Salam Semua...
Sudah beberapa hari aku tak uppdate blog yang ntah apa2 ni...busy sikit dan sibuk memikirkan peel si Tuan Puteri yang sangat-sangat beremosi beberapa hari kebelakangan ini...kadang2 rimas dan buntu aku nak memikirkan cara untuk memujuk hatinya yang berduka lara...huhuhu
Kalau tengok caranya bila buat perangai, macam orang putus cinta...duk panggil papanya...air mata tak usah ceritalah...sedih sungguh tengok dia...aku akui dia memang sangat rapat dengan papa dia...dari 2008, En. Pd lah yang tukang urus dia setiap pagi...aku dulu travel jauh sikit...lebih kurang 23km sehala...so, seawal 6.40 pagi aku dah gerak dari rumah...waktu tu anak belum bangun tido...so, celik jer mata memang dia tengok papanya aje...aku memang tak sempatlah...setiap pagi dia yang handle semua...dia jugalah yg hantar ke umah pengasuhnya...tengahari dia jugak yang ambil..aku pulak kadang2 jer ambil anak...masa berharga aku dgn Insyirah waktu petang sebelum papanya balik dari opis dan sebelum tidur jer...sblm tidur, papa dia jugak yang layan dia tengok movies...so, bila terpisah macam ni memang beri kesan pada emosi dia...sensitif sangat...
Minggu ni memang dia buat hal...asal sampai jer kat sekolah dia mula nangis...dari rumah ok jer..bila tanya nak sekolah ke tidak, dia kata nak...tp yang aku kuciwa sikit bila guru2 dia agak dingin dan tidak prihatin dengan kanak2 yang baru nak kenal sekolah...bila kita senyum, boleh pulak dia berpaling ke arah lain...bila kita bertanya, dia tidak memandang sekadar menjawab dengan pandangan ke arah lain ... apatah lagi nak memujuk atau memanggil anak2 yang menangis masuk ke kelas...sekadar tengok dengan cara yang tidak menyenangkan...aku sbg pendidik rasa tindakan mereka sgt tidak wajar...aku akui anak aku manja...tp itukah cara yang betul mereka menangani anak2 yang sedemikian?
Disebabkan rasa tidak puas hati, aku ke sekolahnya kelmarin...bukan niat nak marah ke apa...Cuma nak tanya situasi sebenar Insyirah di sekolah...aku jumpa guru kelas merangkap guru besarnya...memang dia seorang yang agak dingin tak mesra alam...sepatah yang ditanya, sepatah yang dijawab...aku yang dari rumah datang dengan banyak persoalan, terus buntu mengadap orang macam tu...aku pun tak tahu nak explain mcmana...dari soalan yang aku tanya, katanya memang Insyirah akan menangis lebih kurang lima minit...then, dia akan ok...dia juga memberi respon yang baik semasa P&P...kira oklah tu..aku takut dia nangis sepanjang hari...
So, aku kena usaha untuk bantu dia sesuaikan diri dengan keadaan sekarang...hiburkan hati dia...dan pasal gurunya, lebih baik aku buat tak tahu jer...kalau2 fikir2 memang sakit hati...rasa nak tukarkan ke sekolah lain..tp sayang sebab dah bayar penuh yurannya...so, aku bagi dia masa sampai akhir bulan nanti..kalau tak ok jugak, aku mungkin kena fikirkan sekolah yang lain sebab aku perlukan sokongan dari gurunya untuk membantu Insyirah sesuaikan diri...
Di saat2 sukar macam ni jugak aku berdoa agar Allah permudahkan urusan pertukaran aku pertengahan tahun nanti agar Insyirah tidak terus terkesan dengan keadaan yang memaksa ini...kawan2 doakan aku sama ye...
Oklah, sebelum aku nokhtahkan entri ini, aku harap korang jangan fikir yang aku ini tidak menerima apa yang tersurat dalam hidup aku sekarang ni...aku akur dengan ketentuanNya...aku sedang mencari penyelesaian bagi menangani apa yang sedang Insyirah lalui...InsyaAllah dia akan baik2 saja satu waktu nanti...insyaAllah...
That’s all...till meet again..
Salam..
No comments:
Post a Comment