Thursday, January 27, 2011

Tak Tahu Malukah?


Salam...

Satu hari lagi nak balik kampung...macam dah lama sangat tak balik ek...hihihi...smlm Insyirah boleh tanya aku ‘esok kita nak balik kampung ke mama’...mana dia dpt idea pun aku tak tahu sbb aku tak cakap pun dengan dia nak balik esok...agaknya dia dengar aku sembang dengan mak kot...semalam juga dia buat perangai jap...nanges2 panggil papanya...3 kali dia suruh aku call papa dia semalam...sabor jerlah...aku layan jer sebab En.Pd dengan baik hatinya telah men’top up credict aku...tq ek papa...

Berbalik pada tajuk entry kat atas, aku sebenarnya ada cerita yang aku tak tahu nak kategorikan sebagai apa...yang pasti bukan cerita lawak....lebih banyak kepada marah dan geram...:( kelmarin aku ke warung belakang rumah aku, beli mee sup lil’ princess...memang tu jerlah yang dia suka makan terutama waktu malam...tambah pulak sedap...aku ke situ sebelum maghrib...pergi sorang jer sebab Insyirah tak mau ikut...

Sedang ralit aku tunggu mee sup, datang dua budak sekolah, pompuan...masih berbaju sekolah...yang membonceng melaung...’cik ton,mee bandung satu’...si pembongceng tu berdiri sebelah aku...selang beberapa minit dia kembali ke kawan dia yang lagi sorang...kawan dia menjerit...’lambat lagi ke cik ton?’ dah sah2 dia nampak aku yang mula2 sampai kat situ belum dapat lagi apa yang aku pesan...pastu siap merungut, ‘lapar ni’...betul2 kurang adab...dah la memandang aku macam apa...bengang betul rasanya...tapi takpelah..bukan masalah aku pun...

Dan kami kat situ teruskan penungguan...tiba2 lalu lah  tiga orang lagi pompuan berbasikal yang berpakaian sekolah, melewati warung itu...dan tak semena2 aku terdengar satu carutan keluar dari seorang daripada anak2 sekolah itu..bunyinya macam ni..”b***t”...aku yang mendengar tercengang..ingatkan latah ke apa...kalau latah aku boleh terima walaupun yang disebut itu tak manis..sebut yang sendiri punya pulak tu...tapi selepas perkataan pertama itu terkeluar, berbunyi lagi balasan dari dua yang menunggu bersama aku tu...bunyinya seperti perang mulut...yang di sana sebut, yang di sini balas....tapi hanya perkataan yang satu itu jer yang dsebut...tiada perkataan lain...kalau itu anak aku, mau aku cilikan ajer mulutnya!

Aku yang kat situ merasa malu sendiri walaupun bukan aku yang sebut...aku pandang muka dua orang berhampiranku itu...boleh diorang membuat muka selamba dan pandang aku macam aku pulak yang salah...astaghfirullah...memang aku tiada hak menghukum tapi sebagai seorang guru aku rasa sangat sedih dengan apa yang terjadi..mana silapnya...ibu bapa kah? Guru kah? Masyarakat kah? Tapi aku rasa yang salah mereka sendiri...Allah dah berikan akal fikiran untuk berfikir tapi mereka tidak memanfaatkannya...

Apa yang paling kukesalkan, ke manakah perasaan malu dalam diri mereka sebagai seorang perempuan? Sungguh aku takut dengan situasi sosial di kalangan anak2 remaja sekarang.

Aku juga khuatir dengan masa depan anak perempuan ku bila dewasa nanti...mampukah dia melawan agar tidak terjerumus dengan apa2 yang tidak kita ingini...Nauzubillah...aku harap harap Insyirah dapat membesar dengan sempurna dan tidak lari dari landasan yang sepatutnya...semoga Allah melindunginya..InsyaAllah..

Mungkin apa yang terjadi di hadapanku ini satu perkara yang kecil dibandingkan dengan gejala yang lebih besar seperti buang bayi dan sebagainya...tapi bagi aku segalanya bermula dengan sedikit dan ianya akan bertukar menjadi lebih besar jika tidak kita tidak membendungnya...so, buat semua parents berilah perhatian pada anak2 yang sedang membesar mahupun yang telah besar...moga tiada penyesalan di kemudian hari...InsyaAllah.

Till meet again...
Wassalam.

Wednesday, January 26, 2011

Sahabat....Kawan...Teman...Saing...



