Assalamualaikum....
Bermulanya episod sedih di SKT untuk 2011...kami akan kehilangan 4 kawan yang sama2 berjuang di SKT...2 daripadanya naik pangkat menjadi GPK...dan dua lagi berubah angin ke sekolah lain...tahniah kepada mereka..dan takziah kepada yang tinggal sebab lepas ni jadual korang akan bertambah2 penuh! huhuhu...
Meh layan coretan aku nih...
Aku dan Kak Imah...
Puan Rahimah ke SK Bandar Mersing sebagai GPK KOKO
Sayu hati bila kenangkan yang selepas ini Kak Imah dah tak bersama lagi di SKT...aku sangat hormati dia sebab banyak perkara...dia seorang yang sangat baik dan selalu memaafkan orang yang buat salah padanya...pemaaf sangat! Memang jarang jumpa orang sebegini...kadang2 aku yang terover marahkan orang yang berbuat sesuatu padanya, sedangkan dia menerima dengan tenang! Kenapalah aku tak sebegitu?huhu...
Lagi satu pasal Kak Imah yang aku senangi, dia umpama ibu yang sentiasa menjaga makan anak2 dengan ikhlas...aku ingat lagi, kalau ada apa2 program dia adalah ketua bagi AJK makanan yang tetap dan berpencen! Asal sebut AJK makanan je, mesti Kak Imah...sebab dia memang pro bab2 makanan ni...)..yang pasti lepas ni, dah takde orang nak bertungkus-lumus bila SKT buat perkemahan...huhuhu..selama ini, dialah satu-satunya cikgu yang sentiasa ada di dapur...dari menyiang ikan, masak, hidang..malah halau monyet kat kawasan khemah pun Kak Imah jugak...
Walau apapun, Kak Imah is the best! untuk Kak Imah, Ina doakan segala yang terbaik untuk akak di sekolah baru...semoga penghijrahan ini mendatangkan seribu hikmah untuk akak...thank 4 everything kak...:)
Puan Hajah Rohani ke SK Sri Mersing sebagai GKP HEM (Kak Ani KOKO)
Puan Hairani Pon ke SK Tenggaroh 2 sebagai GPK HEM (Kak Ani HEM)
Kedua-duanya aku panggil Kak Ani...
seorang Kak Ani KOKO dan seorang lagi Kak Ani Pon
(tp skrg lebih baik aku panggil Kak Ani HEM sbb dah naik pangkatkan...)
Dua2 ok jer dengan aku, Kak Ani KOKO memang sangat pro bab2 KOKO...kalau boleh semua dia nak sapu...sebab tu sekolah aku bab2 KOKO ni memang maju sket...dia memang sangat rajin berusaha untuk kejayaan KOKO...ditambah dengan S/U dia yang memang superb...takbleh blah kan statement aku..hahaha..tapi aku memang salute dengan kegigihan diorang yang tak pernah hirau kata2 kat belakang...termasuk aku yang kadang2 merungut gak bila ada KOKO tiap2 minggu...
maafkan saya ye Kak Ani..
Yang Kak Ani HEM plak...memang aku rasa bila dia takde, mungkin sekolah akan sunyi dengan hilai tawanya...hahaha..mungkin takde lagi criter2 panas terbakar darinya...takde lagi murid yang akan datang pada aku dan tanya..."ada nampak beg cegu Hairani tak?"...yang pastinya aku takkan jumpa lagi kunci kereta yang diletak merata2....
dah takde peluang bagi aku menyorok barang2nya yang selalu lupa tempat letak!huhuhu
Tak perlu aku cerita lebih banyak kalau itu bakal menghabiskan air mata aku...cedih!huhuhu
Aku doakan agar dua2 Kak Ani ini bertemu kebahagiaan dalam perpisahan ini...
moga ada sinar yang lebih terang untuk kedua2nya ditempat baru...
yang penting, ingat2lah kami di sini selalu ye..:)
Cikgu Noorshamsudin ke SK Bandar Mersing
Last but not least...
The one and only man yang bertukar...Cikgu Din bertukar SKBM...aku sebenarnya jarang sangat bersembang dengan Cikgu Din...tapi aku suka sangat kalau terlihat dia mengajar...sangat menarik seperti cikgu2 aku masa sekolah dulu...dia pandai tackle budak...dia seorang yang sangat dedikasi pada aku..tak pernah aku lihat dia tak masuk kelas...kalau mengajar KH lagi aku suka bila tengok murid dia siap bawa alat2 menjahit...aku pun teruja kadang2 tu...tapi nak buat macamana dia pun nak pergi tinggalkan SKT..huhuhu
Untuk Cikgu Din...didoakan segala terbaik untuk cikgu di sana...jangan lupa kami di SKT ye...:)
Oklah, kena stop dulu...tak leh citer panjang2 pasal diorang nati korang pulak menagis...waaaaa
Wassalam.
p/s: agak2 nanti bila aku tukar macamanalah agaknya...kalau boleh aku nak blah macam tu jer...xnak sapa2 pun tgk aku pindah...nak diam jer..sebab aku takut aku nanges...sedih kan...huhuhu
No comments:
Post a Comment