Monday, March 28, 2011

Satu persoalan yang tak akan habis....



Assalamualaikum...

Tak tahu nak mula kat mana...tapi soalan2 yang dah selalu aku dengar semakin banyak didengar semasa musim cuti...antaranya..”bila Insyirah nak jadi kakak?...belum ada lagi ke?...tak nak tambah lagi ke?...” soalan yang dah aku hafal dan macam2 jawapan yang aku beri...hihihi

Bukan aku tak nak...bukan juga tak mahu...kalau ada, takkan aku nak tolak rezeki yang memang selalu aku doakan...tapi belum ada rezeki..untuk saat ini aku perlu bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada aku...sebelum dapat Insyirah, aku selalu mohon kepadaNya untuk memberi aku zuriat walau hanya seorang...dan Dia kabulkan setelah dua tahun menunggu...itu anugerah terindah dalam hidup aku...Alhamdulillah.

Dan untuk mendapat seorang Insyirah, bukan mudah laluan untuk aku...ceritanya bermula dari sekolah lagi...aku selalu diserang period pain yang teruk...kata orang, ianya akan hilang sesudah kawen..tapi hakikatnya lepas kawen lagi teruk...sampai satu ketika, terpaksa call En. Pd untuk amek aku kat tempat kerja ( masa tu kat Shah Alam)...itulah waktu yang paling teruk seumur hidup aku...dan hari itu juga hubby aku cadangkan aku terus rujuk ke pakar sakit puan....nasib baik masa tu kat Shah Alam...banyak klinik pakar, kalau Mersing tak tahulah ke mana nak tuju...huhuhu...dan esoknya kami berjumpa seorang pakar di sebuah hospital swasta...ujian tak dapat dijalankan disebabkan aku tengah period dan satu appointment telah dibuat minggu berikutnya.

Di pertemuan itu, doktor menanyakan beberapa perkara yang berkaitan dengan apa yang aku alami...dari situ dia meramalkan kemungkinan aku mempunyai cycst dalam rahimku...dan ternyata selepas beberapa check up yang dijalankan selepas itu, aku disahkan mempunyai ‘right ovarian cyst’ atau sista di dalam ovari kanan...penerangan diberikan mengenai cara untuk menyahkan cyst itu dari ovari aku...doktor mencadangkan agar dijalankan laparoscopy ~ Laparoscopy adalah prosedur yang digunakan untuk memeriksa kesihatan organ peranakan wanita. Melalui satu hirisan kecil pada perut, laparoscopy memudahkan doktor untuk melihat keadaan rahim, salur fallopian dan ovari dengan mata mereka sendiri secara dekat. Ini membolehkan pemeriksaan menyeluruh dapat dijalankan untuk membuang ovarian cyst.

Saat itu, aku cuma mahu cyst itu dibuang, dan doktor mencadangkan aku melakukannya di PPUM disebabkan aku government servant...sia2 jer buang duit banyak kat klinik tersebut sedangkan aku ada pilihan yang lebih baik dan tentunya lebih murah...doktor tersebut dengan baik hatinya membuat satu surat untuk direfer di PPUM...sesungguhnya jasa doktor itu ( Dr. Ummul Wahiy) sangat aku hargai...dia menerangkan segala prosedur yang patut aku ambil dengan sangat jelas....

Hari berikutnya kami terus menapak ke PPUM...dan laparoscopy dijalankan sebulan selepas itu...tiga tebukan di perut dan suntikan untuk memberhentikan period telah diambil setiap bulan sesudah laparoscopy dijalankan(selama 6 bulan)....sebulan selepas laparoscopy, aku menerukan rawatan susulan untuk suntikan berkenaan...bulan kedua pun begitu juga...sampai bulan ketiga, aku telah dirujuk dengan doktor yang lain dan dia dengan selamba sahaja memberikan suntikan tersebut tanpa membius terlebih dahulu....jarumnya bukan sekecil jarum suntikan biasa...besar dan ianya membuatkan aku fobia untuk meneruskan suntikan untuk kali ke4, 5 dan 6....that’s mean aku cuma mengambil suntikan berkenaan hanya 3 kali....

Dan bulan2 berikutnya apabila mak aku tanya macamana dengan rawatan susulan, aku terpaksa tipu sunat...hehehe...tak sanggup aku dicucuk hidup2 macam tu...sakit ooo...huhuhu..dan aku ingat lagi waktu itu, bulan Mac 2006, aku tunggu period aku tapi tak datang2 walaupun aku dah tak amek suntikan berkenaan...suspen kan..tp aku tak rasa apa2 pun sebab aku fikir aku masih dalam proses untuk kembali seperti sediakala....