Senangkah nak cari kawan yang baik?
Dan senang jugakah nak menjadi kawan yang baik?

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita. 
 
Sememangnya ada cerita diasebalik kisah kawan..tapi buat masa ni belum ada masa untuk aku ceritakan...
 
Semoga Allah terus mengurniakan kawan2 yang baik untuk aku dan semoga aku juga antara kawan yang terbaik untuk kawan2 aku....
 
see ya'...
wassalam..

Monday, January 24, 2011

Everything getting better...Alhamdulillah

Salam..

Nampaknya permulaan minggu ni berlangsung dengan baik...harap2 semua ini akan berterusan..pepagi tadi si comel telah menunjukkan mood yang sangat bagus...hasil ugutan aku last week..hehehe...menjadi jugak...apa ugutannya, biarlah rahsia ye...yang penting hari ni dia pergi ke sekolah dengan ceria sekali...memang itulah yang diharap2kan, Alhamdulillah...

Hari Jumaat nanti, kami akan bertolak balik Terengganu selama seminggu...disebabkan En.Pd ku itu tak bercuti panjang, so, akulah yang terpaksa balik sana...lagi pun mesti mak abah aku dah rindu giler dengan rumah kat kampung...so, time ni lah nak settle hal2 kat kampung..

Setakat ni kami tak plan lagi nak ke mana cuti nanti... En.Pd pun rasanya tak ambik cuti panjang...setakat sehari untuk raya cina jer kot...yang pasti kami mungkin akan balik KT untuk hadiri majlis pertunangan sepupu En.Pd...tu jerlah kot...yang lain2 nanti mesti ada plan segera yang lain kot..apa2 jerlah..

Minggu ni pulak aku agak busy dengan persiapan ujian bulanan dan juga MSSD Ping Pong...actually aku pengurus pasukan, tp aku beralasan untuk tidak menyertai budak2 ke kejohanan tersebut...salah satu sebabnya jauh dari tempat aku dan mungkin aku jer cikgu pompuan yang mungkin ke sana...mana boleh takde muhrim kan..hahaha...

Esok, ujian bulanan akan dijalankan selama 3 hari...Jumaat nanti ada program bersama ibu bapa...dan lepas jer loceng akhir, aku akan terus bertolak ke kampung...gelojohkan..hihihi...takdelah..saja nak jimat masa, tak nak tunggu ari sabtu..lambat...kami akan berada kat kampung selama 9 hari...lama tu..

Oklah...have to go..

Salam..


Friday, January 21, 2011

Tuan Puteri Yang Berduka Lara....




Salam Semua...

Sudah beberapa hari aku tak uppdate blog yang ntah apa2 ni...busy sikit dan sibuk memikirkan peel si Tuan Puteri yang sangat-sangat beremosi beberapa hari kebelakangan ini...kadang2 rimas dan buntu aku nak memikirkan cara untuk memujuk hatinya yang berduka lara...huhuhu

Kalau tengok caranya bila buat perangai, macam orang putus cinta...duk panggil papanya...air mata tak usah ceritalah...sedih sungguh tengok dia...aku akui dia memang sangat rapat dengan papa dia...dari 2008, En. Pd lah yang tukang urus dia setiap pagi...aku dulu travel jauh sikit...lebih kurang 23km sehala...so, seawal 6.40 pagi aku dah gerak dari rumah...waktu tu anak belum bangun tido...so, celik jer mata memang dia tengok papanya aje...aku memang tak sempatlah...setiap pagi dia yang handle semua...dia jugalah yg hantar ke umah pengasuhnya...tengahari dia jugak yang ambil..aku pulak kadang2 jer ambil anak...masa berharga aku dgn Insyirah waktu petang sebelum papanya balik dari opis dan sebelum tidur jer...sblm tidur, papa dia jugak yang layan dia tengok movies...so, bila terpisah macam ni memang beri kesan pada emosi dia...sensitif sangat...

Minggu ni memang dia buat hal...asal sampai jer kat sekolah dia mula nangis...dari rumah ok jer..bila tanya nak sekolah ke tidak, dia kata nak...tp yang aku kuciwa sikit bila guru2 dia agak dingin dan tidak prihatin dengan kanak2 yang baru nak kenal sekolah...bila kita senyum, boleh pulak dia berpaling ke arah lain...bila kita bertanya, dia tidak memandang sekadar menjawab dengan pandangan ke arah lain ... apatah lagi nak memujuk atau memanggil anak2 yang menangis masuk ke kelas...sekadar tengok dengan cara yang tidak menyenangkan...aku sbg pendidik rasa tindakan mereka sgt tidak wajar...aku akui anak aku manja...tp itukah cara yang betul mereka menangani anak2 yang sedemikian?

