Salam....
Sesi persekolahan 2011 akan bermula sebaik loceng pertama dibunyikan esok....dan ari ni aku mendapat perkhabaran seawal 7 pg esok, akan terpacaklah pegawai2 JPNJ kt sekolah aku...huhuhu...sepatutnya aku hepi sbb esok hari pertama mula kerja selepas lama bercuti...ni terbalik pulak....
Sebenarnya bila check jadual terbaru aku dpt smlm, masa kedua slps essembly, aku akan masuk tahun 1...3 masa pulak tu...tak ke haru kalau2 pegawai tu berkeinginan nak melihat anak2 yg baru bersekolah....adoyai...apalah nasib aku esok...dan dengan perkhabaran td jg, aku terpaksalah menyediakan beberapa aktiviti yg kukira boleh mengisi 3 waktu BI tahun 1 tu esok...walaupun mereka akan diorientasi dlm 2 minggu ni, terpaksa jglah aku standby...manalah tahu mereka2 yg dtg tu nk tgk aku mengajor lak kan...tak ke haru...kenapalah tenglu xbanjir esok..hihihi
Esok jugak Insyirah akan mula bersekolah...tadika jer...tp aku pulak yang berdebar nih..excited pun ye jugak...si tuan puteri tu setakat ni aku tgk okey jer...seawal tghari td aku dah siapkan beg skolah dia..hihi...siap letak botol air n biskut lagi tu...takutnya anak lapor...mcmlah cikgu dia tak bagi makan...ntah apa2 aku kan...Baju pun aku dah siap iron...uniform skolah dia tak siap lagi...aku suruh cikgu dia jer jahit...taknak pening2 kepala...kelmarin En. Fidi cakap kawan Insyirah, Athirah dah siap baju sekolahnya..dia tak upah cikgu jahit...tu yg cepat siap...harap2 Insyirah tak buat perangai bila tengok kawan dia berbaju sekolah...kalau tak manalah aku nk beli baju instant...
Esok En. Fidi akan mula bercuti untuk hantar anak dara dia ke sekolah...mula2 aku ingat nak mintak izin GB untuk keluar kejap...tp memandangkan esok ada tetamu nak ke sekolah, aku batal jerlah niat suci murni aku tu...hihihi...
Apa2 pun aku mengharapkan permulaan yang baik untuk esok...moga Allah lapangkan dadaku dan memberikan aku semangat untuk mendidik anak2 muridku..InsyaAllah..
Ok..kena stop dulu untuk membuat persiapan mengajor esok...kena buat siap2..takut kena observe...huhu
salam...
No comments:
Post a Comment