Assalamualaikum...
Still kat KL...umah abang aku....pada yang tak tahu, aku ke sini Rabu lepas...amek cuti Khamis dan Jumaat untuk urusan rayuan (Plan B) selepas result pertukaran tempoh hari tidak memihak pada aku...dan Khamis lepas aku dah selamat uruskan rayuanku...
Alhamdulillah, Allah dah permudahkan urusan aku pada hari tesebut....niat aku dari Mersing hanya satu iaitu aku nak masuk dan berjumpa pegawai yg berkenaan dan ceritakan semua yang ada dalm kepala...dapat atau tidak belakang kira...ada rezeki, adalah...kalau takde, aku terima sahaja...maksudnya setahunlah kami berjauhan...
Sebenarnya pada hari tersebut kami dibenarkan masuk beramai2 lebih kurang 5-6 orang...dengar penerangan dari ketua unit SR...then kami kemukakan apa yang nak tnya...aku diam jer..tapi bila orang lain dh keluar, aku masih lagi kat situ...bersama dengan dua orang guru dari N9 yg tak dpt tukor ke Perak....aku luahkan apa yang terbuku di hati...semua sekali...hihihi...walaupun aku rasa gelap gambor, tapi hati aku lega...dan sekarang aku rasa lebih tenang dan terima apa yang ditakdirkan.
Dan untuk masa sekarang aku tidak terlalu menantikan resultnya...peluang sgt tipis jadi aku takut kecewa lagi...jadinya tumpuan sekarang adalah memanfaatkan cuti sepenuhnya dan fikirkan urusan aku selepas cuti nanti..berduaan dengan my lil'princess kat Mersing sana...
Hari ni kami akan berangkat balik ke kampung...esok En.Pd kena kerja...
kami pun dah puas jalan2 dua tiga hari ni kat KL...hari2 kami dipenuhi dengan lawatan ke tempat pelaburan kami iatu Sogo..hihihi...menginap pulak di hotel kat keramat ni...hahaha..tanpa bayaran...semalam ke Tasik Puteri, ziarah anak2 sedara kat sana...thanks to Abg Zam n Faridah for the nasi arab...so yummilicious! pandai korang masak kat kedai....hihihi...dan aku paling suka sebab baby Azeem dah boleh didukung...tak nanges lagi...dan paling suka lagi dapat telekung! Thanks to my biras...:)
Ok...have to go...nanti sambung lagi entry kat kampung pulak...tunggu ye...
Wassalam..
.................................................................................................................