Disebabkan rasa tidak puas hati, aku ke sekolahnya kelmarin...bukan niat nak marah ke apa...Cuma nak tanya situasi sebenar Insyirah di sekolah...aku jumpa guru kelas merangkap guru besarnya...memang dia seorang yang agak dingin tak mesra alam...sepatah yang ditanya, sepatah yang dijawab...aku yang dari rumah datang dengan banyak persoalan, terus buntu mengadap orang macam tu...aku pun tak tahu nak explain mcmana...dari soalan yang aku tanya, katanya memang Insyirah akan menangis lebih kurang lima minit...then, dia akan ok...dia juga memberi  respon yang baik semasa P&P...kira oklah tu..aku takut dia nangis sepanjang hari...

So, aku kena usaha untuk bantu dia sesuaikan diri dengan keadaan sekarang...hiburkan hati dia...dan pasal gurunya, lebih baik aku buat tak tahu jer...kalau2 fikir2 memang sakit hati...rasa nak tukarkan ke sekolah lain..tp sayang sebab dah bayar penuh yurannya...so, aku bagi dia masa sampai akhir bulan nanti..kalau tak ok jugak, aku mungkin kena fikirkan sekolah yang lain sebab aku perlukan sokongan dari gurunya untuk membantu Insyirah sesuaikan diri...

Di saat2 sukar macam ni jugak aku berdoa agar Allah permudahkan urusan pertukaran aku pertengahan tahun nanti agar Insyirah tidak terus terkesan dengan keadaan yang memaksa ini...kawan2 doakan aku sama ye...

Oklah, sebelum aku nokhtahkan entri ini, aku harap korang jangan fikir yang aku ini tidak menerima apa yang tersurat dalam hidup aku sekarang ni...aku akur dengan ketentuanNya...aku sedang mencari penyelesaian bagi menangani apa yang sedang Insyirah lalui...InsyaAllah dia akan baik2 saja satu waktu nanti...insyaAllah...
That’s all...till meet again..

Salam..

Monday, January 17, 2011

Alahai Insyirah...

Salam...

Adoyai..dari semalam lil' princess buat hal...nangis2..sehingga ke pagi tadi...bad mood...semalam masa En.Pd nak bertolak balik Kemaman, dia boleh buat tak layan jer..sebenarnya sedih nak berpisah dengan papanya...suruh salam pun taknak...siap kena dukung, dia masih buat tak tahu jer...bila tanya papa nak kemana, boleh pulak dia jawab papa nak gi kerja...

So, petang semalam lepas je En.Pd bertolak, kami (aku, nenek n ki) bawalah dia jalan2 kat Pantai Mersing...nampak dia okey jer...masa nak balik rumah, dia tertidur dalam kereta...dah maghrib, dia mula bangun...merengek2 nak susu, dah bagi susu kena suap pulak..takleh pegang sendiri..selalunya alasan dia, tangan dia patah...logik tak? tapi aku layankan ajer...dah abis susu, sambung nangis lagi, tak nak bagi aku solat...terus angkat dia duk dengan nenek..lagi kuat nangis..biarkan ajer...sudah solat aku bawak dia ke warung Mak Eton kat belakang umah aku...beli mee sup untuknya sebab dia kata dia lapar...dah balik rumah barulah tersenyum...dah oklah tu moodnya...sampailah dia tido, semuanya ok sekejap...hebat betul penangan En.Pd ek...
Pagi2 tadi sebelum aku ke sekolah, aku kejutkan dia untuk beri susu, sekali lagi dia nangis...bila tanya nak gi sekolah ke tak, dia nak pergi...jadi aku tinggalkan aja dia dengan neneknya..ingatkan dah berhenti nangisnya..rupa2nya ok sekejap jer...lepas aku pergi, dia sambung lagi...tadi aku call mak dia kata on da way ke sekolah, dia happy, tapi sampai jer kat pintu kelas, dia dah mula meleleh air mata...macamana tu...nasib baik dia jenis nangis tak kuat..just keluar air mata jer...tp banyaklah air matanya tu...manja sangat...

