Wednesday, March 30, 2011

2 hari lagi....

Salam....

Haih, dah berapa hari aku demam...semalam MC...termasuklah Insyirah sekali....tapi hari ni aku rasa sedikit happy sebab.....lagi 2 hari permohonan eg-tukar online akan dibuka...2 hari jer lagi...Jumaat nanti akan kuisi dengan sepenuh hati! hahaha...beria jer..

So, kawan...sape2 yang ada kabel yang besor2 tu, tulunlah kawanmu ini...dan berbulan berjauhan dengan pakwe I tau....hukhukhuk

Walau apa pun, aku doakan agar Allah mempermudahkan segala urusanku berkaitan dengan pindah-randah ni...aminn..


berikut adalah info yang aku dapat dari  e-GTukar...


Pemberitahuan

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Jun 2011 untuk guru DGA 29, DG 41, DG 32 (KUP) dan DG 44 (KUP) melalui e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 22 April 2011.

Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Jun 2011 dijangka dikeluarkan mulai 22 Mei 2011.

Sila ambil maklum bahawa tiada peruntukan disediakan bagi tuntutan elaun pertukaran untuk sesi Jun 2011
.

Sila semak dan kemaskini maklumat anda melalui guru PK1 dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula
.




No comments:

Post a Comment