Tunggu punya tunggu, yang dinanti tak kunjung tiba jugak...last2 aku ajak En. Pd beli tester kat guardian...dia ikut jer walaupun tak menaruh harapan yang tinggi....aku beli yang paling murah..dahlah paling murah, beli satu percuma satu pulak tu...huhuhu...balik umah aku tak terus uji...tunggu sampai keesokan harinya...dan pagi yang bertuah tu, aku bangun pagi2 dan bagitahu En. Pd yang aku nak test, dia tak bangun dan suruh aku buat jer...dia meneruskan tidonya...aku lakukannya, pastu aku biarkan macam tak excited pun nak tgk result sebab sebelum tu dan banyak kali kecewa setiap kali buat ujian kehamilan...En. Pd pun macam tu jugak aku kira...sebab dia tak beria pun...dan lepas tu, aku usha tester tu, Ya Allah, ada dua garis merah...aku tak percaya..aku tengok sekali lagi..memang benar...aku kejutkan En. Pd..dia ta bangun pun...huhuhu...lepas aku cakap dua tiga kali baru dia bangun...aku tak tahu nak cakap apa masa tu sebab dalam hati aku masih lagi ragu2...yelah, beli tester murah mungkin tak accurate kan...

Dan lepas tu kami decided pergi jumpa Doktor Ummul...masa tu dia dah pindah ke klinik dia sendiri berdekatan dengan Stadium Shah Alam...dah masuk jumpa Doktor Ummul, aku pun story la apa yang berlaku, terus dia scan perut aku dan beberapa ketika selepas itu aku tengok suami doktor Ummul macam teruja nak terlompat pun ada ( waktu tu suaminya yang juga pakar kebetulan berada dalam bilik yang sama)...aku dengan En. Pd terlopong jer, and she said...ya..there is a baby inside! Aku taknak elaborate apa yang aku rasa masa tu..korang fikir sendiri lah...yang pasti lepas tu aku call semua tok nenek untuk khabarkan berita itu! 

Sesudah gembira seketika aku masih lagi diuji dengan ancaman keguguran~berlaku pendarahan di awal kehamilan. Ini telah menyebabkan aku perlu mengambil suntikan setiap dua minggu untuk meguatkan rahim...tak abes2 dugaan kan..aku relakan jer demi seorang anak yang dinantikan...mujur itu semua tak berlarutan...tapi sempat juga disuntik beberapa kali dengan ongkos yang boleh tahan jugak....huhuhu

Dan sebulan dua selepas itu, keadaan kembali seperti biasa..tiada lagi masalah sehingga bersalin...kecuali insyirah berkeadaan songsang sehingga seminggu sebelum lahir...proses bersalin juga mudah..alhamdulillah..aku masuk wad waktu maghrib dan pukul 10.30 dah selamat melahirkan...mungkin disebabkan aku dah diuji sebelum pregnant, jadi Allah permudahkan kelahirannya...syukur kepada Allah.

Itu cerita 6 tahun yang sudah... Insyirah dah 5 tahun pun...memang sepatutnya dah ada adik cuma Allah belum makbulkan doa2 kami...so thanks to kawan2 yang memahami dan sama doakan kami~ada juga yang doakan kami dapat anak seramai sepasukan bola baling!...ramai tu, tp aku tak kisah..dua pasukan pun aku terima andai itu rezeki aku...

Untuk waktu ini, aku belum berusaha dengan giat lagi disebabkan aku berjauhan dengan En. Pd...nanti dah transfer aku akan cari alternative yang lain..maybe bertemu pakar lagi...satu waktu dulu aku ada juga berkira2 untuk mencuba biodex tapi belum terlaksana sebab aku dan En. Pd sama2 tak bersungguh2...pernah juga dia menyatakan dia redha jika ditakdirkan hanya insyirah seorang permata hati kami....tapi aku tak tahu sejauh mana ikhlasnya dia sewaktu berkata demikian....hopefully he really meant it...bukan saja nak amek hati aku jer k...

Last but not least, aku tak akan berhenti berusaha selagi Allah mengizinkan...InsyaAllah!
Dan lagi satu, aku tak kisah pun kalau orang tanya aku pasal pregnant sebab aku dah ada jawapannya....
Wassalam.

4 comments:

  1. Sha.. sabar.. tentunya ada hikmah disebaliknya yg kite sendiri tak tahu..
    tp mmg aku akui, aku pn naik bosan dgn persoalan sebegini..kdg2 dorang ckp ikut lepas mulut je, tak fikir perasaan org..
    same goes to me, bkn taknak r merancang.. bkn nk bgtaw kat org kite selalu berusaha kan.. huhuhu, pyh sha mulut org..
    sabar ajelah, nnti tiba gilirn die taula ape rasenya.. dugaan ke musibah!

    ReplyDelete
  2. Lily...dulu mungkin aku rasa tension tapi sekarang aku tak amek kisah lagi...bila ditanya kadang2 aku diam jer...tp skrg aku jawab jugak, semua itu kerja Tuhan...memang ada hikmah disebaliknya kan...instead Alya n Insyirah dapat bermanja2an dengan lebih lama...hihihi

    ReplyDelete
  3. Salam kak .. Boleh tak akk bg tahu kat mana klinik paar sakit puan tu ??

    ReplyDelete
  4. zura...dulu dr ummul kat SALAM...now dia dah bukak klinik sndiri dekat dgn stadium shah alam...klinik UMRA...

    ReplyDelete