Mak aku tunggu jap kat situ dan masukkan dia ke dalam kelas...kata cikgunya, dia mmg mcm tu sejak akhir2 ni...dia akan nangis sekejap dan cikgu akan biarkan dia sampai dia tenang..dah lama2 sikit dia akan ok...aku rasa dia takde masalah kat sekolah sebab bila balik umah, setiap hari aku akan tanya dia nak gi sekolah lagi tak esok, dia jawab nak dan dia ckp seronok kat sekolah, cikgu baik dan tak marah dia..

Aku agak dia jadi macam tu sebab papa dia..sebelum ni papa dia hantar dia ok jer...sejak minggu lepaslah dia berubah...mungkin dia perlu masa untuk sesuaikan diri dengan keadaan sekarang ni...susahnya anak bapak sorang ni...aku harap sangat semoga Allah permudahkan urusan pertukaran aku bulan 6 nanti..kalau lama2 macam ni memang kesian sangat dengan Insyirah...jadi kepada kawan2 janganlah biarkan anak rapat sangat ngan bapaknya..susah bila nak hadapi keadaan berjauhan macam aku ni...huhuhu

Esok aku harap Insyirah akan ok...susah hati betul tengok dia nangis...dahlah untuk minggu ni En.Pd tak balik dah sebab raya cina nanti aku yang akan ke sana..so dua minggulah diorang tak berjumpa, haih! pening betul bila fikirkan Insyirah...
Itu baru anak seorang..kalaulah sekarang ni anak aku berderet macamanalah agaknya aku nak handle...mungkin itulah rahmatnya Allah belum bagi aku zuriat yang ramai buat masa sekarang ni...mungkin belum masanya dan masa itu akan tiba jugak satu hari nanti..InsyaAllah...

Ok..have to go..
Bye..

Friday, January 14, 2011

Seminggu yang berlalu.....

Salam...

Bersiaran di pagi Jumaat yang mulia dan indah...cewah ayat, memang kalau jawab soalan sastera dapat A++ nie....hihihi...mentang2 En. Pd balik semalam, terus ayat aku berbunga2...hahaha...

En. Pd dah selamat sampai ke Mersing semalam...dan seperti yang dijangka, si lil' princess terus sihat dengan sendirinya..terus terlompat2 mcm tak demam...so, tak payah beli ubat apa2...call jer papa suruh balik, gerenti sihatlah dia...

Sepanjang minggu ni aku rasa macam takde apa yang serius aku hadapi...semuanya dapat dilalui dengan jayanya...cuma bab anak demam jer x leh nak buat apa...tp bukan serius sgt pun..demam biasa2 jer...aku pun ok jer...rilek sikit sbb balik sekolah, mak dah siapkan lunch...kain pun dia jemurkan...jgn jeles ek...akukan si bongsu yang manja...ye ke?

Dan ari ni aku beri cuti rehat khas untuk abah...ari ni dia tak payah hantar Insyirah ke sekolah sbb ari ni kitorang dah ada driver...ari mamanya pun dihantar oleh si driver tu...hehe..ala, bukan selalu kan...lagi pun driver kitorg tu takde keje jugak kat umah...baik dia hantor kitorang daripada dia tidur je kat umah...tak aci tau...tunaikan tanggung jawab awak ye En. Pd..

En. Pd beritahu aku yang dia akan balik Kemaman hari ahad..katanya ari ahad dia cuti..bila aku tanya cuti apa, hari keputeraan katanya..tp bila aku check, Hari Keputeraan Sultan Terengganu bukan ari ahad nanti...patutlah ari tu dia kata hari keputeraan dia...ngarut betul pak cik tu...amik cutilah agaknya tu...bagus2...hihi

so, 4 the next 3 days kami boleh bersama dgn dia...minggu depan maybe dia tak balik sbb 29 nanti kami yang akan balik ke sana...Chinese New Year maa...sekolah aku akan amik cuti selama seminggu...2 ari cuti berganti dan satu hari cuti peristiwa...nx week dh start cuti berganti tu..so, En. Pd bolehlah rilek2 weekend depan...

Oklah..berundur dulu...Mr. J dah bagi aku kerja untuk disiapkan nih...kena buat cepat..

Bye..Salam..

Thursday, January 13, 2011

Demam lagi....

Salam...

