Friday, March 11, 2011

Aku kejam....:(

Salam...

Kasar tajuk entry kali ini...tapi itulah, kadang-kadang aku terpaksa bersikap penting diri bilamana aku terasa orang mengambil kesempatan atas kebaikkan aku padanya....bukan aku tak ikhlas membantu tetapi ada batasannya...

Perkara ini tiada kena mengena dengan sudut peribadi aku tetapi lebih kepada hal yang berkaitan dengan kerja...kebelakangan (2, 3 tahun) ini aku sering diberikan jawatan yang agak penting di tempat kerja...aku terima dengan hati yang tenang sebab memang dulu2 kerja aku sangat ringan(kecuali sebelum kawen)...dengan situasi aku yang sering berpindah-randah, memang aku jarang diberikan tugasan yang berat...tapi di bumi Mersing ini, kebolehan aku terutamanya dalam kerja yang melibatkan komputer digunakan dengan jayanya...segalanya aku akur kerana tugas2 ini memang sangat memberikan aku pengalaman yang tak ternilai harganya...dari tak tahu kepada lebih tahu...dan dulu2 memang aku tak nak ambil tahu...terutamanya dalam bidang yang melibatkan peperiksaan...tapi sekarang agak mahirlah...:)

Begitu juga hal2 berkaitan dengan pengurusan kurikulum...sebagai s/u memang patut tahu segala yang berkaitan dengannya...dan memang dua tiga tahun kebelakangan ini aku sangat ambil tahu mengenainya....ditambah dengan tunjuk ajar orang2 atas terutamanya mantan GB aku...aku tahu ramai yang mungkin kurang senang dengan statement aku itu...tapi secara jujurnya aku sangat berterima kasih kepada ex-GB aku atas tunjuk ajarnya kepada aku selama ini...memang betul keputusan aku menerima tawaran jawatan2 yang dicadangkannya untuk aku dulu...

Dalam tahun2 itu aku jalankan apa yang sepatutnya aku buat tapi ada kalanya ada juga yang tak sepatutnya aku buat pun terpaksa aku buat...berbelit sikit ayat aku itu, tapi aku yakin kawan-kawan aku faham akan ayat berkenaan....ketika waktu itu, aku seringkali membuat kerja yang diarahkan walau kadang2 hati merungut...tapi selalunya aku akan rasa “tak sampai hati” untuk berkata “tidak”!

Masih lagi aku ingat pada satu ketika, ianya pasal NKRA...semua sekolah diwajibkan mengisi data melalui sistem online...sesungguhnya pada awal tempoh yang diberikan, aku memang tidak tahu menahu mengenainya...sampailah sehari sebelum dateline nya, seorang pegawai telah menelefon ke tempat kerjaku dan mengarahkan agar segala maklumat diisi dengan kadar segera sebelum tamat tempohnya! Dan pada waktu itu aku yang dikejar kerana.......(tak perlu diingat)!! Sungguh waktu itu aku sangat bengang dan marah! Waktu itu aku cuma ada Kak Jah (such a lovely sis...) yang turut sama membantu menyiapkannya....aku hargainya...dan dia sangat faham apa yang aku alami ketika itu...

Dan untuk tahun ini, aku tidak lagi memegang jawatan2 berkenaan...dengan alasan aku mungkin akan bertukar pada bulan Jun nanti...sekadar alasan kan? Tapi kalau fikir dari sudut lain, jika aku masih lagi memegang jawatan2 berkenaan, adakah orang yang sanggup ambil alih di pertengahan tahun sekiranya perpindahan aku diluluskan? Mesti takde kan...

Walaupun tidak lagi berjawatan, tapi aku masih lagi dirujuk dapat hal2 yang berkaitan...sebagai pembantulah lebih kurang...aku tahu masih ada yang terlupa tentang situasi aku sekarang kerana aku masih lagi dirujuk mengenainya instead of orang yang ambil alih kerja2 aku dulu...moga bantuan dan ilmu yang aku hulurkan memberi manfaat...:)

Dan semalam aku dengan kejamnya menolak beberapa  kerja yang ingin diberikan kepadaku...dan mengikut arahan itu, aku bisa melakukannya sewaktu cuti sekolah yang bakal bermula esok...dan dengan kejamnya juga aku menjelaskan bahawa aku tidak mahu melakukan walau satu pun kerja berkaitan dengan sekolah sepanjang aku bercuti! Untuk kali ini aku rasa aku perlu berkata tidak demi untuk menjaga perasaan aku sendiri...sebelum ini memang aku aku menerima walau aku merungut dan aku juga tidak sampai hati untuk menolak...tapi semalam....aku sungguh kejam!

Balik rumah aku imbas balik apa yang aku dah buat dan aku menyesal...tapi biarlah...sesekali aku harus berbuat begitu!

Wallahua’lam.


Aku perlu berhenti sebelum aku terlebih dalam menulis...

Salam.

No comments:

Post a Comment