohani ke SK Sri Mersing sebagai GKP HEM (Kak Ani KOKO)

 Puan Hairani Pon ke SK Tenggaroh 2 sebagai GPK HEM (Kak Ani HEM)

Kedua-duanya aku panggil Kak Ani...
seorang Kak Ani KOKO dan seorang lagi Kak Ani Pon 
(tp skrg lebih baik aku panggil Kak Ani HEM sbb dah naik pangkatkan...)
Dua2 ok jer dengan aku, Kak Ani KOKO memang sangat pro bab2 KOKO...kalau boleh semua dia nak sapu...sebab tu sekolah aku bab2 KOKO ni memang maju sket...dia memang sangat rajin berusaha untuk kejayaan KOKO...ditambah dengan S/U dia yang memang superb...takbleh blah kan statement aku..hahaha..tapi aku memang salute dengan kegigihan diorang yang tak pernah hirau kata2 kat belakang...termasuk aku yang kadang2 merungut gak bila ada KOKO tiap2 minggu...
maafkan saya ye Kak Ani..
Yang Kak Ani HEM plak...memang aku rasa bila dia takde, mungkin sekolah akan sunyi dengan hilai tawanya...hahaha..mungkin takde lagi criter2 panas terbakar darinya...takde lagi murid yang akan datang pada aku dan tanya..."ada nampak beg cegu Hairani tak?"...yang pastinya aku takkan jumpa lagi kunci kereta yang diletak merata2....
dah takde peluang bagi aku menyorok barang2nya yang selalu lupa tempat letak!huhuhu

Tak perlu aku cerita lebih banyak kalau itu bakal menghabiskan air mata aku...cedih!huhuhu
Aku doakan agar dua2 Kak Ani ini bertemu kebahagiaan dalam perpisahan ini...
moga ada sinar yang lebih terang untuk kedua2nya ditempat baru...
yang penting, ingat2lah kami di sini selalu ye..:)

 Cikgu Noorshamsudin ke  SK Bandar Mersing

Last but not least...
The one and only man yang bertukar...Cikgu Din bertukar SKBM...aku sebenarnya jarang sangat bersembang dengan Cikgu Din...tapi aku suka sangat kalau terlihat dia mengajar...sangat menarik seperti cikgu2 aku masa sekolah dulu...dia pandai tackle budak...dia seorang yang sangat dedikasi pada aku..tak pernah aku lihat dia tak masuk kelas...kalau mengajar KH lagi aku suka bila tengok murid dia siap bawa alat2 menjahit...aku pun teruja kadang2 tu...tapi nak buat macamana dia pun nak pergi tinggalkan SKT..huhuhu
Untuk Cikgu Din...didoakan segala terbaik untuk cikgu di sana...jangan lupa kami di SKT ye...:)
Oklah, kena stop dulu...tak leh citer panjang2 pasal diorang nati korang pulak menagis...waaaaa

Wassalam.


p/s: agak2 nanti bila aku tukar macamanalah agaknya...kalau boleh aku nak blah macam tu jer...xnak sapa2 pun tgk aku pindah...nak diam jer..sebab aku takut aku nanges...sedih kan...huhuhu





Wednesday, April 6, 2011

Ku Mohon....




Ku Mohon

Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya

Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang
Dengan merasa kesyukuran

Ku doa Kau selalu
Mengawasi gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu
( korus )

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya

Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku
( ulang korus )

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku


TeRuKNya Saya....



Saya sangat sangat cepat terasa dan jauh hati bila.....

  • DIA tak faham apa yang saya rasa....
  • saya nak amek berat pasal DIA, tapi katanya itu tidak perlu...
  • DIA tak amek tahu pasal saya...
  • DIA tak amek endah bila saya mengatakan sesuatu...
  • saya tidak didahulukan dalam apa jua yang DIA lakukan...
  • DIA pendamkan masalah sendirian dan tidak berkongsi dengan saya...
  • DIA rimas bila saya  menelefonnya...
  • DIA mengungkap kata2 bahawa menge”text saya pada setiap pagi adalah perkara yang sukar...
  • DIA tak membalas balik panggilan saya yang tidak dijawab...
  • DIA kemana-mana tanpa maklumkan pada saya walau sepatah kata...
  • Dia....Dia...Dia....Dia...Dia...Dia...Dia....bla..bla..bla..bla..

Emosikah saya?
Memang saya menjadi semakin teruk bila DIA berjauhan dari saya...
segala sangat mudah untuk terasa...
banyak sangat setan yang menghasut....
walau apa pun saya sayang DIA...



Monday, April 4, 2011

Missing Him....:(

 hi!

Ya...we're missing him badly! Two weeks are too long! huhuhu...

Sehari dua ni, lil'princess mogok...
tak mau langsung cakap dengan papanya...puas pujuk...
sampai nanges2 takmo cakap...
biasanya setiap malam suruh aku call En. Pd...
sembang lama2 sampai puas...
tp semalam dan hari ni dia taknak cakap...
aku rasa dia dah fed up tunggu papanya tak balik2...lama sangat!

Takpe dik...meh kita count down sama2...lagi 3 hari papa balik ye....
mama pun rindu jugak! huhuhu...
haih! I hate waiting!






Friday, April 1, 2011

Ya Allah, Permudahkanlah Urusanku....

gambar oleh en. google...

Salam...

Tak abes2 lagi aku ni citer pasal tukar, kan?
Sebenarnya hari ni dah boleh akses laman e-gtukar...
Aku dah selamat membuat permohonan tukar tadi pagi...
So, bila check status permohonan aku sekarang ni,
Telah diterima tetapi belum disahkan oleh Puan GB aku....
Aku minta hold dulu 2, 3 hari kot2 ada maklumat yang nak aku kemaskini nanti..
Aku cuma boleh kemaskini sebelum Puan GB sahkan...
Kalau dah sah, takleh pinda apa2 lagi....
Kepada kawan yang nak mohon tukar boleh ke sini...e-Gtukar

Ya Allah, semoga kau perkenankan hajatku ini....moga urusan pertukaran ini dipermudahkan...aminnn...





Playground~ for adult or kids?



Salam and monink to all...

A nice topic to think....let’s this picca talks....

 playground~kemasik...

What do you think?