Hari ni my lil' princess dah tak ke sekolah...demam! tulah dia...memang dari awal lagi aku dah agak...dia memang anak bapak...kalau berjauhan dengan papanya, itulah yang selalu terjadi...tp aku dah sediakan dia ubat..dah tau kan...harap2 lepas ni dia akan okey...lama lagi tu dik...takkan setiap kali papa balik Kemaman adik nak demam...haru mama macam nih...

Sebenarnya dah dua tiga ari dia selsema...dan semalam, hampir sejam dia berkurung dalam bilik air..mandi katanya...bila nenek dia bising2 suruh keluar, dia cakap, kejap jer...kejap jer..saya mandi x abis lagi ni nenek...so, mak aku layan jerlah...dah keluar, abis kecut jari jemari...dan petangnya bila aku nak mandi, nampaklah hasilnya...habis sebotol syampu dikerjakannya...mandian takyah cakaplah..baru seminggu duk umah ni, dah separuh mandian dia abis...mungkin tu salah satu punca dia demam n selsema...yang pasti punca utamanya adalah sebab rindu En. Pd..

Pepagi tadi dia dah bangun...terkencing atas tilam..xpernah2 dia buat hal macam tu...apa lagi terus mandikan dia...aku rasa badan dia panas...dengan baik hatinya aku pun offer dia takyah gi sekolah ari ni...tp dia seboleh2 tidak nak ke sekolah...takut jugak dia buat perangai kat sekolah...after dah pujuk2..dia mengalah...so, ari ni aku cutikan dia..biar dia rilek2 jer kat umah...

Petang nanti sure demam Insyirah akan baik dengan automatiknya sebab En. Pd akan balik Mersing...itulah jerlah ubatnya..mujarab tu...apa2 pun aku doakan moga perjalanannya petang nanti berjalan lancar...dan selamat sampai..amin...drive carefully ye En. Pd...

Have to go..
Salam..

Wednesday, January 12, 2011

Esok si dia balik...:)

Salam...
Tu dia tajuk entry..hihihi...En. Pd balik esok...yeay! baru 6 ari dia pergi, aku dah mula rindu..hihihi..poyo je statement aku nih...mcmanalah nak hadapi 5 bulan yg mendatang ni..moga2 Allah memberikan aku seribu kekuatan...maybe skrg ni aku masih dlm tempoh untuk menghadapi situasi baru ini....i'm a big big girl..in a big big world...hihi

Malam tadi our lil princess dah mula menunjukkan bibit2 kerinduan pada bapaknya itu...malam2 panggil papanya...mata tak bukak, tp melalak2 panggil papa...nenek dah mula risau...aku pulak rasa semacam jer...sedih...huhuhu

Mujurlah hari ni dia ok...bangun pagi elok jer minum susu..nak pergi sekolah masih semangat lagi...esok mesti dia lagi suka...papanya balik...

Dua tiga hari ni hidup aku hidup aku bosan sikit...kat umah takde access internet...tgh usha2 broadband yg ok dgn kawasan umah baru tu....rumah tu ke dalam sikit..3G maxis sah2 tak dpt...so, maxis reject..tgk celcom pulak mcmana...kalau x clear jugak, takkan nak pasang streamyx..haru tu.....lima bulan jer wei...

Skrg ni pun aku bersiaran kat sekolah lagi...kat umah mlm2 mati kutu pulak rasanya...
Oklah, have to go...
Salam..

Monday, January 10, 2011

Rutin baru...

Salam ....

Rasa macam dah lama tak update blog nie...sibuk n takde internet kat umah baru...huhuhu.. rasa mcm tak lengkap jer hidup aku di rumah sewa baru ni...dahlah kekasih hati takdak di sisi.. huhuhu... ni pun aku bersiaran kt skolah...tapi jgn salah sangka k...bukan aku x masuk kelas... aku buat masa free...free ke? sbnrnya aku ada byk kerja yang belum dilunaskan...tp perasaan malas sgt menguasai diri aku buat masa ni...ada ubat tak? hihihi

Ari ni aku memulakan rutin baru sbg ibu tinggal...tinggal ok..bukan tunggal...En. Pd dah selamat memulakan kerja beliau di tempat baru semalam...buat masa ni dia duk ngan parents dia...berulang ke tmpt kerja setiap hari..40 KM sehala...so, pergi n balik, korang kira sendiri la ye..jauh jg tu...tp dia sedang mengusha kwn2 yg nak menyewa..boleh share n save bajet sket...

