Tuesday, May 3, 2011

Penat...Bosan....Emosi...

Assalamualaikum....

Weekend yang memenatkan...dan hari ni our lil'princess demam lagi...
tu yang malas nak jalan jauh2...sungguh tak kuat anak itu...huhuhu
Semalam kami selamat sampai ke Mersing...
setelah melalui perjalanan yang panjang..dengan mood si kecil yang berduka...
sampai berhenti makan pun takmo duduk...beriba sambil makan...
mujur time berhenti solat dia ok skit...boleh bergayut dengan bapaknya...
kadang2 aku pun tak faham dengan Insyirah...

Aku pulak emosinya tak tak stabil...sungguh!
aku stress...walau nmpk simple tp kadang2 ianya satu beban yang berat...
aku selalu fikirkan byk segi...terutamanya parents aku yang berlama2 kat mersing ni...
besar betul pengorbanannya...sungguh aku hargainya...
itu belum lagi campur kesihatan dan emosi Insyirah...
pernah aku terdengar dia sembang dengan En. Pd dan ayat yang aku tak boleh lupa,
Insyirah boleh fikir yang papanya duduk di kemaman dengan mama yang lain!
Aku tak tahu apa yang ada dlm fikirannya sampai dia boleh berkata begitu...
Pengaruh drama melayu kah?
Agaknya sebab tu dia selalu demam...berfikir yang bukan2...tekanankah?huhuhu

Last week aku sembang2 dengan En. Pd...
Bercerita mengenai opsyen guru... pasal pertukaran...
Tanyanya, kenapa ramai orang jadi cikgu BM sedangkan mengajar Matematik lebih mudah....
pusinglah ke mana2 pun, jawapan utuk soalan matematik hanya satu...tak kira apa jalan yang diambil...
tapi kata aku, matematik susah untuk difahami sebab aku memang tak pandai matematik...
tak pandai dan tak minat...disebabkan aku ini guru bahasa, sudah semestinya aku kata bahasa itu lebih mudah...banyak cara untuk menjawab soalan dan jawapannya boleh dipelbagaikan selagi ianya boleh diterima akal...tidak hanya tertakluk dengan satu jawapan...itu perbezaan aku dan En. Pd..

Dan aku kaitkan ia dengan apa yang sering terjadi antara kami yang kadang2 tak sependapat...
Macam semalam...aku bertolak dari rumah mak, pukul 11 pagi...
setengah jam kemudian, aku temukan Insyirah dengan papanya kat Kijal...
then start perjalanan pulang ke Mersing...
Sepanjang perjalanan aku memang harapkan dia text @call aku,
tanyakan perjalanan kami...bagi aku itu menunjukkan dia care' pasal kami...
tapi sampai sudah tiada...so, aku amek inisiatif sendiri, call dia semasa berhenti solat....
then, teruskan lagi perjalanan sampai umah...
dah sampai aku tunggu lagi, kot2 dia nak tanya kami ini dah sampai ke belum...
tapi sama jugak...aku jugak yang call bagitahu yang kami dah selamat...
waktu itu anak dah panas badannya...bagi ubat, main2, pastu dah berpeluh2...
then tepon papanya tak berangkat lagi...dan tiada reply call...
dah nak tido, katanya kepala dia pening...dah terasa nak demam...
tertido lepas pekena sebotol susu...sampai sudah tiada call dari dia..
So, aku call dia lagi...kali ni aku tak bercakap...cuma nak pastikan dia selamat...
mana tahu abes credict ke...kena culik ke apa...
then, he called...mungkin lepas tgk nama aku naik kat screen baru dia teringat kami kot...

Dan itulah cara dia sebenarnya...semuanya simple seperti matematik...
berbeza dengan aku yang penuh dengan warna...penuh bahasa dan jalan cerita...
mungkin baginya ianya sungguh mudah...
tiada apa yang hendak dia risaukan sebab sudah pasti kami berdua selamat dengan parent aku...
tak perlu return panggilan aku yang tak dijawab kerana sudah pasti aku akan call balik kalau ianya mustahak...
tak perlu risaukan perjalanan jauhku sebab kalau terjadi apa2, sudah pasti akan sampai beritanya...
Tak perlu ambil berat dengan bertanya dah sampai mana sebab sudah pasti aku akan melaporkan setiap destinasi singgahan aku...kalau tak, apa guna dia bagi aku line tepon yang free untuk aku call dia kan...
katanya walau apapun jalan yang dibuat,
jawapannya satu jer...dia sayang kami!
tak perlu pusing2...
Semuanya cukup simple kan...sangat mudah...dan aku perlu cuba memahami...manusia itu berbeza...
aku harap lepas ni aku akan lebih memahami walaupun dah hampir tujuh tahun aku mencuba...
atau mungkin lepas ni aku boleh cuba mengajar matematik pula....mungkin menjadikan kau lebih sempoi dari penuh dengan bunga2 bahasa...maybe I should try! one day...


aduh...aku selalu mengharapkan sesuatu yang lebih dari kebiasaannya...

:P
.........................................................................................................................................


4 comments:

  1. sya, lelaki mmg mcm tu kan? susah sangat nak faham. de kala tension gak. kita, pompuan lain..sgla benda kita nak pk. kita nak rs disayangi, dihargai..kan? betul kata org, time bercinta je indah..gayut lama2..sekarang, nak bagi sms panjang2 pun xde.masa su berpisah 6 bln dulu sblum dpt duk sama..mcm2 duk pk dlm kpla ni bila dia x sms@call. su leh rs n fhm pe sya rs n lalui skrg. lelaki oh lelaki..sukar utk difahami..perempuan gak yg merana diri..hi3

    ReplyDelete
  2. tp sya, tadi kat fbook kan dia de bgtau berapa ari lagi sya n dia berjauhan? 24@26? mmg betul la tu dia sayang n caring sya, tp faham jelah..lelaki..tak reti nak ekspresikan perasaan.ha3 sabo jelahhh..sya dah kawin 7 thn?insyirah brp tahun, sya?su lupa la..

    ReplyDelete
  3. betul tu sue...bukan sya tak tahu dia syang...mmg dia sayang tp cara dia caring tu lain sket...lelaki mmg susah nak faham...mmg dulu masa ngorat buleh gayut lama2...sms...tp leni kurang skit...duk dkt dok apalah...tp bila jauh mcm ni terasa gok sue...bukan susoh pun...tepon duk dlm poket sokmo kan...tapi tulah...pelbagai alasan...biasanya terlupa....huhuhu

    ReplyDelete
  4. sya dah kawen nak masuk 7 thn...insyirah kalau ikut tahun dah 5...tp diakan lahir akhir tahun...jd baru 4 thn ++ la skrg ni...

    ReplyDelete