Pagi2 buta aku dah siap masak utk my lil princess bawak bekal ke sekolah...mithalinya aku...hihi..goreng mihun jer...dan ari ni Insyirah sgt2 behave...si kecil tu bagun mintak susu n terus bangun mandi...agaknya bila ada papa dia jer dia manja...duk dengan mama asyik kena marah jer..xleh ngada2..hehehe

Aku pun keluar awal sikit ari ni..sbb ujan n takut tak dpt parking cantik kt sekolah...hari ni ujan lebat...tak nmpk jln..maybe angin banjir tu sedang menghala ke sini...jgn bnjir sudah..dahlah sekolah aku ni jd pusat penempatan banjir...tp thn ni Tenglu x kena kot..mudah-mudahan...

Disebabkn cuaca yg dingin dan lembab ni, aku rasa aku pun turut lembab gak...byk kerja..tp lambat jer bertindak..ntah apalah aku ni...harap2 lepas ni everything will getting better..InsyaAllah...

Have to go...see ya again..

Salam...
 

Thursday, January 6, 2011

Semuanya dah selamat....Alhamdulillah.

Salam...
bersiaran untuk kali terakhir dari ILP Mersing...smlm kami dah selamat berpindah ke umah sewa yg baru...pd mulanya En. Pd dah set time dgn lori utk angkat barang pada pukul 2.30 ptg...aku ok kan jerlah..dan smlm aku ke sekolah spt biasa...tup2 pukul 12 tgh dia call aku ckp lori nak dtg pukul 12...terpaksalah aku mintak permission GB utk keluar awal dr sekolah...then terus ke sekolah Insyirah dan amik dia blk ke ILP.. 

On da way blk, En. Pd call lagi...lori dah sampai tp penuh dgn kesan selut..rupa2nya lori yg disewa itu lori angkut tanah..haru betul...dia tak tanya org tu lori tu mcmana...dengar jer lori 3 tan, dia on jer...haih! nasiblah labu...dah tgk lori penuh berselut, dia cancel lah nak gerak time tu..set time sekali lg kul 5 ptg...tepat masa, lori dtg dan anak2 bujang kt ILP ni dtg tolong angkat...mereka dengan gagah perkasanya menyusun dan mengangkat barang ke dalam lori...terima kasih byk2 utk diorg sbb sudi tlg kami....takut gak aku tgk sbb pagar lori tu rendah jer...dahlah barang tinggi2...takut jer jatuh...tp Alhamdulillah semua selamat walaupun terpaksa berhenti sekali di tepi jalan kerana barang tiba2 menyenget semasa naik bukit...huhuhu..

Dan malam td juga aku terus berkemas..serabut aku tgk rumah yg macam tongkang pecah...so, dah settle barang2 besar, tinggal sikit lagi nak susun barang2 kt dapur dan pakaian ke dalam almari..dan siapkan bilik utk mak n abah aku yg akan accompany kitorg almost 5 months...hihihi

Hari ni aku menCUTIkan diri aku sehari sebab aku penat sgt..tambah kerja2 yg belum beres..mcm skrg ni aku berada di ILP utk bersihkan sikit umah ni sblm serah kunci dan angkut sedikit lg barang yg belum diangkut smlm...sori lah kwn2 kt skolah yg terpaksa merelief aku ari ni...nanti aku ganti semula k...hihi

Gambar2 perpindahan kami ada aku ambik tp buat masa ni xleh upload lg sbb aku pun x tahu kt mana aku campak barang2 aku..even kalau aku ke sekolah ari ni pun, mesti aku x jumpa barang2 keperluan aku...hehehe...

Oklah chow dulu...nak kemas n then balik ke umah utk rehat sekejap...

Salam...


Wednesday, January 5, 2011

Layan Nasyid...

 

 

Doa Perpisahan

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi

Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku

Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu

Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.

Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku

Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu

Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu


Beratnya hati nak melangkah pergi....

Salam...
Minggu yang penuh emo...2, 3 ari ni aku sgt busy dgn urusan pndah rumah yg tak settle2 lg ni...penat sangat rasa...ari ni kami akan berpindah sepenuhnya...ptg nanti lori akan angkut semua barang2 ku rumah baru kami...

Semalam aku ke rumah Kak Gee...isteri pengarah...dia antara insan yg agak rapat dgn aku kt ILP ni walaupun baru beberapa bulan kenal..actually dia baru jer pindah ke sini dari kota bharu....walaupun baru kenal, aku rasa mcm dah lama kenal...she's so friendly...baik sgt..selalu bagi aku nasihat..mcm kakak...dua tiga ari lepas dia dah ke rumah aku dgn anak2nya...so, smlm bg membalas kunjungannya tempoh hari...nanti dah keluar dr kuaters, mmg susah aku nak ke sini lagi...

lama jugak kami sembang...dan waktu nak balik, dia peluk aku dan titiskan air mata..sungguh aku terharu dgn Kak Gee...berat kaki aku nak melangkah...sedih sgt rasanya...tp aku cover jg lak perasaan aku tu...tp dalam hati Tuhan jer la yang tahu...aku ni jenis susah nak menangis dpn orang..kecuali depan En. Fidi aku...memang tak malu...huhuhu...

Untuk Kak Gee yg aku hormati, InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi...nati senang2 bolehlah dia ke umah aku..atau bila rindu aku leh jalan2 ke umah dia...yg penting bila dia makan angin ke Kemaman, bolehlah Kak Gee singgah umah Ina ye...

Sesudah pulang dari umah Kak Gee, aku terfikir...itu baru berpisah dgn org yg baru aku kenal...dah sedih...mcmanalah nanti bila aku nak tinggalkan sekolah dan kakak n kwn2 kt skolah...haih! x dpt aku bayangkan..aku berkira2 utk MC di hari terakhir aku kat SK Tenglu nanti...boleh ke mcm tu...aku tak sanggup....huhuhu
Okay...sedih sangat nanti sambung lagi..

Salam..

Monday, January 3, 2011

Insyirah..the first day of school....

Salam....
First day lil' princess goes 2 school...so far, she done good! Actually td pepagi lagi dia dah bangun...seawal pukul 6 pg...sempatlah aku siapkan dia..pakaikan baju kurung n tudung...dan td cikgu dia dah siapkan uniformnya..esok bolehlah dia pakai...En. Fidi pun dah start cuti selama seminggu utk minggu ni...start minggu depan dia akan mula berkhidmat di Kemaman...jd minggu ni adalah menjadi tugas dia untuk uruskan Insyirah...

Pukul 7 diorg berdua dah keluar dr umah...bawak anak dara dia breakfast kt kedai..makan nasi lemak katanya...sesudah breakfast En. Fidi hantar Insyirah ke sekolah...untuk hari pertama ni dia tunggu dulu..sampai pukul 9pg...xde masalah besar berlaku...cuma pada mulanya mcm malu2...ikut perangai papa nie..kebetulan dia beratur sebaris dengan kawan2 yg sama2 dari ILP ni...Insyirah, Athirah n Aisyah...mereka pd mulanya tak buat apa yg cikgu suruh...bila kwn2 lompat, mereka cuma tengok jer...pelik ke apa ntahlah...dah lama2 baru lah nak join..sehati sejiwa nampaknya...hihihi

Td  balik skolah, aku pun tanyalah apa yg dia buat kat sekolah ari ni..dia cam malas nak layan jer...x nak cerita..dah lama2 baru nak bukak mulut..mulalah cerita...baca doa la...nyanyi..lompat2...yang syok sekali dia cakap dia tido kat sekolah..biar betul...cuak jugak aku dengar...katanya kwn2 pun tido gak...aku tanya, tido kt katil ke..katanya tak....kat bawah jer...agaknya lepas sesi 8-12 abis, cikgu suruh rehat sblm mengaji kot...Insyirah ni aku ambik sesi 8-1 tgh...ada mengaji sikit...

Bila tanya cikgu bagi mkn ke tak..dia cakap x bagi pun..aku pun tak sure betul ke tak Insyirah ni..tak silap aku ari tu cikgu dia kata ada bagi mkn utk sesi yg aku ambil ni...nasib baik aku ada bekalkan dia makanan...tp air masak jerlah...dia cakap dia mkn biskut...siap share lagi dgn kwn barunya...bagus anak mama...:)..nmpknya aku kena sediakan roti utk dia bekal ke sekolah esok...maybe ari ni cikgu dia lom sedia utk masak....nak kena tanya balik ni..

Sbnrnya ari ni ada byk benda yg berlaku...terutamanya kat skolah aku...nanti akan diceritakan dlm entry seterusnya...mengenai gelagat anak2 dan parents yg pertama kali antor anak ke sekolah...mcm ragam...tungguuu..

oklah...have 2 go...nak gi kemas umah baru lagik...
salam..
 over excited nak gi skolah...pepagi dah bgn..hihi











Sunday, January 2, 2011

Loceng pertama...P&P bermula....

Salam....

Sesi persekolahan 2011 akan bermula sebaik loceng pertama dibunyikan esok....dan ari ni aku mendapat perkhabaran seawal 7 pg esok, akan terpacaklah pegawai2 JPNJ kt sekolah aku...huhuhu...sepatutnya aku hepi sbb esok hari pertama mula kerja selepas lama bercuti...ni terbalik pulak....

Sebenarnya bila check jadual terbaru aku dpt smlm, masa kedua slps essembly, aku akan masuk tahun 1...3 masa pulak tu...tak ke haru kalau2 pegawai tu berkeinginan nak melihat anak2 yg baru bersekolah....adoyai...apalah nasib aku esok...dan dengan perkhabaran td jg, aku terpaksalah menyediakan beberapa aktiviti yg kukira boleh mengisi 3 waktu BI tahun 1 tu esok...walaupun mereka akan diorientasi dlm 2 minggu ni, terpaksa jglah aku standby...manalah tahu mereka2 yg dtg tu nk tgk aku mengajor lak kan...tak ke haru...kenapalah tenglu xbanjir esok..hihihi

Esok jugak Insyirah akan mula bersekolah...tadika jer...tp aku pulak yang berdebar nih..excited pun ye jugak...si tuan puteri tu setakat ni aku tgk okey jer...seawal tghari td aku dah siapkan beg skolah dia..hihi...siap letak botol air n biskut lagi tu...takutnya anak lapor...mcmlah cikgu dia tak bagi makan...ntah apa2 aku kan...Baju pun aku dah siap iron...uniform skolah dia tak siap lagi...aku suruh cikgu dia jer jahit...taknak pening2 kepala...kelmarin En. Fidi cakap kawan Insyirah, Athirah dah siap baju sekolahnya..dia tak upah cikgu jahit...tu yg cepat siap...harap2 Insyirah tak buat perangai bila tengok kawan dia berbaju sekolah...kalau tak manalah aku nk beli baju instant...

Esok En. Fidi akan mula bercuti untuk hantar anak dara dia ke sekolah...mula2 aku ingat nak mintak izin GB untuk keluar kejap...tp memandangkan esok ada tetamu nak ke sekolah, aku batal jerlah niat suci murni aku tu...hihihi...

Apa2 pun aku mengharapkan permulaan yang baik untuk esok...moga Allah lapangkan dadaku dan memberikan aku semangat untuk mendidik anak2 muridku..InsyaAllah..

Ok..kena stop dulu untuk membuat persiapan mengajor esok...kena buat siap2..takut kena observe...huhu

salam...

Saturday, January 1, 2011

Episod pindah rumah...

Salam...
Penat sungguh hari ni....td kami dah pun selamat membersihkan umah baru...bukan baru pun...umah yang akan aku tinggal dengan Insyirah sehingga aku dpt tukar nanti...harap2 urusan pertukaranku nanti dipermudahkan olehNya..aminnn...

Dan ptg td juga kami dah angkut beberapa barang2 yang kecik2...buat sikit2..nanti tak banyak sgt kerja nak buat,kan...tp susah jugak sbb jarak umah skrg dengan umah baru agak jauh...so, tadi sempat 2 trip jer...trip pertama cuci..trip kedua angkut barang2...barang2 besar pulak akan diangkut dengan lori 5 aribulan nanti..En. Fidi nak tunggu student dia naik cuti dulu...sebab nak guna tenaga diorg untuk angkat barang kami...hehehe..untung jg kan kerja dengan budak2 besar ni...

Esok kami akan smbung lg operasi yang lom selesai...ingat esok nak pasang langsir...penting tu...bila xde langsir rasa lain mcm jer...dahlah umah dikeliling umah jiran....x pasal2 jd mangsa sekodeng kan...hihi...yg paling aku suka umah baru ni...kat belakang umah ada warung...td aku tgk bukak dari pagi..sampai malam...senanglah lepas ni..bukak tingkap, order dari umah jer....hahaha..boleh ke macam tu?hihihi...

 Oklah...nak kena rehat...charge tenaga utk esok....lusa dah nak kerja....huhuhu

Salam Tahun Baru....:)